Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, November 4, 2011

FCUK Pos Malaysia!

Hari ini sesampainya di kantor dengan muka ceria,aku dikejutkan dengan kedatangan seorang insan yang bergelar Postoman menghulurkan sebuah bungkusan yang teramat cantik sekali seperti di bawah ini
Cantik bukan? macam setan! terus hangin aku 1 badan melihat bungkusan yang dikirimkan oleh seorang rakan di KL terburai macam mangsa bunuh yang dikelar lehernya.malah lebih teruk dari itu.dan aku bertanya kepada Sang Postoman, "bang,kenapa bungkusan saya ni dah terbukak sampai koyak rabak jadinya?" jawab Sang Postoman,"tak tahu lah dik,kami terima memang dah macam ni.saya cuma hantar je.." dia pun berlalu pergi selepas aku menandatangani helaian kertas yang sesiapa sahaja boleh terima bungkusan ini tanpa diselidiki betulkah orang yang menerima bungkusan ini adalah penerima bungkusan.tidak diminta Kad Pengenalan,hanya nama dan nombor pengenalan sahaja yang diminta.
Adakah perkara seperti ini biasa berlaku kepada anda semua?mungkin tidak,ataupun mungkin hanya aku seorang sahaja yang pernah terkena kes semacam ini.aku memang tak tahu prosedur ataupun authority syarikat ini untuk sesuka hati mak bapak diorang untuk membuka bungkusan tersebut.mungkin dibenarkan,tetapi kenapa tidak dimaklumkan kepada si penerima atau si pengirim terlebih dahulu?apa,mereka ingat si pengirim ni nak mengirim dadah atau pun VCD lucah ke?ataupun barang merbahaya atau yang mudah terbakar?takkan la si pengirim ni bodoh sangat nak mengirim barang2 yang semacam tu?
Dulu pernah jugak aku terkena sekali.poster berbingkai kayu telah patah/retak semasa dikirim.masa sampai tu,aku dah perasan kenapa lah bungkusan ni melengkung semacam jek.sekali bila dah bukak,mak ai..sedih la tengok camne cara diorang ni buat kerja..poster yang berharga rm200 dah jatuh nilainya sebab kebongokkan diorang ni
Pernah jugak sekali aku menerima barang yang berupa radio berbentuk gramophone bersaiz mini hancur berkecai.dan tak perlu lah aku nak tunjukkan gambarnya.makin terserlah kebongokkan diorang ni buat kerja jadinya.aku masih simpan bungkusan radio ni kat bawah meja ofis aku ni.nak claim pada pengirim,dia kata dia dah wrap elok2.jadi aku nak salahkan siapa?aku bawak barang pada pejabat pos.tapi apa kata mereka?kami tidak menanggung jika ada berlaku kerosakan pada barang yang dikirim.dan aku pulang dengan hampa..dan aku memanjangkan perkara ni pada seorang penyelia di pejabat cargo ni,dan katanya,memang macam itulah cara mereka bekerja.barang2 ko ni diorang main campak2 je.dan kalau bertindih2 ni memang perkara biasa.kalau barang ko yang jenis fragile sikit,berada di bawah,memang hancur la..vavi betol aku cakap..kat mana lah keikhlasan korang bekerja dan membawa rezeki balik untuk anak bini jika dimaki orang setiap hari..
Sebelum ni pun aku pernah mengirim barang yang pipih yang boleh dimasukkan ke dalam sampul pos ekspress.mungkin juga silap aku,barang yang berharga rm1000 aku mengambil mudah sebab kepercayaan kepada syarikat penghantar barang ni tanpa di register kan terlebih dahulu.jawabnya,barang itu tidak sampai ke tangan penerima dan menyebabkan aku kerugian rm1000 membayar balik kepada penerima.dan perkara itu tak akan berlaku lagi kepada aku sebab aku belajar dari kesilapan.kini aku lebih percayakan syarikat courier untuk menghantar barang aku kepada penerima..biarlah berbelanja lebih sedikit.asalkan barang yang dikirim selamat sampai..daripada nak jimat kos,perkara yang tidak diingini berlaku..apa komen korang?

*Note: cerita ini tidak ada kena mengena dengan Che Mat Pos Malaysia

2 comments:

  1. aku pernah hantar 4 barang yang tiba 2 barang tapi bungukusan tak koyak cam tu ..susah nak percaya sekarang..

    ReplyDelete