Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, March 2, 2015

Poster Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour

Semoga hari2 yang mendatang ni dibekalkan dengan semangat untuk mengupload pic kat blog ni. Bila nak start tu memang amat payah dan berat untuk memikirkan apa barang yang nak di upload. Dan apa ayat yang nak di ngomelkan. Almaklumlah kawan pun dah kurang, musuh di alam maya pun dah berkurang. Jadi tiada modal untuk aku menjadi penglipur lara kat blog merapu ni. So hari ni barang takde lah garang sangat. Boleh juga dianggap sampah bagi sesetengah pihak. Tapi kalau hati dah suka, apa boleh buat ye dak?
Konsert yang diadakan pada tahun yang aku boleh andaikan dalam tahun 2003-2004, berdasarkan pada En.Google dimana pada tahun itu Siti Nurhaliza di sponsor oleh maxis.
Bagi yang sudah memakai handphone canggih masa ni, iaitu skrin berwarna, boleh di download gambar2 Siti ni di handphone masing2 yang aku juga tidak tahu apa tujuannya. Mungkin untuk menghiasi wallpaper handphone diorang kot??
Bagi yang menggunakan handphone monophonic seperti aku pada masa itu, iaitu Nokia 8310, boleh la membeli Logo Operator Siti ni yang aku juga tidak tahu apa tujuan nya. Mungkin mengada2 nak menghiasi paparan handphone mereka. Ah aku pon sama masa tu. Pakai logo operator mata berkelip2. Kalau diingatkan, memang la kelakar. Entah hape hape entah masa tu hahaha
'Keep It Until Hard To Find'

No comments:

Post a Comment