Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, October 11, 2011

Dark Of The Moon

Tempohari semasa pembukaan tayangan siri Transformers 3 Dark Of The Moon,agak panjang jugak la beratur untuk mendapatkan tiket hari pertama show pada bulan June 2011.jadi pada hari pertama aku menonton di Cathay cineplex city square JB.lepas beratur beli tiket,kene beratur pulak nak bli pepsi & popcorn.apa yang hebat sangat entah cerita ni sampai ramai bebenor orang nak tengok haha..yela jika sape membesar dan melayan cartoon setiap hari di Channel 5 singapore,mesti akan duduk tercongok depan tv pukul 6.30 petang pada era 80an.gila jika dulu dapat tengok cartoon,sekarang jadi yang real pulak dalam movie.mesti la nak tengok kan?jadi set popcorn yang dikeluarkan oleh Cathay adalah macam biasa,tumbler..
memaparkan watak baru iaitu Shockwave dan kat penutup dia ada model kecil Starscream yang boleh ditanggalkan.kalau tak silap aku,terdapat 4 item mini model ni iaitu Prime,Bumblebee,Lord Megatron & watak feveret aku Starscream yang cukup jahat masa di cartoon,tetapi tidak di Filem haha
minggu kedua,aku try pulak view yang lain sedikit di TGV cineplex.kali ni dapat jugak tumbler set popcorn.tapi paparan yang berbeza iaitu Optimus Prime yang hebat tak berapa nak hebat la..nampak dari jauh macam bersaiz yang tumbler Cathay,tapi bila dah dapat di tangan,mak ai..
besarnya! 2 kali ganda size nya berbanding dengan tumbler Cathay.bukan sebab apa,kalau tumbler airnya memang la sama size dengan tumbler Cathay,tapi dia ada tambahan tingkat kedua untuk diisi dengan popcorn.kalau macam yang Cathay,popcorn nya di dalam bekas yang berasingan.yang ni dia bertingkat.sambil sedut air,boleh la tangan ni mengorek popcorn dalam gelap haha..
jadi pada sapa yang mengkolek siri tumbler yang semacam ni,boleh la menambah koleksi anda tumbler anda tu ya.enjoy!

1 comment: