Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, February 27, 2012

Coca Cola Small Tips Tray

Bulan lepas,sewaktu seorang teman aku berE-Bay,dia bagi la 1 link ni.pasal bidaan tray kecik coca cola yang pernah digunakan di Asia termasuk lah Malaya dan Temasek serta Hong Kong.sekitar tahun 60an dulu.mula2,aku pun masuk jugak bid ni.tapi makin hari semakin tinggi pulak bidaan nya.sampai aku dah tak larat nak bid.sepertimana para blogger nampak bidaan nya telah tamat pada Jan 2012.dan harga last bid adalah SGD339.84 dan kos penghantaran SGD7.73 so total lebih kurang MYR834 jugak untuk tray sekecil ni.So terlepas benda ni untuk dibawa pulang ke Malaya.tak pasti siapa yang menang bid tersebut.
Tapi kalau dah Rejeki tu,tak kemana ye tak..tempohari semasa aku membuat lawatan sambil belajar di Amcorp Mall,terpandang la tray kecik ni di displaykan dalam almari kaca di sebuah kedai antik.bukan booth2 di bawah tu ya.yang ni di kedai antik.
Tentang harga pula,aku masih belum menanggalkan tag harga yang asal.untuk rujukan para blogger semua.disebabkan aku dah bershopping sakan,maka duit pun dah kehabisan.maka aku memerlukan khidmat seorang rakan untuk meng grab benda ni pada minggu hadapannya.selepas aku bank in pada teman yang seorang ni,maka sampai juga barang ini di JB.condition nya takla seperti yang dibida di E-bay..tapi kira berpuas hati jugak lah dengan harga yang sebegitu.
Aku ada bertanya tentang kegunaan sebenar tray kecik ni.ada yang mengatakan kalau yang dari jenama rokok,digunakan untuk menghantar kepada pelanggan rokok yang dipesan.tapi bagaimana dengan tray kecik yang jenama nya minuman soda?adakah air soda diserve kan menggunakan tray kecik ni?ataupun mungkin tray ni digunakan untuk pembayaran?ataupun duit tips?bagaimana dengan jenama soda yang lain?ada jugak ke tray kecik macam ni?Tapi mengikut kata rakan aku di amcorp,tray ni telah didisplaykan for quite some time jugak,tapi tiada yang menyunting.kenapa boleh jadi macam ni?orang KL tak minat kah pada benda ni?atau mungkin kah terlepas pandang?ataupun harga yang mahal?seorang rakan aku di Temasek pernah membeli tray ni pada harga SGD150 dan ada unit yang kedua dijual di sebuah kedai antik di Temasek dengan harga SGD400 iaitu bersamaan dengan harga yang dibida di E-Bay.so adakah berbaloi?

2 comments: