Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, December 12, 2011

Makassar Trip 2011 Sulawesi, Indonesia

Sepanjang 2 minggu yang sudah,blog aku kesepian jiwa sedikit disebabkan sesi mengabiskan duit pada hujung tahun membuat lawatan sedara mara yang berada di Makassar, Sulawesi Indonesia.

Trip yang memenatkan badan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam dari KLIA,akhirnya sampai jugak aku di sebuah perkampungan dan bermalam di rumah yang sebesar rumah di Sinetron yang korang lihat di televisi.terkejut jugak masa mula2 aku sampai.ini rumah ke Masjid?siap dengan kubahnya sekali.dan aku lihat jurang perbezaan diantara sang miskin dan sang kaya memang amat ketara di sini.so misi pertama aku,adalah mencari kedai runcit yang berdekatan.dan dengan hanya beberapa langkah di hadapan rumah sinetron yang aku duduki ini,memang terdapat beberapa deretan kedai runcit dan kios bak kata orang sana hehe..barang yang pertama aku carik adalah tin can indonesia.mana lah tahu ada can yang spesial kan..tapi agak hampa jugak sebab aku temui hanyalah tin can si kudut ni
boleh la dikatakan sepanjang deretan kedai di Makassar ini,hampir 80% signboard kedai ditaja oleh Coca cola.kalau tak ada logo coca cola,memang tak sah.sampai aku terlupa nak ambik gambar,disebabkan termuntah tengok signboard kedai coca cola yang terlampau banyak.nak tau sebab apa?sebab kilang coca cola tersergam indah berdekatan dengan rumah sinetron yang aku duduk ni.tiap kali aku ke bandar,nak suruh je pak supir ni berhenti kejap di depan kilang untuk ambik gambar.tapi apakan daya,aku berjalan dengan segerombolan family yang tak berapa nak minat nak melayan kerenah aku yang taksub dengan barang2 karat ni.so selama 2 minggu aku hanya memanjang2 kan leher aja bila lalu di depan kilang coca cola ni..dan apabila nak sampai di area bandar,memang berlambak la lightbox yang macam Bro Rani jual tu..nak diambil fotonya,tapi tak dapat jugak,sebab rombongan aku ni lebih berminat berhenti di toko2 emas sahaja..jadi melopong jugak aku nak melamar lightbox2 kat sini..tapi takpe,aku akan return di tahun hadapan.kali ni tak nak pegi dengan rombongan.aku sendiri yang pergi sorang2 haha..modal pergi balik baru MYR600..jadi perjalanan diteruskan dan aku cuma dapat beli pet botle ni aje..
350ml.kelihatan agak comel jugak.berbanding dengan pet botol malaysia.so bila dah puas meronda di segenap toko emas,meronda pulak di kedai2 souvenir..bila dah penat,dahaga plak tu dengan cuaca yang panas terik,apalagi,carik la peti dingin coca cola.pet bottle jugak jadi pujaan.tapi kali ni berbeda sedikit.ada tulisan TEMAN IMUT.apa tu?
250ml..lagi comel dari yang tadi
padahal beza tak la berapa banyak.tapi boleh la dijadikan koleksi.dah tak ada barang yang nak dibawak balik.pet bottle pon jadilah!

Hari berikutnya diteruskan dengan melawat sanak saudara yang dah berapa tahun tak jumpa...kalau dah pegi rumah orang tu,mestilah dijamukan dengan pelbagai makanan kan.masakan di Makassar ni tak adalah berbeda sangat dengan masakan di Malaysia.cuma aku suka kueh mueh dia.memang potong kaki punya kueh! jadi bila dah disajikan makanan tu,adalah berserta minuman jugak.kali ni coca cola 1.5 liter
kali ni dilabelkan BOTOL KELUARGA pulak..keesokan harinya aku bercadang nak memburu botol 1.5 liter ni,tapi berjumpa pulak dengan botol 1 liter.bukan kaca,tapi plastik
labelnya juga berbeda.TEMAN NGUMPUL haha..so terdapat 4 botol plastik yang berada dalam pasaran Indonesia sekarang.botol2 kaca memang dah pupus! puas aku carik tapi memang tak ada.licin!

Pada hari berikutnya,perjalanan diteruskan ke area Toraja.iaitu sekumpulan kaum atau puak yang mengamalkan budaya tidak mengebumikan mayat kaum keluarga yang mati.mereka akan menyimpan di dalam sebuah rumah di hadapan rumah mereka seperti gambar di bawah ni

ataupun bagi golongan berada,di tinggalkan di dalam gua begitu sahaja
dan bagi golongan bangsawan pula,diletakkan mayat mereka di tahap yang paling tinggi seperti di atas puncak gunung dan bukit.jadi satu kerja pulak nak mengangkut naik ke atas.gambar di bawah ni kalau korang zoom sikit,akan nampak keranda yang berwarna kayu tu.itulah keranda bagi golongan bangsawan yang diletakkan di mulut gua
dan semasa aku sampai di Toraja ni,memang nasib aku baik sebab terdapat upacara pengebumian dari salah seorang keluarga di sini.so nampak orang tu buat ukiran kayu patung yang menyerupai si mati dan patung ini akan diletakkan di gua tersebut.menurut si jurucakap,segala harta seperti duit akan dikebumikan sekali.masa kami masuk ke dalam gua tersebut,bersepah jugak duit2 rupiah.dan tak kurang juga duit2 diletakkan di dalam bekas kemenyan.dan bagi yang semasa hidupnya suka merokok,tengkoraknya penuh dengan rokok yang diletakkan oleh kaum keluarganya sendiri.yang sedapnya,terdapat 1 kedai di area gua ni yang di sponsor oleh coca cola jugak.cuba lihat?cantik kan?
tong sampah pun coca cola! kalau kat Malaysia ni,memang dah lama kene kebas!
bangku pun coca cola..
di belakang kedai terdapat crate2 coca cola yang masih digunakan untuk mengisi botol2 kosong teh sosro
kat sini aku lihat hampir 3 design yang berlainan untuk crate coca cola.semua terdapat perkataan minumlah.di sepanjang track untuk ke gua tersebut,terdapat juga papan2 tanda yang di sponsor oleh coca cola
rack coca cola pun bersepah..
Perjalanan diteruskan ke hadapan sedikit.masih lagi di Toraja.tapi spot untuk berhenti ni agak menarik minat aku sikit.mana tak nya,ada double sided sign huhuhu
di hadapan adalah sprite.dan dah karat jugak kena matahari.tapi yang belah belakang dia yang tak kena matahari,adalah coca cola! ayat punya ayat,tak dapat.offer duit,dia nak Rp50,000.aku cakap aku ada Rp30,000 je.deal! bersamaan MYR10.bedal jelah daripada balik tangan kosong!tunggu nanti aku bersihkan double sided sign ni,aku akan up di blog ni.yang kelakarnya,tuan punya kedai ni tanya aku pekerja dari coca cola ke?sebab chiller dia dah rosak.tahap beku maksimum.bayangkan air tin yang dia jual tu,dalam dia air batu! kena tunggu air dia cair,baru boleh minum haha..boleh ek camtu?di tepi kedai ni pun terdapat 1 banner yang bersaiz bapak jin yang dia offer suruh ambil.tapi aku tolak sebab besar sangat! haha
sampaikan payung ni pun dia suruh aku ambik.macamana nak bawak balik Malaysia???
kalau boleh dengan anjing2 ni pun dia nak suruh aku bawak balik hehe

Semasa aku meronda dia Fort Rotterdam,kalau aku tak silap la.aku bukan ingat sangat nama2 tempat disini.sebab aku tak berminat sangat dengan kota lama ni.tengah renovate pulak tu.so tiada apa sangat yang boleh ditinjau.tapi di tepi hujung sebuah bilik,aku ternampak sebiji botol kaca coca cola
so apelagi,masuk kocek la..haha botol ni diantara botol kaca yang terakhir dikeluarkan oleh coca cola Indonesia.so simpan la buat azimat

Keesokan harinya aku dibawa bersiar2 di sekitar Mansion yang aku duduk ni.pergi lah jugak ke seorang rumah pakcik aku.mata pun melilau la carik apa barang yang aku boleh kecek.sekali terpandang kat benda alah ni
Fanta 1 liter! adess botol ni aku belum ada lagik!aku pun mulalah tergedik2 bertanyakan pakai lagi tak botol ni.tapi aku keluar pintu bilik dengan hampa..sebab kata bapak sedara aku ni,benda ni digunakan untuk bagi minum orang yang haus..patut lah diletakkan di sebelah bekas kemenyan..rupanya ada jugak jin haus yerk hehe..kepercayaan masing2..apa boleh buat..biasalah dah penat jaga rumah,mesti haus nak minum air ye tak? hehe..tapi takpe,aku akan datang kembali membawa sebiji botol kosong 1 liter dari Malaysia untuk menggantikan botol Jin Haus yang ni muekekeke..selain tu tiada apa barang yang menarik sangat di Makassar ni..ada juga beberapa minuman soda yang aku bawak pulang ke Malaysia seperti tin can pepsi blue
dan minuman Vita Zone
bukan ape,sebab ada sign Agnes Monica tuuu
ada yang tak kenal Agnes Monica?dia ni lah R&B queen Indonesia dan penyanyi untuk opening Sea Games Indonesia 2011 tempohari
ada jugak baju kebaya yang transparent macam ni yerK?
Sebelum aku balik,seorang makcik aku menghadiahkan sebiji botol kaca coca cola Indonesia yang boleh dikira vintage jugak lah..sebab dia tengok aku macam minat sangat kat coca cola.habis 1 Makassar tahu aku minat coca cola.tiap pegi rumah sedara,kecoh dibilang aku minat coca cola.sampai malu aku.korang bayangkan,pegi kedai depan rumah pun dia bilang kat orang tu aku kolek coca cola.tak ke malu?haha tapi lantak lah.dah minat.nak buat camne?


so masa dalam perjalanan pulang ke lapangan terbang Sultan Hasanuddin Makassar,ternampak pulak lori coca cola yang dok tepi parking cantekk je..sempat la jugak aku snap gambar hehe..
so itu saje yang aku dapat story mory tentang keadaan coca cola di Makassar,Indonesia.Enjoy!

3 comments:

  1. syabas bro! lain kali buatlah lawatan ke kilang coca-cola di sana, tentu xtvt menarik... lagi lagi dengan geng botologi... syok juga diusulkan dengan tuk penghulu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    ReplyDelete