Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, August 20, 2010

Sesi Korek Solo Di Bandar JB

hari sabtu lepas,aku tak balik kampung,dan tak ada aktiviti lain sempena bulan puasa yang mulia ini,badan pun tak penat,maka terlintas lah pikiran nak mengorek barang di sekitar bandar JB.apalagi,start motor,vroom2.pusing lah aku kat bandar jb ni dengan mata penyamun mencari2 barang2 yang boleh dibawa balik.tapi biasalah,bandar besar,mana ada lagi barang?cuaca hari tu pon agak baik.mendung aja.dan aku berhenti di 1 spot yang menarik pandangan mataku ni.
tu dia sign coca cola yang sebesar tiang pemeluk tersergam indah di tengah2 bandar jb.ikutkan hati,nak aja aku ompil dan bawa balik sign ni.tapi aku cuma bawak motor aja,so lupakanlah niat setan ku ini

masa aku masuk ke kedai ni,semua orang pandang aku semacam.laaaa..rupanya aku masuk kedai makan! haha,patutla..so yang sempat aku amik gambar adalah icebox mamak ni yang sama juga design dengan tiang di luar.
ini adalah stiker yang ditampal dan aku mintak juga untuk kopek,tapi mamak tu tak bagi hehe..bagi sesiapa yang tahu info pasal sign ni tahun berapa,sila bagi info di ruangan komen ya

perjalanan pun diteruskan dengan tangan kosong.dan aku berhenti di sebuah kedai runcit lama.dan mataku terpandang pada satu objek berwarna merah.so macam biasa,susun ayat power,nak beli roti kacang buat modal macam cinta pepsi,puasa lah pulak.so just tanya ajalah benda ni.apek,ini bekas lu pakai ka?apek tu tak layan aku.aku cakap,apek,wa belikan lu 1 baldi,lu bikin tempat letak itu plastik.ada ke bekas ni dia buat letak plastik.apek tu terus menggelengkan kepala.dan aku pun mengoffer rm5 kepada apek tu.pek,wa bagi lu rm5 lah ya.dia pun buat bodoh jugak.last skali,aku pon tekan ayat power yang selalu digunakan oleh abang dolah.terus apek tu carik tapak bawahnya,dan diberikan pada aku.
nah,inilah dia bekas yang aku maksudkan tu.bekas tisu MINUMLAH coca cola.walaupun haus,berbaloi lah hari tu berkat kesabaran di bulan puasa.so selamat menjamu selera,selamat berbuka puasa semua!enjoy!

2 comments:

  1. bro, sign coke besar pemeluk ni kat area pasar karat tu kan...dekat dengan patung itik besarrr punya...saya selalu tgk, geram je...tapi tak pernah tanya..bekas tisu tu sempoi ler..

    ReplyDelete
  2. ya betolll kat pasar karat tu.try la tanya.dia bagi ambik.tapi cuma larat ke tak aja..ha tissue case tu memang last stock.takde lagi hehe

    ReplyDelete