Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, June 28, 2012

Flyers Abang

Ada sesiapa yang ingat tentang filem Abang ini? ia ditayangkan di seluruh pawagam di malaysia pada tahun 1981 kalau tak silap aku dan masa aku kecik2 dulu,aku tak berapa paham sangat tentang jalan cerita ini dan boleh aku katakan filem ini hanya difahami oleh penggemar2 teater mungkin?kerana ia bercorak artistik sedikit..flyers yang aku dapat ini masih elok lagi keadaannya yang biasa diedarkan semasa promosi filem tersebut dan dilekatkan di dalam display case poster wayang dan juga dilekatkan di tembok2 sekitar kedai deret di Johor Bahru ini
di bahagian belakang pula adalah deretan tajuk filem tersebut..bukan di reprint ya..hehe
aku rasa semua generasi yang membesar di tahun 80-an pasti tak akan terlepas menonton filem ini di panggung mahupun di peti telebisen.Dibintangi oleh Rahim Razali, Noor kumalasari, Ahmad Yatim, Ahmad Tarmimi Saregar, Ogy Ahmad Daud, S.Roomai Noor dan juga Umi Kalthum. Secara ringkas,filem ini mengisahkan seorang lelaki yang menghilangkan diri dan pulang semula ke rumah setelah beberapa ketika. dan dia pergi ke luar negeri adalah bertujuan untuk berubat. tidak ada sesiapa yang menjangkan kepulangannya. dan tujuan dia pulang adalah disebabkan rindu terhadap keluarga dan tanah air. boleh la dikategorikan sebagai sebuah yang not bad untuk ditonton
"Keep It Until Hard To Find

No comments:

Post a Comment