Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, December 29, 2011

Last Trip To Ipoh...

Minggu Krismas yang sudah,dengan mengatur kaki yang longlai,aku gagahkan jugak menekan pedal minyak Grand Livina mengharungi Lebuhraya menuju ke Ipoh untuk mengemas barang2 arwah di rumahnya seperti pakaian2 dan barangan milik peribadi arwah untuk dibawa pulang ke Johor dan juga menguruskan hal hospital iaitu pengeluaran full report post mortem yang pada asalnya rm1000,tetapi selepas membuat rayuan,harganya menjadi rm40! wow..memang jauh beza harga selepas rayuan yer hehe..so memandangkan ada terlebih bajet,malam tu aku pun roger2 seorang teman yang setia menunggu aku walaupun aku membawa makan family aku dan membawa mereka bershopping kat Gerbang Malam, Ipoh.ni kali pertama aku jejakkan kaki kat Gerbang Malam ni.boleh tahan jugak barang2 yang dijual disini.aku memang sengaja tak mengambil gambar,nanti dikatakan macam orang jakun pulak datang Ipoh ni,walhal sudah beberapa kali aku datang tapi tak pernah menjejakkan kaki kat Gerbang Malam ni.aku cuma tertarik pada satu gerai ni yang menjual art di atas papan plywood.memang cun dan kreatif mamat ni.bermacam2 gambar yang di print sendiri di atas plywood yang nipis dan boleh digantung di dinding dengan pelbagai saiz.dan harganya memang mampu milik sangat2.selepas shopping serba sedikit,aku pun menunggu lah teman yang sedia mengambil aku di perkarangan hotel yang ditemani makhluk2 yang aku tidak ketahui jantinanya hehehe dan apabila sampai ke rumah teman aku ni,tak sempat aku nak snap gamabr sebab dah leka sangat berbual haha..dan ada diantara barangan cenderahati yang dibawa pulang ke JB dengan harga adik beradik..so far aku senang berurusan dengan teman yang seorang ni.dia menawarkan harga yang baek dan aku JARANG sekali mintak kurang daripadanya..mungkin itu juga sebabnya yang masih menghubungkan kami sehingga hari ni..jom kita tengok apa barang yang aku bawak balik dari Ipoh kali ni

Sebenarnya aku ni kurang study pasal tricycle,paddle car mahupun mobo.mungkin minat pada benda lain agaknya.memang ada permintaan kat Jb dan Temasek,tapi bila aku terpandang aja basikal ni,hati macam terpaut pulak lihat pada kecenonetan saiznya hehehe
Tri-Ang...aku rasa kali ni aku nak buat projek restoration lah.memang selama ni aku minat pada benda2 karat,tapi kali ni aku saja nak membuang masa dan duit spray untuk memuaskan hati sendiri melihat tricycle ni mendapat baju baru huhuhu..

Sinalco/Kickapoo Sharpener yang boleh digunakan untuk mengorek pensel masa nak naik sekolah nanti

Sinalco full bottle yang masih berkeadaan elok..kira buat syarat je ni hehe

dan ada satu barang ni yang menjadi target aku.sebab masih banyak lagi yang perlu aku komplitkan misi..coin can! kali ni dari jenama Pepsi pulak..nampak dari atas memang terdapat lubang coin..design pepsi pun berkelihatan vintage..cuma perlu dicuci untuk menanggalkan segala daki di badan coin can ni
pandangan dari tepi,silhoutte siapakah ini?
ropanya mendiang abang Mikel Jeksen huhuhu dalam filem Moonwalker
Dikeluarkan oleh Permanis Malaysia pada awal 1989
Terima Kasih Daun Keladi diucapkan pada teman yang berada di Ipoh sebab meluangkan masa sampai pukul 1 pagi serta sanggup mengambil dan menghantar aku balik ke hotel.Kalau ada rezeki,kita akan jumpa lagi.Enjoy!

No comments:

Post a Comment