Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, June 18, 2010

Tabung Flat Ribena


tabung leper ni aku dapat daripada abg zul botol larkin.memang murah pun dia jual.tabung ni dikeluarkan pada tahun 80an tapi tidak pasti exact date ia dikeluarkan.sepatutnya ribena gambar blackcurrant tu.tapi yang ni gambar arnab pulak.tu yang pelik tu.lagi 1 tabung ni cuma boleh telan 20sen sahaja.dan boleh masuk cuma 31 biji 20sen sahaja.

dan ada gelonsor di bawah nya yang boleh ditarik apabila tabung sudah penuh.pabila cukup 12 bulan,boleh la dikumpulkan kesemua bulan dan anak anda akan mendapat rm73 bagi tempoh setahun.untung bukan?

Playing Cards Dolu Dolu


benda ni adalah permainan aku dulu2 masa zaman 1986.masa tu jual 10sen dapat 2 keping.ada yang main dengan cara susun beberapa keping,pastu osom sapa jalan dulu,dia akan menepuk lantai menggunakan 2 belah tangan.kalau terlungkup semua,menang lah.kalau tak terlungkup,pihak lawan akan dapat turn jalan pulak.sampai la habis kad2 kecik ni hehe..ada jugak menggunakan sekeping kad,pastu pihak lawan pun sama,letak kat telapak tangan,pastu masing2 menepuk tangan pihak lawan.tapi kena pilih la kepala atau bunga.kalau 2-2 kepala,menang lah.kalau 1 bunga,1 kepala,dikira seri.aku teringat masa tu aku kompol duit syilling.semata2 nak bli benda alah ni.kompol sampai seringgit.masa tu memang besar nilai seringgit.macam rm10 lah pada jaman ni.aku dok pi beli kad ni 20 keping.kunun nak tunjuk la kat kawan2 aku ada banyak kad.sekali lepas balik ngaji,beli benda ni,masa nak balik tu dok terpikir mana aku nak sorok benda ni.mati la kalau mak aku tau aku habiskan seringgit untuk beli benda ni.so aku pon pegi rumah kawan aku,masa tu rumah kat jb ni ada kolong kat bawah dia.sebab area rumah aku,air pasang naik bila tengahari.kampung Amy Search heheh..so member aku ni pon sarankan supaya disorokkan kad ni kat bawah kolong rumah dia.dia kata kalau aku nak pakai,datang lah amik.lepas 2-3 hari,aku pon datang lah nak amik kad ni bawah kolong rumah dia.sekali aku tengok,lesap! member aku kata,entah tak tau.cilaka punya member!aku check kad geng2 kampung aku,rupanya ada pada diorang.rupanya si member aku ni dah pakai kad aku.sebab aku kenal ada gambar suria baja hitam yang aku beli tu.kewok tol hahaha..member makan member..

benda yang aku dapat ni adalah pemberian abg zul botol larkin.worldcup mexico tahun 1986 kalau tak silap.aku bab bola2 ni bukan tau sangat.tapi tak pasti la sama ada benda ni datang dari jaman dulu,ataupun reprint.ada lebih beberapa keping.kalau siapa yang berhajat nak benda ni,boleh la sms aku +60127574125 (adeqJB)

Dinner Plate UMNO


ni lagi 1 barang cenderahati yang dikeluarkan oleh UMNO Johor.bagi sesiapa yang mengkolek barangan umno,datang2 lah ke Johor ni untuk dapatkan barangan umno dari otai2 disini.sebab tak lengkap kalau rumah di johor ni tak ada barangan,poster,atau apa sahaja yang berkaitan dengan umno.seba revolusi umno banyak bermula dan berkait rapat dengan Negeri Johor Darul Ta'zim.bagi yang tak boleh membaca Jawi,biar aku translate kan.MEMPERINGATI ULANGTAHUN KELAHIRAN UMNO DI JOHOR BAHRU.1989.kalau letak kat blog Mat Sidin ni,kompom sold..

Cenderamata UMNO


pada masa tu benda ni masih digelar cenderamata.bukan cenderahati.khas buat malam perhimpunan bagi ahli2 veteran UMNO Johor.lokasinya adalah bertempat di perkarangan rumah Menteri Besar Johor iaitu di Saujana.bertarikh pada tahun 1992.masa aku tingkatan 1 lagi hahah

aku tak berapa nak kolek barang2 UMNO.tetapi barang ni diberi dengan ikhlas hati oleh seorang runner aku di KL.namanya SEMAIL.orang Jb,tapi bekerja di KL.dialah yg banyak membantu aku melarikan(runner) barang2 di KL tu hehe..semoga persahabatan ini akan berkekalan.cheers!

Giant Poster Hidup Ala Coke


semalam aku tak kerja.so niat di hati nak pergi lah satu kedai runcit di JB ni untuk menunaikan hajat untuk mengkopek button pepsi plastik cembung.modalnya,roti kacang 1.pastu dok la bebual dgn macha ni.gunakanlah taktik abg dolah kite haha..macha tu kata,kalau poster air takde.poster sunsilk ada la.dia pon mengeluarkan poster2 shampoo haha..dan aku menolak dgn baik.dalam pada aku nak mengusyar button pepsi tu,terpandang la poster ni tertampal bukan kat dinding,tapi kat syilling! memang rejeki aku lah petang tu.button pepsi aku tolak tepi.sebab aku tak berapa nak mencintai pepsi macam sorang kawan aku kat JB tu..so amik tin beskot,start la aku memanjat dgn baju kemeja ofis.dengan mudah aku mencabut poster ni.tapi memang berhabuk! dan macha tu bagi pree op caj je poster ni..dia kata lu simpan baik2,ini poster sudah 4 tahun gantung itu atas siling.ok cha,akan ku frame kan poster ni.cheers!

Botol Pepsi For Sale!! RM25


botol pepsi yang masih ada air untuk dijual.diantara keluaran2 terakhir pepsi botol.pada sesiapa yang mencintai pepsi,tapi masih belum berkesempatan memiliki botol yang berisi air ori ni,boleh mendapatkannya ya hehe..kalau malu nak cod area JB,boleh la harga tu termasuk post hahah
sms: +60127574125 (adeqJB)

Monday, June 14, 2010

Button Coca Cola Metal(Malaya)


tengah dok sembang2 dengan abg dollah,entah macamana boleh terbuka hati ni nak mencari button coke yang dikira boleh buat pinggan makan lah bagi seorang kolektor tu.tapi bagi kami kolektor kecil kecilan di JB ni,benda macam ni,memang digantung kat dinding rumah..tapi bawah sedikit la dari frame ayat2..sebab taknak memartabatkan produk yang entah dari mana datangnya ni hehe..

benda ni diajar oleh King Coke di JB ni.katanya kalau nak tau sama ada button coke ori atau tidak,hendaklah check di setiap sudut bibir button tersebut.ada lubang yang berbentuk kacang hijau.kalau lagi besar button nya,lagi besar lah lubang kacang tersebut.kalau yang bulat betul,dan ada bekas di drilled,memang sah tak ori!

masa dulu harga benda ni kat jonker walk adalah rm150 paling murah..tapi aku dan abg dolah berjaya mendapatkan button ni di Batu Pahat tak lebih dari rm100 dari seorang kolektor yang tak tersohor,tapi berbudi bahasa apabila berbicara..enjoy!

7up Fat Bottle


salah 1 koleksi fat bottle yang dah susah nak jumpa beserta air dan belum dibuka.

last tengok benda ni pon masa jaman 90an.jaman millenium ni cuma ada kat siam je.entah kenapa malaya ni tak keluarkan botol gumuk yang macam ni lagi.

World Cup Contour Glass


sempena pembukaan world cup ni,aku pon nak posting lah satu benda yang ada kena mengena dengan world cup jugak.asik posting gelas McD yang dah tak berapa nak sangat tu.hampir semua orang dah tau kemunculannya.kalau sikit hari dulu,gelas perky pink menjadi rebutan.sehingga ada yang menjualnya dengan harga rm25.padahal beli tak pun sampai rm8.90 haha..itulah donia koleksi..apa boleh buat..

jadi aku posting lah gelas yang menjadi replica kepada trofi world cup tetapi diubah suai sana sikit,sini sikit,dan menjadilah ia segelas trofi world cup berkonturkan coca cola..haha camne lah ayat aku ni tonggang terbalik.khas untuk tatapan world cup fever!

Straw Container Coca Cola


haritu pegi la jalan2 kat bandar JB.singgah jap kat 1 restoran mamak ni.sekali terpandang 1 benda coke yang berwarna merah..kedai india ni memang banyak barang2 coke jugak.ada signboard besar rumah kat depan kedai macam pak guard.jaga kiri kanan kedai.itu kalau boleh kopek,memang dah lama aku kopek haha..aku pon bertanya la benda yang macam bentuk papercup siap ada straw ni.rupanya bekas letak straw..

dalam dia memang diisi dengan straw.kalau nak ambil,kena angkat replica straw,yang straw asli tu akan muncul dari dalam..kreatif jugak coca cola buat menatang ni.tanya lah berapa harga nya?rm35! tak boleh kurang ke?aku pon hulur la rm40.lepas tu dibalikkan rm10.terkejut gak aku.rupanya itu gimmick je.dia nak tengok sama ada aku ni betul2 inginkan barang tersebut atau tak.tapi alhamdulillah,dapat juga dibawa balik ke rumah..

Friday, June 11, 2010

EP Mat Sentol

tonik chop gajah! hahaha..lagu2 hiboran

sebelum ni aku lihat kat blog che mat sidin,apabenda lah benda ni lagu tonik chop gajah?lagu mabuk2 ka?atau lagu ular2?hahaha..

rupanya lagu yang stim semasa minum tonic chop gajah..sambil minum tonik tu,sambil dengar lagu ni kat gramofon memang syok!

kondisi memang lah teramatlah cemerlang! tidak pernah digunakan.dalam plastik lagi! kalau dah rejeki tak kemana ya..dia datang je bergolek depan pintu rumah..

