Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, November 23, 2011

Coca-Cola Heritage Fair 19th Nov 2011

Ribuan kemaafan kepada para blogger semua yang setia menunggu dan kerap bertanyakan bila adeq nak up gambar kat Blog?bila nak up gambar event kat FB?aku rasa semua sudah maklum,FB aku hanya untuk laman sosial dan untuk mencari 'makan' sahaja..tiada yang bersangkut paut dengan koleksi aku ni..sampaikan ada seorang rakan yang berseloroh,semua table aku dah tengok kat FB.cuma table ko je yang belum aku tengok haha..susah juga untuk menunaikan permintaan peminat2 ni hehe..but too bad,i dont bring my DSLR..only small compact digital camera hehe..nanti mana nak setting camera,mana nak setting meja..kang semua kelaut pulak..haha..

Perjalanan dari JB ke KL sungguh meletihkan.mengangkat kotak satu persatu dari tingkat 13 Flat Larkin sebanyak 5 kali trip sememangnya membosankan.menunggu Sang Blurguyz tiba dari Temasek dipenuhi dengan checking buat kali terakhir terhadap barang2 yang ingin dibawa.Proton Persona dimuatkan dengan pelbagai signboard dan kotak sehingga barangan kiriman teman di Kota Tinggi tidak dapat dipenuhi hajatnya untuk ke KL berikutan kesempitan ruang yang jika diisi,agak cramp lah kaki si blurguyz jika meneruskan perjalanan ke KL haha..kami bersantap dahulu di restoran berdekatan rumah aku untuk memenuhkan kotak perut yang sudah dipenuhi angin dari tengahari tadi.jam menunjukkan 11 malam dan kami memulakan perjalanan dengan kelajuan 110km/h menepati had laju yang kadangkala dijangkaui sehingga 180km/h haha..

Sesampainya kami di KL,mata kami dijamu oleh kelibat2 awek yang seksi meksi baru balik clubbing melepak di kedai mamak setelah penat berdansa agaknya..tapi kenapalah berpakaian yang cantik begitu,boipren2 mereka ini membawa minum di kedai mamak?adoiii aii..tak mencontohi aku semasa jaman muda2 dulu2 lah..bawak la ke tempat minum yang stended sikit..setelah beberapa ketika menjamu mata,tuan entertainer kami iaitu Nasir yang juga berasal dari JB tapi mencari sesuap nasi di KL menyambut kami dengan segelas air milo suam yang makin memberatkan mata ni sehingga ke pukul 4am.aku bercheck in di De Palma Hotel Ampang.ramai juga bertanya,kenapa aku check in di Ampang?sedangkan event ni di Subang?sempat ke nak datang?disebabkan ada share kat hotel ni,boleh la aku bermalam secara percuma untuk 2 malam di hotel yang berkonsepkan Islamic hehe dari dalam bilik boleh dengar lagu nasyid yang dipasang di ruang legar hotel.sementara Blurguyz mengikut Nasir ke rumah mak mertua Nasir di area Subang

Keesokan paginya,hanya berbekalkan 3 jam waktu beradu,dengan mata yang rabak sedikit merah,selepas mengisi perut di coffee shop hotel,aku bergerak ke Subang pukul 8am.dan sampai ke Empire Shopping Mall Subang dengan terkial2 pintu masuk mana yang harus aku tuju untuk meng loading barang2 ni.berpusing2 jugak aku kat basement Empire ni.tapi nasib baik lah ketemu si Nasir dan Blurguyz di basement yang memudahkan walhal menyusahkan menyorong troli dari basement ke aras UG Empire.

Dulunya terbakar akibat letupan gas,kini sudah melalui proses perubahan re-renovate hehe..

bila sampai di ruang UG Empire pada pukul 9 lebih,yang pada mulanya Dato Chua selaku organizer menetapkan para collector hendaklah sampai sebelum jam 9am,kelihatan si Nasir sudah menitiskan peluh jantannya yang pertama sambil menyusun barang2 yang untuk dijual dan di display.tak tahu lah gementar ke,penat menyorong troli ke haha..rilek la sir!

Aku pun tidak kurang hebatnya menyusun pelbagai barang yang orang kata bahan buangan je ni haha..nak clearkan rumah!

Sementara menunggu perasmian event ni,sempatlah jugak aku meng snap table rakan2 seperjuangan di sana..banyak sangat barang,maaf ya bagi empunya table yang aku tak sempat nak snap gambar!

Table Rani
Poster2 yang dibawa untuk display..
Table Zul Kajang
Yang ni aku lupa siapa namanya..table sebelah Blurguyz
Table Paul yang dipenuhi tin can yang pada kiraan aku agak menarik jugak..banyak tin can malaysia yang dibawa untuk dijual dengan harga yang amat menarik dan tak kurang pula yang dibawa untuk display
Kalau tak silap ni button yang jual kat Teh Amcorp..
Table Ah Ming yang menggangu gugat pemerhatian aku terhadap poster2 yang dijual..harga boleh tahan..paling murah pun rm250!
Kelihatan para pompom girls sedang giat menjalani latihan..
Papan plywood menyerupai botol coca cola juga sudah dimulain mengecat..
Eh apa pulak ni dalam paper bag Coca Cola Buka Semangat?
Owhhh rupanya goodie bag yang diberikan oleh Dato Chua pada peng open table sahaja..yang aku rasa cun jugak design t-shirt ni.memang menepati citarasa aku lah kali ni.sebab selalunya tak lawa haha..
tetapi t-shirt ni memang edisi terhad.tidak akan diberi kepada pengunjung walhal yang main under table haha..
Official Tag juga diberikan untuk dipakai sepanjang event..cool!
berdekatan table aku terdapat booth charity yang memaparkan seorang amoi yang peramah plus gediks yang datang menegur aku dahulu tentang satu signboard berbahasa cina yang aku display..
Acara pun dimulakan dengan persembahan oleh pom-pom girls
Atau lebih dikenali sebagai Dynamytz Cheer Leader Group
Dan Majlis dirasmikan oleh 'Orang Besar" Coca Cola Malaysia..kalau tak kerana mereka,tidak berjaya lah heritage event ni..thanx!
Selepas perasmian,maka berpusu2 lah orang ramai ke table para collectors dan ruang pameran yang disediakan yang kalau tak silap aku,sama sebijik barang2 nya seperti tempohari aku melawat ke pameran 125 years coca cola Singapore.ni kira dipinjamkan la..sampaikan tong sampah recycle pon dipinjamkan! haha..itu pun ada orang rembat..melilau manager coke tu mencari tong sampahnya hahaha

