Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, March 22, 2011

Berlalu Sudah...Alhamdulillah

Akhirnya semua proses berjalan dengan lancar..Alhamdulillah dengan iringan doa dari parents,kaum keluarga,serta kawan2,tiada apa yang kurang atau jelek.Dan dengan sekali lafaz sahaja,kedua mempelai berjaya diijabkabulkan,diiringi dengan doa dan tepukan yang gemuruh serta sorakan dari penonton yang dihadiri oleh 1 kampung yang bagaikan pesta di malam itu yang mengejutkan si pengapit lelaki,"Mak ai,ni malam nikah ke,pestabola merdeka?"haha..dan berakhir dengan dentuman mercun dan bunga api pada malam itu.begitu meriah sekali sambutan di sebuah kampung di penghujung benua Asia..

Pelamin pun berjaya didirikan dengan teguh tanpa sebarang kesulitan yang berjaya memuaskan hati aku yang berdebar2 pada malam Nikah tempohari..dengan jemputan yang sederhana ramai,nasi beriani yang mencukupi,goodie bag yang mencukupi..

Dan buat julung kalinya si pengantin perempuan di inai oleh sang suaminya sendiri,yang jarang2 kita lihat atau dengar hehe..akhirnya terlaksana jugak impian aku..ni kira langgar adat tak?hehe..

Serta pulangan yang amat memuaskan bagi pihak mak & pak pengantin serta pengantinnya sekali hehe..Terima Kasih yang tak terhingga diucapkan pada semua kolektor yang hadir,yang sanggup merentas highway untuk ke Simpang Renggam,jasa korang amatlah aku hargai..

Dan aku ingin mengucapkan terima kasih 1juta kali kepada seorang teman yang tidak dapat hadir,tetapi telah memberikan hadiah yang karat,tetapi amat bermakna bagi aku
Kotak display acrylic yang dibuat dengan hasil kerja tangan sendiri,untuk mendisplaykan coin can coca cola worldcup 2010
Kotak display yang mempunyai base yang diperbuat dari kayu untuk mempamerkan commemorative coin dari Fraser & Neave
Serta Coin Can Pepsi yang tidak dikolek sehingga ke hari ini,sudah juga dimasukkan di dalam kotak display acrylic..haha nampaknya jadi milik aku lah nampaknya coin can ni..
Dan hadiah yang paling aku terhutang budi adalah tin sign coca cola ini yang bersaiz agar besar juga,dihadiahkan seorang teman yang tidak pernah berkira dengan aku,barang ni pada mulanya dia sayang juga hendak melepaskannya.tetapi selepas aku berseloroh meminta hadiah kawen,akhirnya dia melepaskan juga..aku sangka dia hanya berjoking,tetapi kadangkala barang yang kita sayang,jika dilepaskan pada orang yang tahu menghargai,akan menjadi lebih bermakna secara personal.
Ucapan selamat yang ditulis tidak seberapa,tetapi aku masih simpan sampul surat salam kaut ni hehe
Signature dari tuannya
Last word,terima kasih dari kami berdua,kepada semua yang hadir,kepada semua penyumbang dan kepada pemberi hadiah..Jasa mu akan dikenang!enjoy!

12 comments:

  1. tahniah kepada afzarizal 'adik' kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan. semoga berkekalan bersama selagi hayat dikandung badan.

    selepas ini anggaplah isterimu itu sebagai 'musuh'.. eer.. 'musuh dalam selimut' he.. he..

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru Bro, Selamat Menempuh Alam Berumahtangga. Lepas ni tak payah nak template dah minah seksi, yang REAL dah ada di depan mata.

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru..jgn biarkan diri dibelenggu misteri je..btol..3x..kata en.mat..bukak le poster yg berat tu..aku dtg jb nanti senang ckit nak makan tghari dah ader yg masak kalau x ke mamak je la..huhuh

    ReplyDelete
  4. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.sorry bro tak dapat hadir walaupun ancaman "ugutan sms",hahaha.

    ReplyDelete
  5. aku sedih lah...xdpt join ritu..papepun adik...aku ttp sayang ko..wlpun ko slalu nganjeng aku....selamat pengantin baru adik...semoga ko dijaga dgn baik dan menjadi suami yg terbaek...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ko dh kawen bro.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan dilimpahkan botol yang lebih banyak sehingga ke anak cucu cicit dan piut.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Tahniah pengantin baru! :) Al the best to you serta isteri, marriage is an adventure! Make it a good one bro! Amin.

    ReplyDelete
  8. selamat berbulan madu bro...soory tak dapat nak datang...jauhi botol dari katil, dekati bini selalu...selamat memandu bro...hehehe...

    ReplyDelete
  9. Bro,

    Tahniah bro...welcome to the club! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  10. Selamat Pengantin Baru bro! Tahniah! Kami warga KL amat mengalu-alukan jika kau nak tolak barang sebab nak beli pampers anak nanti! hehehee! jangan marah ha.. gurau je!!

    ReplyDelete
  11. Blues Riders-terima kasih diatas doa dan ucapan,bahaya juga ya penangan 'musuh dalam selimut ni' hahaha

    en mat-terima kasih cikgu diatas ucap selamat..akan ku turuti nasihatmu secara berkala hehe

    junker ipoh-thanks halim,bagi kwn kemas dulu rumah ni,nanti baru la selesa kalau nak datang.orang rumah kwn memang expert masak lemak ketam cili api!nanti leh pekena seround hehe

    blurguyz79-zal,aritu aku cakap kalo ko tak datang,putus sedara kan?tapi nasib baik hadiah2 tu boleh mengubat hati yang lara ni hehe..thanx ya!semoga persahabatan yang terjalin ni juga kekal hingga ke akhir hayat..

    bob PEPSI-sampai ati ko ek tak datang..padahal seangkatan ko si amer dgn pitt sanggup datang walaupun stroberi celup coklat mereka bukan berada di simpang renggam.ko yg hari2 ulang alik BP-Smpg Renggam pon tanak datang ek..k takpe,aku ingat bob!muekeke!

    JDMdecals Garage-thanks bro sebab hadir majlis aku haritu.tak sangka ko dengan pitt sudi datang.kirim salam kat pitt ya!

    frightrice-thanx zian atas doa dan nasihat.tapi kenapa ya ko mintak alamat aku?musykil sungguh hatiku ini..hehe

    Fitri Osman-itsocay bro tak dapat datang.paham,jauh ipoh-Jb tu..botol memang tak simpan dalam bilik..dah masuk kotak!

    ~Zulkis~-thanx bang TR.akhirnya dapat jugak aku join kelab boroi neh heheh

    MgtBobber-thank u Megat!buat masa ni belum tepikir lagi nak beli pampers,tapi tengah kompol duit nak pegi honeymoon!orang rumah ajak pegi hongkong.mana aku nak cekau duit neh gat...hehe

    iaryylr-Thanx!

    ReplyDelete