Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, November 11, 2010

Movie Poster She's out Of My League

salam! buat semua warga blogger haha..rasanya macam dah lama kita tak bersua ya semenjak pemergian aku ke kota matahari tempoh hari.almaklumlah..ada exam yang perlu diambil.dan semenjak pemergian aku ni,aku cuma menjadi window shopper sahaja di arena perbloggan ini.siapa kata aku berdiam diri?terima kasih kepada para penyokong walhal juga peminat dari seluruh tanahair dan luar negara yang tidak kering sms aku bertanya khabar dan ada juga yang rindu dengan cecehan aku ni.melihat dari trend yang diperlakukan di arena blog ni,ramai juga yang happy go lucky dengan koleksi mereka.tidak kiralah barang itu rare ataupun mudah didapati.tidak kurang juga ada yang berkokok di atas kayu bagai si jalak di pagi hari.kalau aku yang berada di bandar ni,memang aku baling kan aja kasut buruk kat ayam tu!menggangu orang nak tidur aja haha dan tak kurang juga terdapat beberapa ekor kambing yang dok mengembekkk macam kambing tua yang nak mengawan haha..dan ada juga segelintir perangai macam orang gila yang terpekik terlolong di tengah jalan menunggu saat dilanggar kereta aja haha..orang lain punya hal,dia pulak yang kelam kabut bomba dan ada juga soldadu yang tidak bersedia bertempur kerna kekurangan ammo atau peluru.macamana nak pergi berperang seorang diri bro,kalau tak ada sokongan bala tentera..tapi walaubagaimanapun perangai dan ragam blogger,tujuan kita hanyalah satu,iaitu berkongsi minat di dalam donia yang sungguh unik ini.
untuk permulaan sebagai salam perkenalan,aku ingin mempamirkan koleksi yang tak seberapa ni.poster wayang yang aku dapat tak lama dulu.yang pasti,ini barang ORIGINAL BROOOO BUKAN REPROOOO hahaha..(sila sebut dengan intonasi bongkak).bersaiz standard yang anda semua lihat banyak terpampang di showcase wayang.
di bahagian depan,macam biasalah..

di bahagian belakang,adalah reverse print yang agak pudar sedikit warnanya bertujuan untuk diletakkan di dalam showcase berlampu yang akan mengeluarkan imej yang lebih realistik berbanding poster single sided

cerita ini berkisarkan seorang jejaka average(rate 5)yang bernama kirk,bekerja di airpot yang baru aja putus cinta dengan kekasihnya marnie yang juga bekerja di airport.dan pada suatu hari,seorang gadis bernama molly(perfect 10) nak naik kapal torobang,dan dia tertinggal iphone di dalam rack barang.so bila dia call menggunakan cellfon kawan dia,si kirk ni pulak terdengar fon tersebut.so molly menyuruh kirk simpankan fon tu dan dia akan collect bila dia balik.so molly ni mempunyai perniagaan sendiri iaitu sebagai event organizer.so mereka pun berjumpa di sebuah party yang di organize oleh molly
si marnie ex girlfren kirk ni pulak perasan macam lawa sangat.dan memang tak dinafikan kat airport tu dia lawa dan perasan lawa! dan macam bagus.si molly ni pulak memang cun la.tapi takde boipren.sebab busy sangat bekerja.pernah ada sorang boipren yang hensem tapi tak reti menghargai perempuan.kirk ni pulak adalah average joe.tapi berbudi bahasa.ada satu part di mana kirk ajak molly datang makan di rumah family dia.masa tu semua orang tengah mandi pool,si marnie ni datang dengan berposing bikini yg outdated dan perasan dia sexy sangat,sekali masa molly terpacul kat pool,semua abang2 kirk suruh molly join mandi pool.tapi marnie kate dia tak bawak bathing suit.so brader2 kirik ni suruh la pakai bra n panties aja.theres no different what?haha so nak tau apa molly jawab?how am i going to wear that if i dont wear any?haha..tak perlu lah aku terangkan apa maksud dia.korang dah tentu paham.tercengang semua abang2 kirk haha..si marnie pulak perasan yang dia tu macam lawa dalam dunia dia,so bila ada orang yang secara natural dah memang lawa datang,barulah dia tesedar yang dia entah apa2 haha..terus dia tutup bikini outdated dia tu dengan tuala..

yang belah kiri pakai dress biru ni adalah molly lakonan alice eve.tapi sebenarnya molly ni bukanlah perfect 10 seperti yang disangka..ada juga kekurangan dalam dirinya yang tak boleh diterima oleh bekas teman lelaki molly..tapi si kirk ni boleh menerima kekurangan tersebut..

jadi moral of story,jangan lah kita ni sangka yang kita adalah perfect 10,dengan bermulut tempayan mengutuk orang sana sini dengan ke egoan dan kelantangan mulut yang tak berapa nak besar tu..kat dunia boleh la...

5 comments:

  1. rindu kat abang ehh........hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. eh ko ek..mantol na nape neh? hahahaha im backkkkk!!! rasekan sumenya..dgn ko2 skali nanti aku libas huhu..tapi kawan2 takmo lawan..yang penting,enjoy!

    ReplyDelete
  3. ko balik ada bawa barang yang boleh di setankan tak?ko bagi HARGA TETAp pun aku tak kisah,membazir air liur jer minta diskaun.kedai antik yg kita selalu ronda tak jual barang semalam tapi buat pertunjukan cerita pentas opera.

    ReplyDelete
  4. Bro..aku ingat poster Penarik Beca, rupanya poster baru.kah..kah kalau poster macam ini yg bro bangga. ana buat balut buku sekolah anak ana saja bro.

    ReplyDelete
  5. eh kumpul ni dari mana dia timbul?macam jembalang tanah pulak muncul dari dalam tanah haha..bila masa pulak aku tulis kat situ aku BANGGA dengan poster ni?ini blog aku,barang aku,duit aku,aku punya suka lah nak posting apa pun.yang ente macam arab gila alih2 nak buat kacau dalam blog ana apa pasal?hahaha baik ente pergi berambus sana kutip taik unta lagi bagus kah3x

    ReplyDelete