Deretan botol2 Malaya..
Tin2 can Malaya yang agak rare jugaklah pada pandangan aku..
Menanti saat untuk dikorbankan haha..
Betul tak aku cakap,sama kan dengan display masa kat Singapore?
Ni lagi sorang amoi chantek yang tak putus2 memberikan senyuman manis tetapi pahit juga aku menelan air liur..
Sambil2 tu,kite layan dulu fussball dengan amoi chantek yang mata dia tak boleh bukak disebabkan bulu mata palsu yang berat sangat hehe
Dan masa yang ditunggu2,auction time!
Malaysia coca cola 125 years bottle set????
yo-yo pon masuk bid?dan Freddie berjaya mendapatkannya dengan harga rm40..murah gak harga tu..aku tak bid pun dapat dengan harga yang sama jugak hehe..
Thermometer abang yang tak datang..
Para bidder2 yang memenangi trofi masing2..ketiga2 barang ni brader ni dapat dengan harga rm200.ok kan?
Brader ni memang aku respek..agak borong jugaklah dia kat table aku..mintak kurang,tapi aku bagi harga mati,dan dia terus bayar tanpa cakap banyak..dan dia sanggup tunggu lama untuk membida meja fussbal ni..dia memang nak sangat.beriya2 memberitahu aku.dan masa bida dibuka,aku dengan pantas berlari ajak dia kehadapan stage untuk membida.dan akhirnya..dia dapat jugak meja fussball ni dengan harga rm400 tak silap aku..
Ahming disisi Torch Beijing 2008 yang berjaya diperolehi dengan harga lebih kurang RM2000
Kalau tak silap,member cina aku yang ni Andrew namanya..kalau silap tolong beritahu ya!
Bersebelahan table aku adalah seorang kolektor pompan yang datang dari Thailand yang cukup baik dan agak peramah jugak iaitu Chicky bersama rakannya
Tiada barang yang dibawa untuk dijual,hanya item yang dipesan sahaja menjadi taruhan..bagi sesiapa yang tidak memesan,melopong la..
Bagi aku,ada dua item yang aku pesan iaitu botol yang aku kirakan agak vintage lah jugak..
Syarikat pengeluar..kenapa Malaysia tidak buat sub-syarikat yang mengeluarkan barang2 coca-cola seperti ini?
bertatahkan bungkusan semacam karung guni,disertakan tali pengikat kulit,dan di print annual report 1992
Annual report coca-cola yang dimasukkan ke dalam botol coca cola yang ditebuk lubang dibawahnya.dan jika hendak melihat report pada tahun 1992 ini,anda hendaklah mengeluarkannya melalu muntut botol ini sendiri.cool kan?
dan yang pastinya,bottle cap ni adalah berwarna keemasan.cool!Rm40 je..sapa yang taknak kan?
Dan yang ini adalah poster original dari coca-cola thailand yang masih berkeadaan baik.bersaiz standard size poster,memaparkan gambar Miss Thailand 1994 (Areeya) bercanda di pasiran pantai..
Sebagai free gift atau souvenir,Chicky menghadiahkan aku sehelai keychain yang boleh ditransform kepada pen..cool!
dan juga sebatang pen coca-cola Thailand..thanx Chicky!
Kesemua barang2 ini dimasukkan ke dalam beg plastik clear yang memaparkan logo Coca-Cola Shop Thailand..cool kan?kenapa lah Malaysia tak ada macam ni?
Sambil2 tu,bergambar kenangan dengan para peminat dan juga para pengujung yang terdiri dari ahli Botologi Malaya..
Blurguyz bersama rakan seperjuangan yang aku panggil brader rockers hehe
Ai,Hidup Pepsi pun ada?macamana kau boleh tercampak kat sini..hehe..tanda sokongan kepada coca-cola walhal si Bob Penchinta Wanita,eh silap.ChentaPepsi blogspot melepak seorang diri menatap gambar di upload ke FB satu persatu sambil menggetap bibir kegeraman haha..cool Bob!
Bergambar bersama Chicky yang sanggup datang dari jauh huhu..berani betul minah ni ya semata2 coca-cola punya pasal
Brader Zul Kajang yang sangat berbudi bahasa bergambar bersama buat kenang-kenangan..entah bila boleh bersua kembali ya bang?banyak barang yang saya nak tu hehe..
Tak banyak barang yang aku bawak pulang..tapi kira boleh la buat pengubat hati yang lara..

Tin Sardin COKE USA..benda ni tersangat2 lah murah..memang harga tak masuk akal..RM15.gila kan harga?hahaha
Russel yo-yo yang asli.aku minat dengan printed kat tengah tu yang macam di re-printed.Rm40..pejam mata jelah..
tin can Chelsea Siam yang diberikan oleh Nasir sempena aku mengangkut botol2 dia yang berat macam batu dari Singapore ke Malaysia turun naik bas..
Pemberian dari Blurguyz yang pada mulanya aku berseloroh untuk membeli,tapi diberikan secara percuma atas dasar perjanjian setan haha..
Botol coke versi Emas sempena Olimpik ke 100 di Atlanta..thanx beb!
Tin can olimpik barcelona 1992.RM20.boleh sangat lah kan?
Macam biasa la..Jalan Foss..
Antara Steel Can Malaya yang terawal,dapat dengan harga rm70..bedal jelah..asalkan ada tulisan Tanda Perniagaan Berdaftar tu hehe..takde calar balar,kira boleh laaaaa..
Jalan Foss takde poskod..rembatt..
Dan yang terakhir adalah signboard Minumlah yang agak kontroversi jugak sign ni.condition yang sangat memuaskan,jauh perjalan signboard ni.berasal dari kilang F&N coca-cola Jb,pergi ke tangan penganjur Norwanis JB heheh..dan berpindah ke Subang rumah Nasir,dan kini kembali ke Larkin,JB dengan berbekalkan perjanian setan jugak muekeke!
Secara ringkasnya,aku amat berpuas hati dengan event yang semacam ni.walaupun penat,tapi kami enjoy!
Duhai Amoi Chantek,u tak payah la mempersembahkan i..malu tau i hahah!number fon yang u bagi tu nanti i datang KL,i calling2 ya!hehehe