Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, October 8, 2012

Botol Mentol Long Bros A.W Co. Chap Ikan Paus

Waktu hujung minggu di kampung memang tak ada buat apa..melepak dan melepek je hehe..nasib baik ada member yang datang amik aku kat rumah..so boleh la berjalan2 di area2 dekat Pontian, Johor ni..macam biasa,rumah siapa lagi kalau bukan rumah Cikgu hehe..dan dalam sebok bersembang tu,ada juga barangan yang dihulurkan oleh Cikgu kepada aku dan Azrul Kolek. Diantaranya adalah barang berupa botol seperti di bawah ni Kesemuanya datang dari brand yang sama, iaitu Long Bros Aerated Water Company yang berpengkalan di Singapore. Jika dilihat dari tekstur permukaan botol di bawah ini, ia kelihatan kasar dan menggerutu
Botol yang kedua ni mempunyai corak embossed yang sama dengan botol yang diatas, tetapi terkstur permukaan botol ini adalah licin
Dan botol yang ketiga ini kelihatan hampir serupa dengan botol yang nombor satu tadi, tetapi ia juga kombinasi daripada dua botol diatas,hanya bahagian luaran sahaja yang kasar, tetapi di bahagian logo dan tulisan terdapat kotak ataupun outline yang mempunyai permukaan yang licin. Walaupun kesemuanya kelihatan sama pada pandangan mata kasar, tetapi boleh la untuk dijadikan rujukan beberapa variasi dari jenama dan bentuk yang sebegini
Kebanyakan di belakang botol ini terdapat embossed This Bottle Belongs to Long Bros AW Co And May Not Be Sold. Abistu Cikgu dah jual pada kami ni camne ek? Aduii...Nasib baik Company ni dah tutup haha dan harga yang dijual memang tak masuk akal yang membuatkan Azrul Kolek sapu habis haha Terima Kasih Cikgu! Lain hari kami datang lagi ya..
"Keep It Until Hard To Find"

No comments:

Post a Comment