Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, July 22, 2011

Phoenix Kotaraya

Masa aku bekerja kat Bukit Timbalan Johor,selalu lah makan tengahari di Plaza Kotaraya milik J-Corp.padahal kat cafe banyak makanan,tapi hati degil ni berkeras untuk ke Kotaraya jugak dengan geng2 Lelaki Hidung Belang(ayat Harian Metro).bukan ape..kat kotaraya ni banyak butik2 baju popan..spa dan pusat rawatan kecantikan.so yang menjaga kedai2 kat situ pon ada la muka macam ala2 Audrey Bitoni,Chelsea Olivia dan ramai lagi lah haha..jadi sebelum sampai di food court kotaraya tu,ada sebuah kedai bundle.nak kata aku pakai baju bundle,tak jugak..nak kata tak minat,kadang minat jugak..so 1 hari tu agaknya mata ni terpandang pada sebijik botol kat meja cashier..
berkeadaan full bottle,lengkap dengan bottle capnya sekali.so aku belek punya belek,tanyalah pada empunya kedai sama ada dia hendak menjualkannya atau tidak.malang..tauke kedai tu tanak jual..dia kata ni botol lama.susah dah nak dapat sekarang ni.aku pun menganggukkan kepala mendengar topik sejarah yang aku kurang berminat mendengarnya hehe selepas kebas telinga ni mendengar sejarah botol ni yang entah betul ke tidak,aku pun mula membuka harga.Bang,kawan offer lah botol ni rm50,amacam?Pemilik kedai menjawab,kalau rm60 boleh?dengan pantasss aku mengeluarkan dompet sampul surat aku dan menghulurkan not biru kehijau2an dan not merah.terus keluar kedai tanpa cakap banyak dah hahaha
dan yang menariknya,penutup dia Peacock brand National A.W! adakah Phoenix dan National ni duduknya dibawah 1 bumbung? minta pertolongan En.Megat untuk mejelaskan perkara ini kepada budak yang baru belajar macam saya ni hehe..

2 comments:

  1. Setahu aku Phoenix dengan National takde pertalian saudara bro.. Tak tau lah kot belah-belah bini nombor dua ada adik angkat! Kehkeh.. Banyak lagi yang aku tak tau bro rupanya..

    ReplyDelete
  2. aku lagi la x taw menda2 cam nie..mmmmmmm

    ReplyDelete