Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, August 25, 2011

Merdeka! Merdeka! Coin Can

Sempena Merdeka yang dah nak dekat pada tahun ni,takde apa yang aku nak posting selain coin can susu Marigold yang dikeluarkan pada tahun 2004 kalau tak silap aku bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-47

terdapat 2 coin can yang berlainan design.yang pertama ni adalah berlatarbelakangkan Tunku Abdul Rahman semasa melaungkan Merdeka!
pandangan atas lobang untuk masukkan coin
Design yang kedua adalah bermotifkan letupan mercun bateri yang mengopakkan poket aku raya2 ni hahah pelik jugak..mercun diharamkan,tapi iklan gambar mercun..korang tak pelik ke?
pandangan dari sisi atas untuk masukkan coin dan boleh dikorek kalau terdesak time2 lepas raya haha
so far aku nampak ada 2 design je coin can marigold merdeka ni.kalau sesiapa ada can yang berlainan jenis selain yang 2 ni,share2 la info di ruangan komentar ya.enjoy!

kata2 carik gado of the day:
abang dolah,dah ada ke coin can yang lagi 1 ni hehehe..

Monday, August 22, 2011

Mirinda Fabric Calendar

Memandangkan Bulan Kemerdekaan ni,suka aku melihat jatuh pada hari apa 31 Ogos pada ini tahun.disebabkan bifday aku pon pada bulan Ogos jugak,moh kite tengok hari apa

Bifday aku pada 3 Ogos,maka tahun ini jatuh pada hari Ahad.mari kita lihat pula Hari Merdeka,yaaa jatuh pada hari Ahad jugak
eh rasenya tahun ni bifday aku pada hari Rabu.camne plak boleh jatuh pada hari Ahad?Laaaa..rupanya salah tengok calendar!ini bila punya calendar?1980!patut laaaaaaaa..haru..haru
Jadi pada anda yang ingin melihat bila hari lahir anda pada tahun 1980,boleh la di click pada gambar di bawah ni untuk imej yang lebih jelas.
dengan pertolongan seorang rakan di temasek,berjaya juga aku bawak pulang ke Malaya calendar yang berasaskan fabrik ni.saiz lebih kurang A3.dikeluarkan oleh Mirinda.condition NOS.dan apabila ianya dikeluarkan dari plastik,mak ai..macam ata pingsan woo dia punya bau hahah enjoy!

Wednesday, August 17, 2011

Full Bottle SG40???

Tempohari ada sorang member baik di Temasek ada memberitahu dia menjumpai 2 botol coke terawal iaitu SG40 dalam keadaan berhabuk di tepi sudut sebuah kedai antik di Temasek.dan owner kedai tersebut pun tidak tahu tentang kewujudan botol tersebut.maka diatas pertolongan rakan karib aku ni,2 bijik botol SG40 berjaya dikeluarkan dari celah2 yang sempit dan berjaya dibawa balik ke Malaya sebotol.harganya pula aku rasa tersangat lah murah berbanding market SG40 sekarang ni.dan apabila sampai ke tangan aku,wow! full bottle!yang menjadi kegemaran bagi kalangan pengumpul botol luar negara dan seorang teman yang bekerja di PJ hehe..asalnya orang JB..tapi dah migrate ke sana.pada mulanya,kalau nak beli tin can atau botol,mesti nak ada air.tapi sekarang dia dah ok..berguna juga nasihat Dato Chua "Lu mau kolek botol ka mau kolek air?" haha..selepas diperhatikan dan di zoom bottle cap ni,terdapat tulisan TRADEMARK REGISTERED BY THE COCA COLA COMPANY
Dibahagian tepi cap ni pula tertera FRASER AND NEAVE SINGAPORE
Dan di tepi bahagian yang satu lagi tertera alamat RIVER VALLEY SINGAPORE
embossed COCA-COLA TRADEMARK REGISTERED
Comparison dengan botol2 SG40 yang kosong..
Ada orang mengatakan bottle cap SG40 berwarna hijau.betul ke?aku memang tak pernah nampak di depan mata.hanya dengar2 dari sumber2 yang TAK boleh dipercayai hehe..dan ada pula teori yang mengatakan bottle cap yang ini adalah untuk botol coke 500ml.betul ke?jadi mana satu yang betul?mintak pertolongan dari En.Megat atau pun Cikgu Kamil untuk meng explain tentang bottle cap SG40 yang sebenar2nya.kalau ada real photo bottle cap yang sebenar lagi bagus.boleh kita sama2 enjoy!

Wednesday, August 10, 2011

Coke Hanya Di Cafe

Salam Ramadhan untuk semua para blogger.posting kali ni berkisah tentang set koleksi coca-cola dari Temasek(kontroversi hehe) yang terdiri dari set coca cola classic,light dan zero.kenapa di temasek ni tak keluar lagi perisa vanilla ya?adakah kurang mendapat sambutan?ketiga2 botol ni takla besar sangat,botol kaca dan berlabelkan plastik dan berpenutup aluminium.
pandangan dari sudut belakang.aku membuat survey tentang harga pasaran di Mudah.my,harga untuk ketiga2 botol ini mencecah MYR150! wow! tak rugi jugak aku menyimpan set koleksi ni.modal baru berapa sen je hehe..botol2 coke ni tidak dijual di kedai2 sembarangan.hanya boleh didapati di salah sebuah restoran atau cafe yang berkonsepkan salah sebuah negara di Eropah sana.kalau nak tahu,survey lah sendiri ya hehe..
jikalau anda berjaya mendapatkan set koleksi coke ni,jangan fikir set anda telah lengkap.ada juga adik tirinya iaitu Sprite
dan yang terakhir sekali adalah adik angkat kepada set coke ini iaitu A&W.didatangkan sekali bersama set coke ni.maka lengkaplah set koleksi anda kali ini
dengan pertolongan seorang rakan di Temasek,makan berhari jugak nak mencari set botol2 ni.aku pun dapat 1 set aja..kalau nak lebih,jangan mintak kat aku hehe..cubalah cari dan beli di Mudah.my..enjoy!

Tuesday, August 2, 2011

Coin Can Coca-Cola Zero

Sempena celebrating 125 years of happiness,dengan ikhsan dari seorang teman di Temasek,dapat lah aku menambah set koleksi coin can aku yang pernah aku posting tempohari
Kali ni version Zero pulak..
Kalau dilihat pada muncung tempat lubang masuk coin tu,kali ni adalah berbeza dgn coin can yang classic,ada plastik yang disalut disekitar bibir untuk mengelakkan tangan luka ketika mencucuk duit syilling ketika kering kontang hehe..tapi coin can ni ada penutupnya di bahagian tengkuk can..putar je,dah boleh terkeluar segala isi perut coin ni
hanya tinggal lagi 1 coin can coca cola light,maka cukuplah set koleksi coin can temasek.enjoy!