Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Sunday, December 25, 2011

What Do You Wish For This Christmas?

Sempena malam ini adalah Christmas Eve,maka selepas penat seharian berhempas pulas mengejar coca cola truck yang telah mengfrustkan aku dan menghabiskan duit minyak kereta aku,jadi aku masuklah ke Temasek sekejap untuk mendapatkan hadiah Krismas untuk menggantikan idaman untuk mendapatkan set 125 tahun Malaysia.aku memang taknak review pasal kejadian malapetaka mengejar coca cola truck di JB.pelbagai aksi yang dibuat,pelbagai style yang digayakan di hadapan truck tersebut,tapi apa yang keluar?hanyalah sebiji pet botle sahaja.begitu juga dengan rakan seperjuangan yang datang,berbekalkan baju coca cola,beg coca cola,topi coca cola,dan tidak kurang juga aku dengan memakai spender coca cola,dan tidak kurang pula ada yang siap mengendong anak dengan 1 tujuan iaitu untuk mendapatkan set 125 tahun Malaysia,pulang dengan hampa apabila yang keluar di lubang truck tersebut hanyalah PET BOTTLE sahaja..dari pagi kami setia mengikut kemana sahaja kau pergi wahai truck coca cola,sehingga waktu maghrib,tetapi usaha kami adalah sia-sia belaka..damn u truck!

biasanya orang kata hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.aku rasa memang betul lah perumpamaan tu.tapi masih ada lagi orang yang nak kolek batu ya hehe..maka dengan itu,aku pun mengemas barang dan pulang ke negara murtadku iaitu Temasek.sebab dengar cerita ada barang menarik yang menunggu aku disana.tanpa perlu beratur panjang,dan tanpa berhujan berpanas untuk mendapatkan hadiah Krismas.dan tanpa perlu terkejar2 dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain kahkahkah..

eh poster apa ni?coca cola caravan?wahhh..mesti ada barang menarik kalau dah datang dengan caravan.bukannya truck semput yang ada button 'TEKAN' dan siap ada hidden camera lagi..kalau muka selenga yang 'tekan',keluarlah pet bottle..kalai amoi yang 'tekan',keluar lah pelbagai mystery gift termasuklah set 125 tahun kahkahkah..

promosi yang dibuat oleh coca cola singapore sempena Krismas 2011 ini,pack giant botle coca cola beserta free gift2 yang lain diberikan PERCUMA.dan hanya perlu diredeem dengan cara menukar token.menarik bukan?kira puas hati la jugak..ada barang yang berkualiti khas untuk penggemar dan peminat setia coca cola Singapore.bukannya ambik gambar kat PWTC,lepas tu hadiah yang sampai di rumah adalah kotak yang koyak rabak dan botol yang kemek2.ada kualiti ke tu?ambil contoh negara luar,tengok dan buka mata apa yang mereka beri untuk menghargai peminat mereka!bayangkan di Temasek jika anda meng recycle botol2 coke atau can,anda boleh redeem tumbler,notebook atau topi secara percuma!berbaloi kan?jadi makin banyaklah orang membeli produk anda!macam tu lah marketing!

untuk mendapatkan Krismas botle ini,anda hendaklah mengumpul 15 token yang boleh didapati dari pet botle iaitu 1 pet botle = 1 token

6 pax = 2 token

dan pek yang besar = 5 token

dan segala persiapan telah di check dengan rapi.segala token sudah dimasukkan dalam plastik.untuk memudahkan amoi2 kat caravan tu mengira tanpa melengahkan masa.cerita mengenai token ni pulak,bukan mudah untuk mendapatkan pet botle yang mempunyai token di penutupnya.aku terpaksa menggunakan 'Saudara' aku di Temasek untuk mendapatkan token yang tidak dijual di semua tempat.sehinggakan terpaksa menyelongkar tong2 sampah semata2 untuk mendapatkan token tersebut hahaha dan tak kurang pula terpaksa berjumpa dengan store manager NTUC Fair Price untuk mengeluarkan stok baru di dalam store.sebab yang display di cabinet,tidak tertera TOKEN di penutupnya.dan apalagi,bila ternampak stok baru semuanya tertera 'token',sapu habis 200 pet botle! haha...dan hampir 2 jam kami membuang air coke ke longkang semata2 untuk mendapatkan penutup token nya sahaja

selepas mengumpulkan token2 tersebut maka aku terus bergegas ke Orchard Road di area Cathay Cineleisure sebab caravan ini akan tutup pada 10pm.dan dari jauh aku dah terpandang caravan coke ni..memang gah jugak caravan ni berbanding dengan truck semput hehehe

Bila datang dekat,memang sah caravan ni yang dicari2...dengan ada Polar Bear coke diatasnya,memang ternyata amat berbeza kualiti yang hendak dipersembahkan berbanding dengan truck semput yang mendendangkan lagu coca cola yang keluar dari corong speaker macam si penjual ice-cream paddle pop kahkahkah low budget!

dan apabila didekati,alamak,hanya tinggal 5995 unit sahaja botol Krismas ni.kira masih banyak lagi kan?

Amoi,kasik bungkus ini botol Krismas ya!

Jom kita tengok apa yang ada dalam set pack botol Krismas ni.yang pertama adalah coaster yang biasa kita tengok sebelum2 ni...

tapi dia double sided,dibelakangnya mempunyai design yang berbeza dengan sebelum ni iaitu winter design sempena Krismas

Barang kedua yang terdapat dalam set botol Krismas ni adalah Calendar 2012 percuma! huhuhu...aku rasa tak perlulah aku nak snap kedua2 belas gambar di dalamnya.cukuplah sekadar aku memberitahu terdapat gambar2 classic coke bersama dreamgirls coca cola

Yaaaa inilah dia Pack Christmas Bottle Singapore 2011.impressed?

pandangan sisi

design Santa Claus di belakang Pek...menarik bukan?berbaloi tak dengan tukaran 15 token?

jom kita bukak pulak kotak ni.wah ada penutup botol!ni bukan silver cap,ni dah kira chrome cap! hahaha

pandangan botol Krismas apabila ditogelkan dari kotak.memang sejuk botol ni macam baru dikeluarkan dari salji

TRADE MARK REGISTERED
BOTTLE PAT'D DEC.25 1923

TRADE MARK REGISTERED
MIN CONTENTS 6-FL.0ZS.

Made In CHINA hocayyy..bukan Hencho En Mexico! jangan salah anggap botol ni dari Mexico ok..tolong betulkan tanggapan anda

Ni dia perbezaan Botle Krismas Singapore dengan abang2 tiri dia dari Mexico haha..tak banyak beza,cuma di leher sahaja agak jinjang sedikit,di bahagian perut pun ada kelainan sedikit,berat lebih kurang dengan Mexico,ada bottle cap,ada kotak,tapi tiada tag certificate berbanding dengan botol Mexico yang disertakan dengan Birth Certificate..kira anak haram jugaklah botol ni sebab tiada sijil lahir kahkahkah dan tiada aksesori seperti bandana,topi Mexico,Muffler dan sebagainya

So aku dan Mariah Carey inginkan mengucapkan Merry Christmas kepada rakan2 yang menyambut Hari Natal pada 2011 ini dan Terima Kasih kepada Coca-Cola Singapore!

1 comment: