Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, June 21, 2016

Tikam! Tikam! Thundercats

Haaaa sape lahir tahun 70-an? masih ingat kat kartun Thundercats yang disiarkan buat pertama kalinya di TV3 pada tahun 1985? Kenal watak2 dia seperti Lion-O?
Tygra
Panthero
Cheetara
Jaga
dan pelbagai lagi watak yang memang panjang aku nak list down kan..so sape yang penah menonton kartun ni, memang kenal la watak2 yang selalu muncul. Ada juga watak yang jarang2 muncul seperti Grune, Safari Joe, Wolfrat, Crabman, Chilla, Luna, Bengali, Lynx-O, Pumyra, Roberbill, Snowmeow, Willa, Nyda, Molemen, Mandora, Quick Pick, dan macam2 lagi. Sebenarnya banyak karakter yang terlibat dalam kartun thundercats ni. Korang mesti tak pernah dengar watak2 yang aku sebutkan tadi kan? hehehe ok tak apa. Mereka hanya keluar di beberapa siri sahaja. Ok nak bercerita tentang kemunculan awal thundercats ni, atau sekadar meng refresh minda korang. Satu grup telah survive dengan spaceship mereka berikutan planet Thundera telah berkecai
Yang terselamat pada masa itu adalah Godfather mereka yang bernama Jaga, Tygra, Panthero, Cheetara, Wily Kit dan Wily Kat. Dan tak lupa juga Lion-O yang sengaja ditidurkan supaya tidak menyaksikan planet Thundera mereka berkecai disebabkan Lion-O akan menjadi Lord of Thundercats pada suatu hari nanti
Tahukah anda pada mulanya mereka ini tidak berpakaian seperti yang anda lihat di episod2 terkini?
Kenapa yang lain tidak berbaju?Hanya Jaga sahaja yang berpakaian? ahhh pandai juga pelukis ni. Takkan la nak tayang buah peliaq kedut si Jaga tu! hahaha so Jaga menugaskan Cheetara untuk mengejutkan si Lion-O ni. Mengapa Cheetara? bayangkan budak berumur 12 tahun terjaga dari tidur dan sorang awek tak pakai baju tercegat di depannya. Pandai juga Jaga taknak buat Lion-O terkejut. Kalau suruh Panthero dengan keadaan bogel pegi kejutkan Lion-O, mau terkejut kongkang hahahaha
so itulah serba sedikit tentang kemunculan awal siri Thundercats. Ok apa yang aku cuba sampai ni adalah berkait tentang satu papan tikam yang bermotifkan watak Thundercats. Masih di dalam keadaan NOS belum bercuit.
Di paparan utama terdapat listing hadiah tikam mengikut karakter2 Thundercats seperti Lion-O rm2, Panthero & Jaga rm1, Pummra 60sen, Slithe & Monkian 40sen dan Cheetara & Wily Kit & Wily Kat 20sen
Jadi, apa tunggu lagi? ha tikam la tikam!

No comments:

Post a Comment