Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, April 13, 2011

Gong Xi Fa Cai!

Selamat Tahun Baru Cina! eh rasanya macam dah lama je lepas perayaan yang satu ni,tapi tak apalah,mungkin aku terlambat sikit untuk memosting barang2 coke tahun baru cina ni.tapi tak apalah,cuma untuk berkongsi info pada sesiapa yang terlepas barang2 coke yang mungkin boleh merugikan korang sendiri! almaklumlah barang2 yang semacam ni ada orang cakap koleksi yang merugikan!jadi pada sesiapa yang rasa benda ni berharga,pergi lah korek untuk mendapatkannya sebelum ianya berada di tangan penjual pinggan mangkok hayun dan menjualnya dengan harga yang tak pernah dibuat orang haha..sebelum ni aku pernah perasan di satu blog memaparkan standee cardboard coca cola & F&N yang diletakkan di pasaraya2.botol plastik 1.25liter pon rasanya dah ada orang posting kalau tak silap aku.so aku akan memosting barang yang rasanya belum ada sesiapa posting di blog.mungkin aku terlepas pandang,so kalau mana yang korang dah nampak,buat2 jelah tak nampak ya..bagi peluang pada orang yang belum nampak atau pun kolektor baru untuk memulakan koleksi mahupun melengkapkan koleksi bagi kolektor yang lama..

Macam biasa,barang yang begitu popular adalah tin can yang banyak dijual di kedai2 runcit atau kedai mamak.tin can ni rasanya masih boleh dicari di kedai2 lama yang belum masuk stok baru percutian ke world of coca cola USA
Pandangan sudut belakang tin can coca cola gong xi fa cai.kali ni rasa macam cun pulak tin can yang dikeluarkan oleh coca cola.selalu design macam asal boleh je..botol coca cola dikelilingi oleh gold coin.tapi kenapa ia bermotifkan botol coca cola?kenapa tak keluarkan botol kaca coca cola je?tang gambar pandai pulak ya ada botol.tapi tang production,tin can dgn pet bottle je hehe..tapi kenapa kat overseas masih ada lagi production botol kaca ni?hmm..
Poster ni pun macam biasalah,masih banyak terdapat kat dinding2 kedai runcit dan pasaraya.ada kolektor yang masih belum dapat poster ni?rasanya semua dah ada kot..
Calendar yang berbentuk panjang
Calendar yang pendek sikit.nampak macam takde beza,tapi cuba perhatikan dengan calendar kat atas.pelik juga kenapa coca cola keluarkan calendar yang tak jauh beza?
Dan yang terakhir,benda wajib sempena perayaan tahun baru cina,red packet atau angpow!
So pada sesiapa yang belum melengkapkan koleksi coca cola prosperity ni,cepat2 lah pegi korek ya.lepas tu kita enjoy!

3 comments:

  1. bro, ada nampak juga poster tu kat kedai runcit dan kedai makan Cina, tapi kebanyakannya dah faded (koyak sikit pun ada), lama sangat kena cahaya matahari kot. tapi yang kalendar tu sampai sekarang masih belum dapat dikesan...

    ReplyDelete
  2. Spallan-poster tu kat Jb masih berlambak..datang la sini.tak perlu mintak ijin tauke kedai tu..main koyak aja hehe..takde sapa pun kesah..yang kalendar tu,cuba2 la masuk dalam kilang coke atau F&N.mesti ada diorang tampal kat opes heheh

    ReplyDelete
  3. kena cuba juga teknik ni...hihihi

    ReplyDelete