Pet Bottle USA Coca Cola For Sale!! RM30 each



ada 2 design diantara pet bottle terawal yang dikeluarkan.air original.tapi botol dah kecut.harga termasuk post.kalau cod area JB,harga boleh cerita lagi.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Button Bottle Cap Coca Cola For Sale!! RM600(each)


button metal made in USA tahun 2005 untuk dijual.terdapat 2 design.barang adalah original.bukan cap ayam.

harga termasuk post.kalau nak cod area JB,harga boleh cerita lagi.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Coca Cola Siam 1liter For Sale!! RM90


coca cola made in thailand 1 liter untuk dijual.masih ada air original

harga termasuk post.kalau nak cod area JB,harga boleh cerita lagi..
sms: +60127574125 (adeqJB)

Cover Lampu Coca Cola For Sale!! RM150


cover lampu untuk dijual.barang bukan ori.tapi cantik kalau dipadankan dengan mana2 tapak lambut bentuk ring.kalau yang dah ada lampu ceiling tu,terus plug n play aje.harga termasuk post.kalau nak cod area JB,boleh kurang sikit.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Lightbox Coca Cola Cembung For Sale!! RM160 BOOKED!!


button coke untuk dijual.ini bukan barang ori.tapi kena bikin sikit part dalam dia.mentol dah tak ada.tapak pun kena bikin sikit.pada asalnya,memang ada lampu.tapi dah rosak.sesuai untuk gantung sahaja.harga termasuk post.kalau nak cod area JB,harga boleh cerita sikit.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Botol Coke Overseas For Sale!! RM20(each)






botol coca cola overseas untuk dijual.harga rm20 setiap satu sekali dengan post.kalau nak cod area JB,boleh kurang sikit..
sms: +60127574125 (adeqJB)

Pet Bottle AF For Sale!! RM30




pet bottle vanilla coke af2 untuk dijual.botol dah kecut.gambar farah,linda,zahid n adam kot hehe..harga termasuk post.kalau nak cod area JB,boleh cerita lagi..
sms: +60127574125 (adeqJB)

Diet Coke USA for Sale!! RM80


botol kaca diet coke untuk dijual.diantara botol kaca terawal diet coke made in USA.harga termasuk post.kalau nak cod area JB,boleh cerita lagi..
sms: +60127574125 (adeqJB)

Coca Cola Korea Japan 2002 For Sale!! RM20


coca cola pet bottle untuk dijual.edisi 2002 world cup korea japan.botol dah kecut.harga termasuk post.kalau nak cod area JB,harga boleh cerita lagi.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Calendar 1974 For Sale!!

RM50

RM50

RM70

RM100

Kulit Depan Majalah Cover Girl For Sale!! RM60


kulit majalan lama U.K cover girl tahun 1970an untuk dijual.hanya kulit SAHAJA.dalam dah rabak haha..tak tau la mana pergi! harga sekali dengan post.kalau nak cod area JB,bolebh bagi kurang sikit.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Iklan Player's Majalah For Sale!! RM60


iklan lama players navy cut untuk dijual.ia adalah kertas tebal kulit majalah lama.harga termasuk post.kalau nak cod area JB,harga boleh kurang sikit.sesuai kalau diframekan bagi sesiapa yang kolek barang players navy cut ni.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Tin Rokok Dunhill Label Kertas


tin rokok dunhill yang aku dapat kemek sebelum ni adalah label yang terus di print dia atas tin tersebut.tapi kali ni adalah label kertas.seangkatan dengan tin rokok consulate tahun 70an dahulu.kualiti tinnya juga berbeza dengan yang keluaran terakhir dunhill.tapi label kertasnya masih elok walaupun disimpan selama beberapa tahun.bagi sesiapa yang mengumpul tin rokok,lengkapkan koleksi anda dengan tin2 rokok label kertas ya!

Mexico Bottle Clear For Sale!! RM270


botol coca cola mexico untuk dijual.harga tu TAK TERMASUK TOPI DAN BIRTH CERTIFICATE.botol sahaja.tinggi dalam 20 inchi.kalau boleh cod area JB.tapi kalau nak post,pun boleh juga.tengok kos penghantaran.sebab barang berat gila haha..
sms: +60127574125 (adeqJB)

Schweppes Tonic Water Fat Bottle


fat bottle schweppes aku memang tak lengkap dan hati ni macam kurang berminat untuk mengumpul jenama yang satu ni.tapi ada jugak lah wakil dari brand ni yang masih disimpan untuk menyedapkan hati yang lara..

last botol ni aku nampak pada tahun awal 90an..lepas tu dah tak nampak lagi dah..dan ini ada info sikit tentang harga market fat bottle ni.ada sorang buyer ni mengoffer aku fat bottle dengan harga rm20 sebiji..tapi benda ni memang aku tak jual.dan aku nasihatkan,tengok kat mudah.my,scroll fat bottle yang dijual dan teliti harga market disitu,baru lah boleh offer harga yang berpatutan ya..cheers!