Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, September 22, 2011

Indiana Jones: Raiders Of The Lost Ark

Barangkali jika kalian terpandang poster ni,mungkin boleh mengingatkan jaman2 dating dulu dengan awek yang kini dah bergelar isteri di panggung Rex,Lido atau Cathay..salah sebuah movie yang aku minat sangat selain JAWS dan siri2 Indiana Jones yang lain seperti Temple Of Doom dan The Last Crusade.diarah oleh pengarah yang sama iaitu Steven Spielberg yang kini telah menjadi multi Billioanire hanya dengan mengarah filem dengan mengeluarkan idea2 yang kreatif pada tahun 80an.berbekalkan pelakon yang sangat berkaliber hingga ke hari ini iaitu Harrison Ford.filem ini dikeluarkan pada tahun 1981 dan telah memenangi beberapa Academy Awards pada tahun 1982 yang masa tu aku masih duduk dengan nenek aku di Temasek..tak sekolah lagi haha cuma ikut pakcik aku pegi tengok wayang je keja..rasanya aku tak perlulah menceritakan filem ini yang aku kira semua orang pernah menonton dan dah paham pun jalan cerita filem ni yang berkisarkan tentang pengembaraan Dr.Jones dan ada part politikal sedikit tentang Nazi's
masih berkeadaan elok tetapi berlipat2 sedikit,poster original ni di chop oleh Singapore Board of Film Censors dan bersaiz agak besar sedikit dari standard movie poster yang ada sekarang ni.
Ada sesiapa yang masih simpan lagi poster2 indiana jones dari siri yang lain?roger2 lah ya kalau ada hehe..enjoy!

1 comment:

  1. memang best ni bro..... poster pun best, cerita pun best, terbaikkk

    ReplyDelete