Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, March 8, 2012

Pepsi Can Siti Nurhaliza

Kali ni aku nak buat entry pasal 1 barang yang menjadi agak kontroversi sedikit iaitu Pepsi can Siti Nurhaliza yang kini bergelar Dato' Siti Nurhaliza yang dinobatkan sebagai Penyanyi No.1 Malaysia. Dengan promosi pada masa itu dari Pepsi iaitu Ask For More Music yang dilancarkan pada seawal tahun 2000.harga yang aku dapat amatlah berbaloi berbanding desas desus yang melanda mengatakan tin can ni mencecah ribuan Ringgit! nilai yang aku dapat adalah bersamaan sebiji botol soda printed yang tak berapa susah nak dapat. Pernah juga ada seorang mamat ni di lamanweb sosial yang entah dari mana dia muncul dan dengan rakus menjual koleksi tin can dia dan naik syok menawarkan harga yang tak munasabah kerna melihat nilaian market di kalangan kaki tin can ni yang berebut membeli koleksi tin can dia yang dia sendiri tak tahu nilainya selama ini.dan dia pun bukanlah kolektor..hanya mengambil peluang tin can pakciknya yang sudah retired.melihat ketaksuban dia menjual tin2 can tersebut,maka aku pun pernah booking menggunakan air liur.berdasarkan tahun tin can yang dijualnya,gerak hati aku mengatakan yang koleksi pakciknya ni mesti ada terselit pepsi can siti nurhaliza.dan aku membooking jikalau dia mempunyai pepsi can siti nurhaliza,aku ingin membelinya.dan jangan diupload di lamanweb sosial tu.maka hari berganti hari.minggu berganti minggu.aku pun mengakses masuk ke lamanweb sosial tersebut.wah,mamat ni baru sahaja memosting pepsi can siti nurhaliza ni beberapa minit.eh,kan aku dah bilang kalau ada can ni,jangan di upload kat lamaweb sosial?bukan ke aku dah booked awal2? memang sosial lah kau ni! haha pulak tu,seorang rakan aku di Muar telah memberi link ke blog yang menyatakan pepsi can siti ni dijual dengan harga ribuan ringgit.Lagi la mamat ni dah tak keruan melihat orang menjual dengan harga sebegitu tinggi. sedangkan dia menjual dengan harga MYR80 sahaja.dan aku pun terus memberi message di page mamat ni.tidak berjawab.dan aku terus membuat panggilan ke henfon mamat ni.tapi dia memberi alasan yang ada orang datang ke rumahnya terus grab tin can tersebut dan dia tak boleh buat apa2..peh mcm ni ke member?awal2 aku dah bilang aku mesti beli punya tin ni kalau kau ada dalam simpanan.yang kau pegi upload kat lamanweb sosial tu buat hape! ok..takpa..aku ingat..sorry la beb,u are removed from my list!
Di bahagian belakang tin can ni,terdapat Peraduan Hadiah Sekali Dalam Seumur Hidup. Dan hadiahnya merupakan 1.Bergambar dengan SITI NURHALIZA untuk majalah; 2.Bertemu AARON KWOK; 3.Bertemu RICKY MARTIN di belakang pentas konsertnya; 4.Dapatkan apa saja yang dijual di Tower Records selama 30 saat; 5.Pemain Sony mini disc walkman; 6.Cakera padat 'single' edisi istimewa Siti Nurhaliza, Aaron Kwok atau Ricky Martin yang ekslusif dan perlu disertakan dengan bukti pembelian penutup tin, plastik label ataupun penutup botol kaca. Penyertaan ini juga perlu melengkapkan dengan slogan "pepsi music menjadikan impian saya satu kenyataan kerana..." tidak lebih dari 15 perkataan. Tapi ada ke pemenang Peraduan ni?hahaha..
Tentang harga pula, aku cuba melungsuri ke lamanweb lelong popular Malaya untuk mengetahui harga market.wah,terdapat 2 entry tentang pepsi can siti ni.yang pertama adalah berharga MYR500.ada dua unit pulak tu.jadi kalau ada sesiapa yang berkenan,boleh lah menghubungi seller tersebut.dan dibuka untuk negotiation lagi! katanya tin can ini adalah untuk peminat fanatik siti nurhaliza,betul ke?dan dia juga menyatakan tin ni menjadi sebab untuk dimiliki kerana tertera tandatangan siti yang lama.ok,boleh diterima pakai..dan tin can ini tidak berisi penuh kerana dia haus pada ketika itu hehe..
Pada entry yang lagi satu ni,aku rasa agak mencarut jugak lah haha MYR2500! siap tulis tinggi valuenya! yelah,dah engkau yang meletakkan sendiri nilai MYR2500,memang la tinggi nilainya! kah kah kah..dan kondisi nya masih berisi penuh.tidak pernah dibuka dari tahun 1999.wow! apalagi tuan puan,kontek2 lah seller tersebut kalau rasa ada duit terlebih tu ya hehe..tapi apa pun,itu hak peribadi seller,berapa nilai nak meletakkan pada sesuatu barang tu.tapi bagi aku lah,nilai tin can ni taklah sampai ke tahap MYR2500..memang mengarut lah pada siapa yang berkata begitu.dan ada jugak orang berkata tin can ni sangat lah rare! dan aku pasti Blurguyz79 sudah masak rentung dengan perkataan 'rare' tersebut hahaha boleh berdarah telinga meleleh dengar perkataan 'rare' jikalau tin can ni ada pada tangan tiap kolektor...dengar khabar,seorang teman di Kemaman mempunyai tin can ni lebih kurang 100 unit.wah,betul ke?kalau lah sebiji dijual dengan harga MYR2500, berapakah keuntungan yang diperolehi jika berjaya menjual 100 biji can? boleh beli sebuah rumah banglo tu beb..
Selepas diframekan,barulah TINGGI VALUE NYAAA..kahkahkah (Credited to Temasek Crew)
Pepsi can siti ni lebih elok kalau digandingkan dengan poster promosi Pepsi can siti nurhaliza ni..bak kata seorang kolektor,tak lena tidur malam lah kalau mempunyai barang koleksi, tapi tidak mempunyai poster promosi nya sekali..

Credited to Pengurus Ladang Kota Tinggi

"Keep It Until Hard To Find"

9 comments:

  1. satu can rm 2500. berserta siti sekali.

    ReplyDelete
  2. bro...bukan setakat berdarah telinga,aku dah macam bosan dengar ayat tersebut.kadang nak sebut lidah rasa kelu.so aku biasakan guna ayat "jarang nampak/jumpa".

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya pepsi mmg lagi bernilai dr coke...lalalalalalalalaallalalalalalalalalalalalalalalalala.... ade ke tin coke kt msia scene ni leh wat bgado..hahahaa...hny pepsi shj,..fact....

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. camne bentuk Cakera padat 'single' edisi istimewa Siti Nurhaliza, Aaron Kwok atau Ricky Martin yang ekslusif tu?ada cd dia x?hehe

      Delete
  6. Anonymous,kalau anda ada Cakera padat 'single' edisi istimewa Siti Nurhaliza, Aaron Kwok atau Ricky Martin yang ekslusif tu,jom la share dengan kami yang serba kekurangan info dan material ni.rasanya tak salah kalau nak berkongsi sumber yang berguna ni.amcam?bole?hehe

    ReplyDelete
  7. Great share thanks for posting

    ReplyDelete