Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Sunday, March 29, 2015

Visor Cap SUDI

Pada bulan Mac hingga April ini, dikhabarkan Malaya akan dilanda kepanasan yang melampau.Dijangkakan sehingga akhir April. Paras air pun aku tengok dah semakin berkurangan, walaupun di JB ni memang hujan setiap petang. Pelik bukan?
Jadi untuk persediaan musim panas yang ekstrim ni, boleh lah kiranya aku menyarankan untuk para pembaca blog mengarut ini memakai topi penghadang sinar mentari yang didatangkan dari jenama Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu SUDI, sejenis jenama air minuman soda keluaran tempatan. Barang ni aku dapat dari hasil perkongsian pembelian dengan abang Dollah ke Azrul Kota kalau tak silap aku. Antaranya adalah berwarna kuning. Yang aku punya dapat kaler suci iaitu Putih. Saiz nya adalah standard ukur lilit kepala orang dewasa. Terdapat pelbagai merchandise SUDI yang dikeluarkan pada tahun 1991, dan ini adalah sebahagian daripadanya
"Keep It Until Hard To Find"

6 comments:

  1. barang ni mmg rare... harga beratus org sanggup beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu tuan..kalau ada koleksi dari SUDI, boleh la simpan untuk tujuan rujukan diri sendiri dan teman2 yang tau menghargai

      Delete
  2. Just sharing koleksi saya bro, ditandatangani Allahyarham Sudirman sendiri.
    http://s24.postimg.org/r9jr85fzp/topi_sudi_shahril.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Delete
    2. tahniah saudara, sedangkan tin minuman pun beratus ringgit org jual, inikan pula ada tandatangan arwah... tak sanggup rasanya nak tanya harga... heheh

      Delete