Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, August 19, 2010

Sepetang Di Temasek Bersama 1liter

pada permulaan aku berjumpa dengan BG79,ada ternampak 2 botol 1liter coke spore kat bilik dia.puas aku memujuk dia suruh jual kat aku.tapi dia cakap botol tu milik orang lain.pujuk punya pujuk pun tak jalan jugak..akhirnya dia bagitau yang botol2 tersebut adalah milik otai2 kat malaya ni hehe..yang ada air milik cikgu kamil dan yang kosong milik bro megat.baru aja nak potong jalan.tapi pabila mendengar nama2 tersebut,niat jahat aku pon terbatal(kehkehkeh..gelak setan BG79) menurut kata cikgu kamil,di KL,coke 1liter spore boleh mencecah sehingga rm250! betul ke cikgu?wah sampai macam tu harga nya ya..mungkin yang mint condition agaknya..dan ada seorang kolektor di JB ni yang membeli botol kosong coke 1liter rm120 dan urusniaga itu berjalan di depan mataku sendiri.memang hebat penangan coke 1liter spore ni.dan selepas tu aku pun menyuruh BG79 mencarikan aku sebotol coke 1liter spore yang ada air.kalau yang kosong,memang berlambak kat temasek tu! bukanlah sombong tak ambil botol kosong..tapi kalau yang ada air tu lagi stim! haha..bagai melihat awek yang berbaju kurung,compare dengan minah saleh baju sprite di blog aku ni!(haha tu BG79 dah booking).tunggu punya tunggu,BG79 asyik memberi jawapan yang hampa.."jangan risau zal,kalau ada,aku mesti belikan kau."tapi nak dijadikan cerita,satu hari tu aku janji dengan BG79 jumpa di temasek.dan bila aku sampai,dia tak sampai2 lagi.rupanya dia tertinggal henfon dan patah balik.orang2 tua kata,kalau tertinggal sesuatu dah keluar rumah,lupakan aja,jangan patah2 balik.sebab rezeki anda pada hari tu kemungkinan akan hilang..tiada hadith yang mengesahkan tapi petua orang2 tua ada kalanya betul..so aku pon gerak sorang2.dan mungkin rejeki aku pada hari tu,bukan coke 1liter sahaja yang aku jumpa,malah pepsi 1liter dan mirinda 1liter jugak aku jumpa.kesemuanya ada air! maka apabila BG79 sampai,aku sudah balun kesemuanya..disebabkan harga yang begitu murah di offer oleh peniaga tu hehe maka tak tidur nyenyak lah BG79 malam tu(sorry bro! adik bradik tak boleh gado2 ya hehe)


6 comments:

  1. aku tak lena tido sebab banyak benda ko nak "setankan",hahaha.

    ReplyDelete
  2. memang ada..aluminium coke tu..haha!

    ReplyDelete
  3. memanb cun kodisinya, amat berbaloi baloi...

    ReplyDelete
  4. bro, harga botol coca cola nie sebenarnya subjektif, kalau ada buyer yg 'berani mati' diorang sanggup bayar berapa saja harga brg yg kita offer. Berbalik pada botol 1 liter m'sia-s'pore haraga utk botol kosong takde tudung 80-100, botol ada tudung tapi condition tudung sengal-100-150 dan condition botol dan tudung cun, tulisan river valley nampak lagi - di KL , buka harga RM 200.Ini pada firasat saya le, jgn le dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  5. tapi kalau ada air,tak buka lagi, dan condition tudung cun serta nampak tulisan river valley, sendiri mau ingat la...meletup bro

    ReplyDelete
  6. blurguyz79,nasib baik aku punya belum bukak dan terang benderang tulisan river valley tu.takyah pakai kanta pembesar dah boleh nampak tulisan dia hehehe..tapi apa pun,terima kasih pada cikgu kamil dia atas keterangan harga yang boleh dijadikan rujukan personal.bukanlah untuk fixed market price,tapi anggaran pada sesiapa yang berhajat membeli botol coke 1 liter ni.enjoy!

    ReplyDelete