Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Sunday, March 29, 2015

Tabung Hero KUBB

Anda pernah lihat Superhero ini? Pernah dengar bank Kewangan Usaha Bersatu Berhad? KUBB? Pernah tengok iklan superhero ni kat TV? Seingat aku lah, iklan KUBB ni disiarkan di tv pada tahun 1987/1988. Dan pada waktu itu memang menjadi kegilaan lah para budak2 macam aku ni untuk mendapatkan tabung superhero tersebut. padahal takdelah istimewa sangat karakter ni. Mungkin pengaruh iklan agaknya. Ataupun pengaruh rakan2 sebaya yang membuka akaun tabungan dan tabung hero ni diberikan percuma. Staf2 mereka dengan giat membuat promosi dari sekolah ke sekolah. Memang masyuk la pada masa itu. Digalakkan menabung katanyaaa..bila dah penuh, kena pergi ke bank di area Tropical Inn JB untuk mengeluarkan duit syiling dalam tabung tersebut. Ahhhhh satu kerja pulak asek nak pegi bank keluarkan duit syiling dari dalam tabung ni. Sebab di bawah tabung ni, terdapat satu lubang kunci yang hanya boleh dibuka oleh pehak bank sahaja. Dengan berbekalkan kepakaran McGyver, habis naik lompong lubang kunci di bawah tabung ni aku kerjakan. Bila dah lompong, boleh lah dikeluarkan duit tanpa perlu pergi ke bank hahaha sudahnya Busur dengan Anak Panah hero ni entah hilang kemana kahkahkah watdehel....
"Keep It Until Hard To Find"

No comments:

Post a Comment