Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, March 28, 2011

Adiah Kawen

Semasa Majlis Persandigan tempohari,ada seorang teman aku yang bernama MAIL yang telah terlupa membawa hadiah karat untuk diberikan pada aku dan setelah selesai majlis,aku yang kena pergi kolek hadiah ni kat rumah mak dia.hampeh tol si pengantin pulak yang pergi kolek sendiri hadiah haha..tapi apa pun,terima kasih yang tak terhingga sebab persahabatan yang terjalin sekian lama dari tahun 1992 sehinggalah ke hari ini.untuk pengetahuan semua,ni MAIL bukan sebarang MAIL,ni MAIL datang dari JOHOR BAHRU.cuma menetap di KL nun.kalian jangan salah sangka pulak ya.aku kenal mamat ni dari aku sekolah form 1 di Saint Joseph Secondary School JB yang pada masa itu hanya satu-satunya sekolah lelaki yang bersekolah pada hari Jumaat dan bercuti pada hari Ahad,selain dari I.J Convent(Perempuan) yang pada masa itu semua sekolah bercuti pada hari jumaat dan kena sekolah pada hari Ahad hahaha..masa tu kitorang dok gelakkan murid2 sekolah lain kerana tak dapat menonton cartoon yang best hanya ditayangkan pada hari Ahad haha..kesian kesian..dan waktu persekolahan pada hari jumaat pon pendek iaitu dari 7.20am-12.10pm,manakala sesi petang 2.15pm-6.45pm kalau aku tidak silap
So tentang hadiah yang diberikan pada aku adalah berupa sebiji botol yang aku belum ada dalam simpanan,tetapi tak tau pula di rumah kolektor yang lain,mungkin bersusun huhu..botol dari jenama terawal minuman soda iaitu schweppes berisi 13 FL OZ..aku kalau bab2 ounce ni memang ada failed sikit berbanding Litre atau ML
Pandangan dari sudut belakang botol iaitu Property of Cadbury Schweppes PTY LTD..adakah botol ini masuk Malaya?kemungkinan besar dari pengamatan dan pencarian aku di Internet,botol ini didatangkan dari Australia.betulkan aku ya kalau aku silap.ruangan komen tersedia untuk memberi pandangan
Berdasarkan dari perbandingan botol schweppes 200ml yang aku miliki,ternyata botol 13OZ ni mempunyai body yang lebih gumuk dan tinggi sedikit dari botol schweppes yang didatangkan dari Ipoh.
Barang kedua yang dihadiahkan adalah bottle opener dari gandingan jenama yang sama iaitu Schweppes juga.kira pakej juga lah hadiah ni.
Di bahagian belakang pembuka botol ni,tertera cara2 nak membuka tin can sardin schweppes dan tertulis Made In England
Dan hadiah ketiga dan juga merupakan hadiah terakhir adalah bottle opener & resealer.ternyata jika kita sabar,akhirnya dapat juga barang yang di idam-idamkan.sudah berabad lamanya aku mencari resealer bottle cap ni.mengikut sumber-sumber yang TAK boleh dipercayai,terdapat 2 mesin portable resealer di Malaya ni.yang 1 berada di Bukit Mahkota,dan 1 lagi berada di tangan Uncle Ali Popia,tetapi telah beralih tangan pada seorang Hamba Allah yang tidak diketahui exact location dimanakah mesin tersebut berada..hanya cerita dari mulut ke mulut sahaja yang dijaja hingga ke hari ni..jadi pada sesiapa yang berhajat mengreseal botol2 kosong beserta crown cap,boleh la aku mengcaj rm10 per botol hehe..sebab pesan owner kepada aku,resealer ni tidak boleh dibawa keluar dari rumah mak aku di simpang renggam.dikhuatiri pass dari tangan ke tangan,akhirnya?Missing In Action(MIA) hehe..
Terima Kasih sekali lagi kepada Ismail Said Ismail & wife Liza serta Mak Som yang datang memeriahkan majlis aku tempohari serta hadiah yang menepati sasaranku hehe..enjoy!

6 comments:

  1. 13 Fluid oz tu lebih kurang 369ml. Fluid oz untuk unit volume UK, Liquid oz is US.

    ReplyDelete
  2. iaryylr-tq beb!

    frightrice-selepas diselidiki kali kedua,memang sah botol ni dari U.K.thanx for the info ya!

    ReplyDelete
  3. Ya, botol ni bukan local, jarang botol kita ada tulis refund bro.. Apa-apa pun botol ni memang cun!!

    ReplyDelete
  4. Bukan jarang, memang takde.. hehe..

    ReplyDelete
  5. MgtBobber-hehe..kalau tak,dah bertambah pulak siri botol schweppes ni huhuhu..

    ReplyDelete