Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, February 21, 2011

Semalaman Di Teratak Dolah A

Malam semalam,si Blurguyz79 datang ke rumah aku membawa barang2 dari temasek yang dikoreknya untuk aku hehe..dan bila dah tak tau apa2 nak buat,aku mencadangkan jom kita pegi rumah abang dolah.dan selepas persetujuan dibuat,kami pun bergerak menuju ke rumah abang dolah.dan dulunya abang dolah ni lebih dikenali sebagai Tuan Penasihat.tetapi untuk menjaga hati pelbagai pihak,maka title tuan penasihat itu diminta untuk digugurkan bedasarkan sebab2 yang tertentu.sebab gelaran tersebut pun aku yang memandai2 bagi,so aku lah yang bertanggungjawab hehe..jadi untuk menghormati keputusan abang dolah,maka title Tuan Penasihat tu ditukar kepada Dolah sahaja.jadi memandangkan di Jb ni ada 2 orang dolah,maka aku namakan dolah A dan dolah B.duduk rumah pon berdekatan..jadikan aku namakan dolah yang ini dolah A (a.k.a Dolah Asap) dan Dolah B (a.k.a Dolah Banknotes)maka dengan rename ini memudahkan lagi para blogger untuk meng differentiate mereka ini hehe..
Jadi untuk kali keduanya,rumah dolah a terpampang kat blog.sebelum ni pernah juga keluar di blog Lop.so bila dah sampai ke rumah dolah a ni,dolah b pon ada sekali.dan si blurguyz pon berkobar2 lah untuk menyaksikan koleksi banknotes2 mereka ini.maka aku pun dah sangap bila mereka2 ni berbual pasal duit.almaklumlah aku ni bukan pandai sangat pasal duit.tapi kalau bab menghabiskan duit aku pandai la! hahaha..dalam mereka tengah sibuk cerita pasal running number la,prefix la,gabenor la,aku pun meringankan tangan untuk mengsnap gambar apa yang patut.dolah a ni aku kenal disebabkan botol jugak..sama jugak dengan si bob pepsi.kan bob kan?hehe..dan bagi sesiapa yang mengenali dolah a ni,orang nya kecil tapi bercita2 besar.dan orang tidak berkira.boleh lebih kurang dan senang berurusan dengannya.sikit hari lagi bersaudaralah aku dengan dia heheh..bermula dengan koleksi jam tangan,jam kunci,jam dinding,jam poket dan bermacam2 jenis jam lah.so mari kita layan gambar2 di bawah ni

Jam dinding bersaiz besar diantara jam2 terawal keluaran Diamond yang menggunakan letrik

pelbagai koleksi jam kunci yang di displaykan di showcase antik

balang jawi coklat van houten

agaknya abg dolah a ni suke mencuci baju kot..sekali beli 2 tin!bang,kalau dapat yang kotak Fab made in malaya lagi cun!baru komplit koleksi hehe..

Kita teruskan dengan koleksi Mak Janda.eh!salah.koleksi Mak Bonda.dan aku bukan tau sangat pasal pinggan mangkuk ni.kalau ada pun,buat ada2 je..kita layan pulak barang2 khas untuk mak bonda..yang ni bunga apa ya?bunga biru kot..main taram jek!

pinggan mangkuk meakin berwarna hijau muda dan biru muda

Yang ni meakin kaler pink pulak!

yang ni corak bunga ros merah..aduiii pening2 tengok pinggan mangkuk dalam lemari..bang,bila lah ko nak hidangkan aku makan pakai pinggan mangkuk ni bang?

haaa yang ni aku tau.corak bunga kangkung atau dalam bahasa mak bonda BK

Amacam para mak bonda?puas hati dengan tatapan aku kali ni?sebab ramai yang meng request dengan aku asik posting barang coke aja,bila nak posting PML pulak?nah,hari ni aku menunaikan janjiku.takla banyak,tapi boleh la kan..so kita layan pulak barang pinggan mangkuk dari Dumex pulak.lepas ni kalau para bloggger tak muntah,aku tak tau la.sebab banyak lagi gambar2 di bawah ni untuk tatapan korang semua.aku dah tak tau nak type apa pasal pinggan mangkuk ni.so scroll jelah ya mouse korang hehe..
dumex bunga

dumex..

dumex lagi..

lagi lagi dumex..

dan lagi dan lagi...

