Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, January 17, 2012

CODD F&N ebay Thailand

Botol ni aku perasan dah seminggu dah kat ebay..seller nya dari Thailand.tapi macam takde orang bid pulak..kenapa ya? mungkin ramai kolektor yang dah berlambak botol ni kat dalam simpanan mereka kot...maka aku biarkan beberapa ketika dan masih tiada orang bid.dah tak laku ke agaknya botol guli ni?tapi bagi aku yang belum sempat memiliki botol F&N berbentuk frost-look ni,selepas mengira2 kertas yang ada gambar kepala di dalam poket ni,boleh la aku bid pada saat2 terakhir bidding time ni.dan ada jugak orang yang menyibuk pada saat2 akhir bidding time ni.tapi kemenangan berpihak pada aku di atas pertolongan seorang rakan di Pahang dan seorang teman di Temasek dengan nilai SGD192 bersamaan MYR450.kira boleh la kalau harga bawah MYR500..dan yang bagusnya,Free Shipping!
Selepas seminggu memenangi bid,sebuah parcell pun sampai dari Thailand yang tak berapa besar sangat saiz dia melalui airmail yang berkos 453Bath sekitar MYR45 sahaja
Selepas dibuka parcellnya,di tepi bahagian ruang yang kosong diselit dengan menggunakan surat khabar siam dan botol juga di wrap menggunakan bubble wrap
Guli yang berada di leher botol juga diselitkan dengan kadbod untuk mengelakkan guli itu bergerak dan membuat bising sehingga menyebabkan posmen musykil apakah barang yang terdapat di dalam parcell ini hahaha..dan kadangkala jika tidak disendal guli ini dengan kertas,dikhuatiri boleh menyebabkan leher botol retak ataupun pecah
kira puas hati jugak lah aku menerima botol ni dengan keadaan baik dan tidak cacat
Akhirnya botol BODOH ni berjaya dibawa pulang ke negara asalnya..enjoy!

No comments:

Post a Comment