Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, February 9, 2012

Refresh, Recycle, Reuse, Redeem

Semasa perayaan Krismas 2011 tempohari, sewaktu kami group2 pencinta coca-cola JB dan Temasek sibuk membeli pet bottle semata2 hanya untuk mendapatkan bottle cap nya sahaja dan membuang airnya ke longkang, terdapat inisiatif yang dijalankan oleh pihak coca-cola singapore untuk tidak membazirkan pet2 botle yang kami telah beli dengan membuang nya begitu sahaja. Kenapa Coca-cola Malaysia tidak membuat langkah bijak seperti ini? Untung mahu,tapi tak mahu Give It Back. Bukanlah aku mengutuk Negara sendiri, tapi itulah kenyataan, MultiBillion Company yang menitikberatkan Profit semata2. Apalah salahnya keuntungan itu dikongsi bersama para peminat Malaysia yang aku tengok bertungkus lumus bersilang tangan mengumpul koleksi cans dari Malaysia.
Sepertimana iklan di bawah ini, hanya pet botles dan cans produk coca-cola sahaja yang dibenarkan untuk di recycle. Tempohnya adalah dari 18 December 2011 hingga 31 December 2011. Lebih dari tarikh tu,sorry haaaa..dah boleh jual kat karong goni jelah pet2 bottle tu hahaha
Barang yang boleh ditebus terdiri dari Tumbler, Notebook dan juga Topi. Kaedah penukaran adalah seperti yang dinyatakan di bawah
Tempat penebusan bertempat di Cathay Cineleisure Orchard Road. Kelihatan deretan pet botle yang kosong tanpa penutup bersedia untuk ditebus dengan barang cenderahati dari coca-cola singapore
Barang yang paling cikai ditebus adalah berupa tumbler yang mempunyai motif logo Live Positively
dan juga Give A Bottle A New Life..dah macam program anak angkat pula ya hehehe..
Barang pertengahan adalah berupa Notebook yang dihasilkan menggunakan recycle paper juga beserta pena yang juga diperbuat dari material recycle paper...
Barangan yang terakhir untuk ditebus, dan juga termahal bersamaan 7 pet bottles, berupa topi berlogo kan Give It Back. Tema ini barulah bersesuaian dengan usaha inisiatif pihak coca-cola Singapore untuk para peminatnya di Temasek!
Kualiti topi dan juga sulamannya amatlah berbeza dengan topi yang pernah dikeluarkan oleh coca-cola Malaysia tempohari yang boleh didapati di hypermarket Giant dengan pembelian rm25 ke atas kalau tak silap aku. itupon orang berebut jugak kah kah kah..
Nasir, ko jangan tanya aku ada lebih ke tak eaa..ko baca dengan teliti ni, AKU ADA 1 SET SAHAJA. TAKDE LEBIH hahaha..enjoy!

No comments:

Post a Comment