*pengsan*

ai tong Dumex pon kau ada bang?aduii..macam2 lah kalau dah minat ya..tak kira apa jenis barang pon disapunya hehe..lain orang lain minatnya..so kita kena hormati koleksi orang walaupun barang tersebut tak berada di hati kita

yaaaa..akhirnya sampai jugak kat part peberet aku.coca cola!macam abg dolah b cakap,rizal ni kalau orang bercerita pasal banknote,diam membisu,tapi kalau bab coca cola,ha boleh bercerita sampai ke pagi! hahaha..abistu nak buat macamana bang..dari kecik dah minat coke!
1 rack display barang souvenir coke.terlampau banyak!rasa macam tak mampu nak snap 1 persatu.so lumpsum ajelah yek hehe

barisan2 button coke malaya..bulls eye,MASA,dan yang kanan sekali tu aku tak pasti pulak sebab dah conteng kan hehe..

sanggup abg dolah ke batu caves sana untuk memikap troli coke ni..kalau dah minat..

kadangkala kembagn jugak idung bila barang yang di supply orang hargai dan menggantungkannya kat dinding hehe..thanx abg dolah kerana menyaport ChantiqScully.blogspot.com!

kali ni kita ke koleksi tray pulak.aku tak berani nak cerita panjang sebab nak jaga perhubungan sesama kolektor..

barisan tray2 kontroversi rokok..

yang aku minat pada tray yang abg dolah baru dapat ni.salah sebuah syarikat metal printing mengeluarkan tray hari kebangsaan ini.daripada pengamatan aku,perdana menteri yang memakai baju grey itu adalah mirip Tun Hussein Onn.jadi tahun berapakah tray ini?

Akhirnya sampai juga ke bahagian kalau orang kata masa amik degree dulu,majoring in bahagian barang Asap berasap lah haha..kate empunya rumah ni,1 hari nanti bahagian asap area Johor ni dia nak pegang!kalau dalam Kabinet tu,ibarat Menteri Rokok lah gamaknya..Menteri Botol dah ada orang pegang,Menteri Asal Hembus dimenangi oleh aku sendiri dengan Majoriti undi 100% hehehe jom kita layan apa barang asap yang ada kat rumah dolah ni.
jam asap dan cermin asap

pelbagai mancis,tin2 rokok,dan kotak2 rokok disusun di dalam display rokok kedai runcit lama

sample2 rokok yang aku sempat snap

rokok lagi..

dan yang terakhir rokok merdeka

kita ke section yang lain pula iaitu koleksi pelbagai signboard,poster,calendar dan yang sewaktu dengannya
Dah namanya dolah.so barang asap tak lengkap kalau tak ada brand abdullah ni

Signboard double sided yang berjaya bertukar tangan dari penang ke JB.yang part belakang tu adalah sign pepsi.tapi abg dolah lebih berminat ke arah mirinda,jadi dah tertutup sign pepsi tu hehe..sepatutnya di gantung kat tengah2..so orang boleh nampak kedua2 belah logo..tapi agaknya perasaan tak seberapa terhadap pepsi,maka tertutup lah logo kebanggaan kawan kita sorang ni hehe..kawan2 takmo lawan yerrr...

Calendar asap 555 yang masih terlekat kalendar oginalnya tahun 1976

dapat jugak kau ye bang calendar sign torchlight peta Malaya ni hehe..

F&N sold here?mana?mana?tak ada pun..kalau dah rejeki tak kemana..dulu liat betul dia nak beli enamel f&n ni..tak tau lah apa yang dihitung oleh abg dolah.bajet ke,condition ke,number ke,made in mana ke,dah ada depan mata yang murah,dilepaskan begitu aja..last2,ha ambik kau sekali 2 dia beli!

rokok fouraces yang dah terlipat dua tapi berjaya jugak direpair balik.cool!

cardboard sign RC cola yang berjaya jugak diperolehi dari seorang Menteri Botol JB yang mulanya agak liat untuk menyerahkan sign ni..tapi ayat punya ayat selama beberapa bulan,akhirnya servis bertukar tangan hehehe..

Minum MILO anda jadi sihat dan kuat!

tin sign 7up yang hanya beberapa saat aja berada kat satu laman web lelong di malaya ni..tak sempat aku nak call seller.dah sold!tapi naluri aku kuat mengatakan tin sign ni akan terbang ke JB jugak hehe..

Calendar sign Craven A jawi

bang,patut December tu digantikan dengan August..31 tu dah betul.barulah merdeka!

tin sign dutch baby yang jadi rebutan jugak.tapi kalau dah rejeki tu tak kemana..balik jugak je Johor ni..

Menu board yang berkondisi teramatlah cemerlang.sampai kertas minyak buat bungkus board ni pon dia taknak tanggalkan!

dan paper sign peberet aku.Mirinda Krim V! dengar cerita dapat kat kampung aku jugak simpang renggam..tapi apesal aku tak perasan kedai mana dia pegi korek ni..sepatutnya dari mana asalnya sign ni,disitulah jugak ia bertapak..bang,kalau saya kawen,paper sign ni buat hadiah kawen boleh?

Dan koleksi yang terakhir iaitu botol2 yang tersusun dia atas rak display..korang view & enlarge lah sendiri ya.penat aku nak snap 1-1 botol

gelas2 ni pon aku dah terlarat nak snap.sekali lumpsum ajelah ya!

tapi ada jugak diantara botol2 yang aku rasa special macam botol mirinda diantara yang terawal masih berkilat

mengikut kata abg dolah,dia ingat botol pepsi jawi yang dia beli dari aku tu paling mahal,tetapi sangkaannya meleset sama sekali.sekarang botol ini lah yang paling mahal pernah dibeli oleh beliau hehehe..apa yang istimewa tentang botol ni?hanya megat sahaja yang boleh memberi jawapan di ruangan komentar..

aku memang dah tak larat nak menceceh lagi..dah kekeringan idea nak type!banyak sangat barang! at last..sampai jugak ke barang yang terakhir iaitu botol 4segi F&N singapore

agaknya kat mana lah kau korek botol ni bang..

di bahagian muntut,macam biasalah..jauh botol ni berjalan dari London sane..

Semoga paparan kali ni tak membuatkan para blogger sakit mata atau sakit hati..mana yang lebih,itu rejeki masing2..pada mana yang belum ada,lengkapkanlah koleksi anda.kita enjoy!

9 comments:

  1. fuhh..apsal tiba2 aku berpeluh dalam ekon nie,,demam kot..

    ReplyDelete
  2. penat mata aku menengok gambar2 ni.. huhu..

    ReplyDelete
  3. tgk tu...sngaje...xnk aku lepak skali..padahal..aku ade je kt umah.....yelah...aku budak2..xleh join korunk...xpe2....huhuhu

    ReplyDelete
  4. Mahal botol tu lebih mahal nilai sejarahnya bro! hehee.. Botol F&N empat segi......!! Tak tahan!!! Info menarik ni bro! Boleh buat modal korek tanah lagi!!

    ReplyDelete
  5. Abaj,eleh rol..macam ko tak penah datang pulak rumah abg dolah neh..purak2 demam la tu kunun haha

    JDM,ko pon same mer..hehe

    bob PEPSI,mane kitorang tau ko ada kat JB..lain kali bgtau la..sms 5 sen pon kira ok jugak..sebab kitorang ingatkan ko kat simpang renggam!haha

    Pak Haji,nantikan kemunculan part 2 teratak dolah a!

    MgtBobber,ada sumber rujukan tentang botol 4segi ni tak?kalau ada,share2 la kat sini

    ReplyDelete
  6. Nampaknya tiada komen dari geng2 Mak Bonda..tak mendapat sambutan lah posting PML ni hehe

    ReplyDelete
  7. pml dumex tu kira pening kepala la..yang lain2 tu buat berpinar mata...

    ReplyDelete