Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, March 26, 2015

Yeo's Minuman Air Tebu

Aku tak pasti sama ada aku pernah atau tidak membuat entri ini. kalau ditelek pada gambar, macam dah lama aku snap pic ni. tapi tak apalah, aku up aje lah botol yang tak seberapa ni. Kilangnya dekat aja di rumah aku. Di kawasan pandan, Johor Bahru iaitu Yeo Hiap Seng. atau nama singkatannya Yeo's. Pengasas yang berasal dari China, yang memasuki pasaran di Temasek dengan berbekal kan produk kicap pada seawal tahun 30-an. Di antara minuman botol yang terakhir pengeluaran yeos di Malaya, seingat2 aku la, botol ini aku dapatkan dari sedagher Fitri Ipoh Perak. Kalau salah tolong betulkan ya bro Fitri haha..aku tertarik dengan color air yang berada di dalam botol. Hijau menyala! sebab seingat aku sepanjang akhir tahun 80-an, aku hanya beli air botol ini yang berperisa Soya dan juga Teh Bunga yang berwarna seperti air kencing tu. Kaler hijau tak masuk pasaran Johor Bahru ke? Dengan sebab itu lah aku macam jakun sikit apabila ternampak botol air berwarna hijau ini
Bila diamati secara dekat, perisa air ini adalah Minuman Air Tebu! kenapa pasaran JB tak masuk perisa air tebu ni! damn!
Ingatkan di refill dengan air hijau ke ape, ropanya memang betul air tebu hahaha watdehel....
"Keep It Until Hard To Find"

No comments:

Post a Comment