Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, June 1, 2012

The Great Drinks Poster

The Great Drinks yang dinobatkan kepada minuman2 keluaran Fraser & Neave pada era 80an memanglah amat sesuai kerana jenama keluaran syarikat ini memang gah pada masa itu. Kalau dilihat secara kasar pada imej di bawah ini,kelihatan biasa sahaja.tetapi saiz sebenar poster ini mencecah 2ft x 3ft juga. Material adalah dari Kadbod. Poster ini aku berjaya mendapatkannya hasil dari pertolongan seorang teman juga di kedai runcit berbangsa Cina di daerah Pontian, Johor. Almaklumlah orang rumah aku berasal dari Pontian juga,maka masa hujung minggu banyak aku habiskan dia area Pontian ini. Masih banyak terdapat kedai2 runcit lama yang masih belum di korek oleh para Vintage Diggerz. Jom kita lihat apa yang terkandung di dalam poster yang tidak kurang hebatnya ini
Apa yang menariknya poster ini adalah color yang memainkan peranan dalam persembahan peraduan kali ini. dan ia menampilkan barisan botol2 minuman soda yang gah pada masa itu iaitu Coca-Cola, 7up, Fanta dan F&N itu sendiri
Di bahagian kaki poster ini menampilkan pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak F&N ini sendiri. Dari pemerhatian barisan botol-botol yang tersebut tadi,dan juga BMW 320 2 doors ini,boleh la kiranya aku mengagak poster ini dikeluarkan pada tahun 1980. Begitu juga dengan permainan video ATARI yang terselit kat celah2 hadiah tu hehehe
Untuk cabutan bertuah yang pertama, hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:-
Untuk cabutan bertuah yang kedua,hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:-
Dan untuk cabutan bertuah yang utama atau yang terbesar,hadiah-hadiah nya adalah seperti berikut:- BMW 320 berserta penghawa dingin! wow!
apalagi?jomlah sertai peraduan ni beramai-ramai! orang2 timur dan barat pon boleh join nooo hehehe
"Keep It Until Hard To Find"

2 comments:

  1. terbaikkkkk!!!!!!!!! punya blog....aku follow u bro!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koleksi Aku Punyer- hehe kalau rasa blog ni berinformasi,war-war kan lah pada blogger yang lain ya..tq support!

      Delete