Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, May 14, 2012

The Great Years

Tempohari seorang teman dari Temasek telah memberikan aku sebuah cenderahati yang merupakan sebuah buku yang dikeluarkan oleh Fraser & Neave Ltd.
Sempena Ulangtahun 100 tahun F&N.Buku ini pernah di up kan di sebuah blog rakan aku sendiri tetapi aku berikan lebih detail bagi yang belum menatap dan menghayati buku ini
Chairman F&N
Batu 'Bersurat' F&N serta gambar2 terawal Lori perdagangan yang dibawa masuk pada tahun 1906 dan Kapal terbang yang pertama kali mendarat di Temasek pada tahun 1911
Penceritaan awal bagaimana botol soda F&N dibawa masuk.Korang zoom lah gambar ni untuk mengetahui cerita yang lebih lanjut..
Bangunan F&N yang tersergam indah di Jalan Siak Singapura pada tahun 1906, Kilang F&N di Kuala Lumpur dan Kilang F&N di Penang pada tahun 1906
Diantara iklan terawal F&N yang aku pikir agak mengarut dengan slogan IA TIDAK TERLALU AWAL UNTUK MENGAMBIL AIR SODA F&N.tapi dalam mengarut2 dia,ada juga keberkesanan di dalam marketing penjualan minuman F&N ni.thats the power of advertisement huh?
Diantara produk2 F&N yang agak famous pada masa itu..menarik jugak kan tin can DAD's Root Beer tu kan? Ada sesiapa yang simpan?
Kilang F&N di Temasek pada tahun 1983..tempat kerja datuk aku ni huhuhu..
Menarik bukan,kalau anda sekarang menyimpan full set can ni?
Logo yang digunakan pada tahun 1940-an
Logo F&N pada tahun 1960-an
Logo semasa..tahun 2012 masih menggunakan logo ni ke?
Sejarah ringkas perjalanan F&N dari awal..
bagi yang belum sempat mengetahui cerita F&N..
Harap lepas ni semua orang boleh menjawab soalan periksa kalau keluar soalan sejarah ni hehehe
so dah tau cerita serba sedikit tentang F&N? harap dengan entry ini,dapat lah aku membantu untuk melengkapkan pengetahuan para pembaca blog serta kolektor...
ok jom kita layan produk2 keluaran F&N pada tahun 1983..wow..botol F&N medal..yang kaler putih tu,air apa ya?dan yang disebelah nya tu,botol hijau berperisa Mineral Spa? ada sesiapa yang simpan botol ni?aku ada bertanya pada beberapa kolektor tentang kewujudan botol SELETARIS ni.ada seorang rakan aku,menjawab,ni air basuhan kaki orang yang pergi ke spa.tak masuk akal langsung! hahaha..dan seorang lagi teman menjawab air ini dikeluarkan sempena air mineral yang keluar di Seletar Reservoir Singapore. Betul ke?ada sesiapa yang ada info mengenai air SELETARIS ni?
Pelbagai steel can yang dikeluarkan oleh F&N.aku tertarik dengan steel can Orange Crush tu. Cun kan?dengar2 Zul Botol Larkin ada menyimpannya..haha..kalau ada,nanti aku pinjam dari dia untuk upkan gambar kat blog aku ni.Boleh ke Abg Zul?
7up pun masih dikeluarkan oleh F&N pada tahun 1983 ni..
Cuba lihat produk2 keluaran F&N ni..everytime kaca hijau..steel can Zappel..fat bottle paper label..Heineken..Ridsect..Sunkist..dan macam2 lagik ah
Dan pastinya...COCA-COLA!
COKE muntut hitam..ada yang simpan?
Dan yang terakhir..the legend Fraser & Neave Soda Water!
Harap semua terhibur dengan entry kali ni yang agak memberi informasi serba sedikit.tentang harga buku ini?hanya SGD30 sahaja..berbaloi kan?
"Keep It Until Hard To Find"

2 comments:

  1. Tuan ,itu buku ksi transfer sama sayalah.....kalau takleh, boleh kasi tau dimana saya boleh dapat ?? diharap sangat...

    ReplyDelete