Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, April 25, 2012

Poster Drinho Plam Masam

Poster keluaran tempatan berjenama Drinho ini aku dapat di atas pemberian seorang teman di Pontian, Johor memandangkan dia melihat aku lebih terarah kepada koleksi poster2 tempatan dan internasional serta wayang gambar.Poster ini tidaklah menyenaraikan kesemua jenis minuman Drinho yang terdiri dari pelbagai jenis minuman iaitu oren,laici,teh herba dan soya.Ia lebih kepada pengkhususan kepada minuman Plam Masam ataupun dalam bahasa Jawa nya Sour Plum
Bermodelkan seorang peragawati yang mengenakan pakaian mengembara dan berseluar jeans pendek ala-ala Mariah Carey,akan membuatkan para pemerhati poster ini agar membeli produk mereka.Rasanya bukan salah aku nak upkan gambar pompuan seksi,ataupun bukan kerja aku nak pi melukis atau mendesign poster ni,gila perempuan seksi ke namanya tu?tapi memang lumrah senjata pengiklanan akan mengeksploitasikan wanita untuk mempercepatkan keuntungan jualan produk.Rasanya sampai ke hari ini syarikat pengiklanan menggunakan teknik tersebut.Bermotto kan 'Segar Selera' yang membuatkan aku berfikir yang mana satu Segar Selera ni.model ka minuman ka?haha..Bersaiz lebih kurang 2ft. x 3ft.,material poster ni adalah dari kadbod boleh lentur.Dari pemerhatian aku terhadap design air kotak ni,dapatlah kiranya aku mengandaikan poster ni dikeluarkan di sekitar tahun 1980-1985.Masih sempat aku merasa kenikmatan 'Sejuk Segar' minuman Drinho ni...Di sudut bawah kanan tu adalah stiker tampalan untuk mempromosikan minuman oren Drinho
"Keep It Until Hard To Find"

No comments:

Post a Comment