Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, April 26, 2011

Adiah Tawen 7...Last Kopek

Dari sehari ke sehari permintaan jemputan abg dolah ke terataknya aku delaykan.biasalah orang baru kawen BOB..kene pagar beb flat larkin!tak jumpa jalan keluar haha..so kelmarin malam,baru lah aku ada kesempatan edisi kunjung mengunjung untuk memperkenalkan kehadiran orang baru dalam family antik JB dan mengeratkan lagi tali persaudaraan..buah tangan dan hadiah juga bertukar tangan bak servis bertukar tangan lagak kata seorang pengulas sukan di kaca tv.yang itu aku tak perlulah ceritakan hadiah apa ya hehe..tapi hadiah yang satu ni aku kira layaklah untuk diletakkan di blog ku yang tak seberapa ni..

maka hadiah pertama yang berjaya dibawa pulang adalah berupa gelas bireleys yang masih belum ada dalam simpanan koleksi gelas aku.maka dengan ini makin bertambah lah gelas2 aku di dalam kabinet buruk tu hehe..gelas yang berlainan dari rekabentuk gelas "SUKA" yang mempamerkan tagline FOR HEALTH AND VITALITY dan mempunyai cetakan dakwat berwarna biru sahaja
dibahagian belakang,macam biasa lah tulisan cina..
berbeza dengan gelas yang terdahulu ini mempunyai cetakan dakwat berwarna biru dan oren dari temasek
di behagian pun macam biasalah...tulisan cina..
so gelas2 ni boleh lah digandingkan dengan botol bireleys yang masih berisi air original dan selalu di perli,ko ni nak kumpul air ke nak kumpul botol?hahaha..memang hobi kumpul botol..tapi kalau botol kaca yang berisi air original tu kira macam bonos lah jugak..so bagi aku,takde masalah..botol kosong ke,botol ada air ke,aku sapu..
botol ni kira masih berada dalam kondisi yang cun aku kira.makin hari rasa semakin susah nak cari botol bireleys ni...dah semakin ramai kolektor yang main sapu aja barangan berbentuk kaca ni.tak kira la botol ke,gelas ke,pinggan mangkok ke,lampu ke,eh macam2 lah,semua diorang kebas!
Kita beralih pulak pada hadiah yang kedua.iaitu barang yang sama jugak.gelas.tapi gelas ni didatangkan dari company watsons beverages yang dimarketkan oleh amoy canning corp.dan gelas ni hanya mempunyai design di bahagian depan sahaja.
bila dah ada gelas,tentulah ada botolnya.barulah serasi untuk digandingkan bersama dan cantik apabila di displaykan di dalam kabinet.
botol a.s watson co. ltd. beverages yang didatangkan dari ipoh dengan pertolongan abang zul botol larkin,akhirnya berjaya juga botol ni naik bas dan kembali pulang ke JB hehe walaupun iainya berasal dari kuala lumpur..air pun dah tinggal separuh.apa lah agaknya rasa air watson ni ek..ada sesiapa yang pernah rasa?
Sekalung tahniah diucapkan kepada abang dolah yang selama ni banyak memberi sokongan dan nasihat,walaupun gelaran Tuan Penasihat telah digugurkan atas sebab2 privacy hehe..tak apalah,yang penting perhubungan kekeluargaan sesama kita dapat dieratkan dari sehari ke sehari tanpa perasaan hasad dengki dan cemburu buta yang tak membawa keuntungan satu sen pun! apa pun,kita enjoy!

No comments:

Post a Comment