Salam 1 Malaysia buat semua para blogger..haritu aku jalan2 la kat area yang sangat digeruni atau area yang sangat dibenci oleh beberapa kerat kolektor iaitu di temasek hehe..bukanlah niat untuk mengorek barang2 purba atau barang yang menguntungkan mahu pun yang merugikan.tapi cuma untuk bershopping2 aja.lokasi kali ni ada di sebuah kedai runcit di area tampines berdekatan dengan rumah nenek aku.masa nak beli air untuk menghilangkan dahaga ni,terpandang la bekas straw yang diletakkan di luar bahagian kedai.bekas straw keluaran pepsi yang tak tau pulak tahun bila dikeluarkan bekas straw ni.tapi mungkin bagi bob si pencintawanitapepsi.blogspot lebih pakar tentang logo pepsi tahun bila ni ya..dan kalau aku bawak bob hari tu,kompom dah lesap bekas straw ni hehe tul tak bob?modal roti kacang aje 50sen..apa ada hal..
perjalanan diteruskan lagi ke city hall dan aku ke sebuah kedai di Peninsular Plaza dan ada sebuah kedai yang menjual barang2 coke disini.dari luar dah terpampang poster coca cola yang diletakkan di luar kedai.aku rasa kalau kat malaysia buat macam ni,memang dah lama kena kebas oleh BG79 haha macam haritu ko buat projek kat chinatown tu bro..tak ingat ke?haha..jangan amik ati ya..kawan2 tak mau lawan..
di dalam display kat luar,terdapat 1 lightbox coca cola yang kondisi nya aku rasa cemerlang juga,dan cantik kalau dapat beli ni.rasanya benda ni datang nya dari USA.harganya aku tak berani pulak nak tanya..kang demam pulak bila dengar harganya.dah kena makan panadol 2 papan pulak nanti hehe
dan yang terakhir sekali,lepas penat berjalan kat orchard road,boleh lah dibasahkan tekak yang kering ni dengan coca cola icy yang ORIGINAL brooo..bukan repro beb! haha..yang harganya tak sampai pun rm5.ala yang macam kat 7eleven tu..slurpee.korang penah rasa?
enjoy!
Tuesday, December 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment