Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, June 7, 2012

Malaysia Mini Crate Korea Script

Sebelum aku memulakan bicara,terlebih dahulu ingin meminta maaf kepada beberapa pihak supaya tidak berkecil hati dengan pe'mosting'an aku kali ini,berikutan pemostingan di blog Che Mat baru2 ini..tentang missing crate yang satu ni, disebab mini crate ini telah terjual sebelum ia di posting disini..aku tidak dapat menolak harga yang ditawarkan oleh seorang kolektor yang berada di area pertengahan Malaysia ni..hehe..dan niat sebenarnya adalah untuk berkongsi info tentang kewujudan mini crate Korea yang agak susah sedikit untuk dijumpai..di bahagian hadapan,terdapat tulisan coca-cola di dalam tulisan Korea..dan macam biasalah terdapat 6 botol yang berscript Korea juga Dan di bahagian belakang mini crate ini pula,adalah seperti yang anda lihat dibawah ini.Coca-cola Trademark Regd.begitu juga dengan botol-botolnya sekali. Ramai juga yang bertanyakan tentang crate ini sama ada aku mempunyai extra atau tidak..dan atas usaha yang tidak seberapa payah,dapat juga aku dapat extra 1 crate ni. Dan untuk simpanan aku sendiri,memang ada lah, Begitu juga rakan sepencarian aku iaitu Abg Dolah yang bersama-sama mengkorek barang di suatu ketika dahulu dan kami telah menemukan 2 unit mini crate Korea ini dia area Yong Peng, Johor di salah sebuah kedai runcit lama.memang sah la mini crate ini hanya diberikan kepada pekedai runcit sahaja pada masa itu sebagai free gift.Itu yang dikata oleh pemilik kedai tersebut.. Jadi pada rakan2 seperjuangan,teruskan usaha anda untuk mencari mini crate Korea ini..bukan tak ada...ada..cuma ia disorokkan aja..hehe..sekali dia keluar nanti,boom! ha berderet2 script Korea..anda pernah kan mengalami kejadian seperti ini?
Keep It Until Hard To Find

2 comments: