Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, June 16, 2016

Kalkitos Malaysia

Anda lahir sekitar tahun 70an? Pernah dengar Kalkitos? Pernah nampak Kalkitos? Tahu apa tu Kalkitos?
Benda ni teringatkan aku semasa jalan2 dengan arwah abah kat KOMTAR johor bahru sekitar tahun 1983-1987. Masa tu kalau abah ajak masuk BADAN Bookstore, memang heaven. Lokasi badan bookstore ni di ground floor komtar. Berdekatan pintu keluar ke pasar besar johor bahru. Semasa abah nak bayar surat khabar Berita Minggu, boleh la aku grab sekeping Kalkitos ni. Sebab rack dia terletak berdekatan kaunter pembayaran. Harga untuk sekeping kalkitos ni aku memang tak ingat dah. Mungkin sekitar rm3-4 sekeping. Yang seingat aku, kalkitos ni terdapat dalam dua size. Yang kecil seperti diatas, dan saiz yang besar. Aku memang tak pernah beli yang bersaiz besar. mungkin terlalu mahal pada masa itu. Tapi boleh la aku cakap, koleksi aku pada masa tu, memang tak terkira banyaknya. Mungkin arwah abah bagi banyak lemak kat aku hahaha
Berdasarkan research yang tidak formal, ada yang made in UK, dan ada pula made in Italy. Tak kurang juga made in Argentina. Yang pastinya bukan made in Malaysia. Tapi yang modern kalkitos ada dibuat dan dijual di Singapore. Boleh dibeli dengan harga sgd8.90. Mahal juga ya? Kalkitos yang aku dapat ni ada berkondisi NOS dan belum dibuka. Ini pun diatas pembelian dari rakan baik aku dari Ipoh. Puas aku carik di pasar karat, amcorp mahupun lokain. Tapi masih tidak ketemu. Jadi, terima kasih diucapkan kepada rakan aku di Ipoh sana ya hehehe Ok, jika kita buka pembalut plastik kalkitos ni, terdapat dua helaian. Satu adalah helaian kertas berwarna pemandangan yang kosong. Mungkin padang pasir, dasar laut, stadium bolasepak dan pelbagai lagi. Karakter pon terdapat pelbagai seperti popeye, scooby doo bee doo, mask of zorro, lone ranger dan karakter disney. Helaian pemandangan ini boleh dilipat 3. Ok, helaian seterusnya adalah sekeping plastik yang mengandungi gambar2 karakter. Ia boleh ditransfer ke helaian pemandangan itu dengan menggunakan lorekan pensil. Cantik atau tidak, adalah berdasarkan kreativiti anda menyusun karakter ke atas helaian pemandangan itu. Kalau saiz kecil, letak la di bahagian belakang. Kalau karakter yang besar tu, letaklah di bahagian hadapan. Part ni aku memang terer tak dinafikan heheh Semoga entry ni mengembalikan nostalgia korang semua. Thank You Abah sebab belikan banyak2 kalkitos. Really miss you. Harap kita akan ketemu lagi suatu hari nanti...
"Keep It Until Hard To Find"

4 comments:

  1. dulu harga dia RM1.50 ... beli kat koop KOMTAR, JB.. Budak zaman sekarang mmg tak kenal bende nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. ni antara benda yang boleh buat kita happy masa tu hehehe

      Delete
  2. gua ada sekeping bro...belum guna lagi..tapi bukan yang lama punya la..printed tahun 2011 punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yang baru memang ada jual. design dia pon dah modern

      Delete