Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, September 3, 2010

Sesi Korek Youth Olympic Games 2010 @ Temasek

weekend yang lepas,aku menyusur langkah ke temasek bersama blurguyz79 memandangkan promosi spore yog 2010 akan berakhir.bermula pada 14 ogos sehingga 26 ogos 2010,yog ini adalah yang pertama dalam sejarah dan berlangsung di temasek dan diadakan pada setiap 4 tahun yang berikutnya.jadi aku pun tak nak ketinggalan mencari barang2 koleksi yang boleh dijadikan cenderahati yang berharga untuk dijadikan koleksi peribadi.mungkin bagi orang lain benda ni celah gigi aja atau tak memberi keuntungan,tapi bagi aku,ia tetap menjadi benda yang berharga bagi diri aku.bukan untuk orang lain.disebabkan aku masuk temasek 29 ogos,dan promosinya telah habis,maka berkejar2an lah aku untuk mencari saki baki yang boleh dibawa pulang ke malaya untuk tatapan mata sendiri.sambil berjalan menuju ke destinasi,terjumpa lah 1 benda ni di satu gerai terpakai


tin can peringatan sempena national day pada tahun 2004.benda ni dibekalkan pada penonton yang datang ke stadium secara percuma.tidak ada air,tapi terdapat pasir di dalamnya untuk penonton membuat bising di stadium haha..aku tak tau macamana nak menyusun ayat untuk tin ni.kira kalau goncang tin ni,akan menghasilkan bunyi irama pasir haha..perjalanan diteruskan dan semasa kami lalu di lorong hdb flat tu,ada 1 kedai runcit ni meletakkan display chiller dia luar kedai

nasib baik owner kedai ni dah rantai chiller ni,kalau tak,aku dengan bg79 dah lama buat kerja haha..tapi kalau anda perasan di belakang chiller ni di bahagian atas,ada bekas panjang putih bekas double sided tape.bekas tu sebenarnya adalah poster pocket coca cola yang telah dirembat oleh bg79 dengan rakusnya haha..tak sempat aku nak ambil gambarnya tengah merobekkan poster tersebut.maka pocket poster tu pon diusung kesana kemari oleh bg79 dan banyak kali juga tertinggal kat kedai yang kami singgah haha..nasib baik tak hilang.maka perjalanan pun kami teruskan ke orchard road yang menempatkan booth yog 2010.sepanjang takashimaya tu memang penuh dengan cenderahati yog untuk dijual.tapi yang memaku mata kami adalah booth yog coca cola.barang yang kami dapat mula2 adalah tin can 6pax yog edition


tin can yog ni terdapat 2 versi iaitu 6pax dan 12pax.nak amik yang 12pax macam tak larat pulak nak bawak balik ke malaya ni.so dapat yang 6pax pun jadilah.mengikut sumber yang TAK boleh dipercayai,set pax ni hanya dikeluarkan sebanyak 500 set sahaja.tak tau pula betul ke tidak.maka kami pun masuklah ke dalam booth coca cola yang tak berpenghuni ni.kira booth ni self service la kiranya.

gambar diatas ni adalah rack2 yang menempatkan hadiah2 yang boleh ditukarkan jika anda mengkitar semula pet2 botol yang telah digunakan.ada tumbler,beg,topi dan juga tshirt.terdapat 2 vending machine yang membolehkan anda membeli pet bottle coke yog,dan jika bernasib baik baik,botol tu akan keluar bersama barang2 cenderahati coke yog,dan bg79 mula mencuba nasib

yaaa botol pertama dikeluarkan



corak contour bottle adalah macam yang sebelum2 ni,tapi labelnya adalah berbeza.botol macam ni banyak terdapat dijual di merata tempat di kedai2 runcit atau 7eleven.tapi yang membezakan botol yog biasa dengan botol yang dikeluarkan oleh vending machine ini adalah ini



tag special edition yog yang hanya boleh didapati di booth vending machine.jadi bagi kolektor diluar sana yang ingin mengolek pet bottle yog,haruslah berserta dengan tag dia sekali.barulah lengkap koleksi anda tu.jadi setelah bg79 mencuba nasib beberapa kali,dapat lah hadiah yang bagi aku sangat berharga iaitu



lanyard special edition coca cola yog 2010 yang aku rasa sebagai benda yang berharga yang tidak ada 2 nya hehe..maka hari raya ni boleh la bergaya dengan lanyard coca cola yang bergaya ni menggantung kunci kereta kat leher huhuhu tiba giliran aku pula mencuba nasib.dah hasilnya

yahuuuuiii dapat sehelai tshirt coca cola special editon yog 2010 yang kira2 saiz aku lah jugak ni



berwarna merah menyala,yang kalau masuk kampung,kompom dikejar lembu haha..maka dengan itu kami pun pulang dengan hati yang tersenyum dan balik ke malaya berbuka puasa dengan air coca cola youth olympic games 2010.enjoy!

1 comment: