Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, September 22, 2011

Indiana Jones: Raiders Of The Lost Ark

Barangkali jika kalian terpandang poster ni,mungkin boleh mengingatkan jaman2 dating dulu dengan awek yang kini dah bergelar isteri di panggung Rex,Lido atau Cathay..salah sebuah movie yang aku minat sangat selain JAWS dan siri2 Indiana Jones yang lain seperti Temple Of Doom dan The Last Crusade.diarah oleh pengarah yang sama iaitu Steven Spielberg yang kini telah menjadi multi Billioanire hanya dengan mengarah filem dengan mengeluarkan idea2 yang kreatif pada tahun 80an.berbekalkan pelakon yang sangat berkaliber hingga ke hari ini iaitu Harrison Ford.filem ini dikeluarkan pada tahun 1981 dan telah memenangi beberapa Academy Awards pada tahun 1982 yang masa tu aku masih duduk dengan nenek aku di Temasek..tak sekolah lagi haha cuma ikut pakcik aku pegi tengok wayang je keja..rasanya aku tak perlulah menceritakan filem ini yang aku kira semua orang pernah menonton dan dah paham pun jalan cerita filem ni yang berkisarkan tentang pengembaraan Dr.Jones dan ada part politikal sedikit tentang Nazi's
masih berkeadaan elok tetapi berlipat2 sedikit,poster original ni di chop oleh Singapore Board of Film Censors dan bersaiz agak besar sedikit dari standard movie poster yang ada sekarang ni.
Ada sesiapa yang masih simpan lagi poster2 indiana jones dari siri yang lain?roger2 lah ya kalau ada hehe..enjoy!

Monday, September 19, 2011

King Kong Kepala Hotak Kau!

Tempohari semasa teman aku bersiar2 di Sungei Road, Temasek,dia terpandang lah kat satu objek berupakan poster dan setelah dia amati betul2,memang sah poster.dan dia terus menelpon aku untuk mengesahkan apa yang dia lihat ni ada di depan mata."Zal,aku ada jumpa poster Coca cola mirip saling tak tumpah seperti Jejaka Malaya yang terperangkap di alam nya sendiri"."Kau nak tak?"
poster yang dikeluarkan pada tahun 1995 oleh coca cola company ni terus aku setuju untuk membeli nya.sebab teringat sewaktu kami berdua tergelak setan melihat rupa Jejaka Malaya di sebuah laman sosial.memang sejibik! cuba korang tengok di bawah ni.sama kan?
bersaiz yang agak besar,penat jugak aku mengusung dari Temasek naik MRT bawak balik ke Johor Bahru haha dan kalian boleh melayari video ni di YouTube bertajuk "coca cola king kong commercial" Enjoy!

Wednesday, September 14, 2011

Everytime 400ml?

Aku rasa hampir setiap sebulan sekali aku pergi menjengah ke flea market di Temasek dan dah lama aku perhatikan botol Fraser & Neave ni.bagi aku,botol jenis ni adalah 'commont' di kalangan kaki2 botol.dan tidak ada orang beli pun botol ni.hampir setahun jugak lah dia berhabuk di booth apek ni.dan memandangkan bajet ada lebih,di atas pertolongan rakan setan yang berada di Temasek,aku menyunting jugak lah botol yang kiranya boleh dapat dengan harga serendah Rm10 di JOnker Walk Malacca.
yang menarik minat aku tentang botol ni adalah penutup tudung botolnya.adalah bermotifkan F&N Everytime yang aku rasa tidak lah se RARE mana pun.sebab aku merasakan ada juga diantara orang yang meng "punch" botol ni dan mengatakan bottle cap ni ori..haru haru
dan yang lagi bestnya,botol 400ml beserta cap everytime ni bukan ada satu,tapi berlambak!enjoy!

Tuesday, September 13, 2011

The Difference Is Clear??

Masa kecik2 dulu,teringat ada benda ni kat atas rak display kat hall rumah aku..tapi masa pindah rumah,semua dah dicampak ke dalam tong sampah haha
So apebenda benda ni?
ni adalah bekas meletak kertas rough paper atau pun notes untuk di opes atau pon kat rumah pon bole gak.mengikut sumber2 yang TAK boleh dipercayai,dikeluarkan oleh PERMANIS sdn.bhd.betul ke?itu aku kurang pasti..mungkin benda ni dibawa keluar oleh orang opes permanis itu sendiri.siapa tahu?atau pun free gift? dengan tag line THE DIFFERENCE IS CLEAR...
tapi kenapa yang ni kaler pink?bukan clear?hahaha
enjoy!

Monday, September 12, 2011

Hadiah Hari Raya

Masa pegi melawat sanak sodara kat Temasek tempohari,ada juga yang bermurah hati memberikan souvenir coca cola..
ingatkan dapat sampul duit raya,sekali dapat sign coca cola pulak..kebas aje lerr..enjoy!

Monday, September 5, 2011

Sampul Raya Aznil

Sempena Hari Raya yang mulia ni,aku akan menghidangkan air pepsi twist kepada pengunjung yang datang beraya kat rumah aku.terutama sekali kepada BOB PEPSI.biar dia melantak kembong togok air pepsi yang diagung2kan oleh dia hahaha rasekannnn!
dan kalau kau datang rumah aku Bob,aku dengan bermurah hati akan menghadiahkan ko paket duit raya ni sekeping.tapi paket je tau.duit jangan harappp!!

kahkahkah enjoy!!!!!