Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, January 30, 2013

M.A.S.K Condor

Anda kenal dengan mamat ni? dengan Ray-ban nya yang berlensa chrome, suka berfoya2 dan berperangai yang cool sentiasa membuatkan aku yang masa tu berumur 7 tahun padan tahun 1986, amat tertarik dan memaksa arwah ayah aku untuk membelikan mainan keluaran KENNER ini. tapi kalau nak beli, kena lah kumpul duit raya dahulu. dan aku bernasib baik ketika itu aku tinggal di Temasek dan proses pembelian menjadi lebih mudah kerana di deretan kedai yang berada di Clementi Ave 5 menjual pelbagai mainan ketika itu. Kalau sekarang ni, mana dapat lagi nak dapat mainan original di kedai runcit ye tak?
Mari aku kenalkan dengan kasanova yang bernama Brad Turner ni. hobinya part-timenya ialah bermain alat muzik
Dan kerja full-time pula adalah menjadi ahli kumpulan M.A.S.K yang aku pun tak tau berapa gaji yang dibayar oleh Matt Tracker kepada Brad Turner ni untuk memerangi ancaman team jahat iaitu VENOM. kondisi yang disimpan masih elok lagi..cume ada tertanggal cat di sana sini. Motorsikal berwarna hijau yang digunakan berbentuk amat pelik sekali tetapi amat cool dan sesuai dengan perilaku Brad Turner ni. Nama motorsikal ini adalah CONDOR
Brad Turner ni boleh dikategorikan sebagai 'Bad Boy' di dalam M.A.S.K ni dan pada setiap episod, watak dia ni pasti ada. Jarang la dia takde..aku dan kawan2 masa tu memang ternanti2 kan condor beraksi di hadapan kaca tv
Apabila bertemu dengan pihak lawan iaitu VENOM, battle-mode perlu diaktifkan dan motorsikal akan berubah menjadi helikopter. Cool kan? dan headlight depan boleh mengeluarkan laser-gun untuk menembak jatuh pihak VENOM.
Kelihatan Condor beraksi di udara. Helmet atau MASK yang digunakan, boleh mengeluarkan pancaran hologram dengan menyebut 'Hocus Pocus' dan muncul lah pelbagai objek atau illusion yang boleh menghalang dan menakut2 kan VENOM. dan MASK untuk Condor ini terdapat dalam 2 versi. yang pendek dan yang panjang sampai ke dada. yang aku punya ni adalah versi pendek
Memang kasanova betol lah mamat ni..sampai kan awek VENOM pon dinguratnya..haishhh
"Keep It Until Hard To Find"

No comments:

Post a Comment