Sebenarnya macam malas nak posting lagi..nanti disalahertikan pulak hehe..tapi diatas permintaan seorang rakan di Kota Tinggi Johor,maka hari ini aku posting lah barang2 yang kiranya kedua terakhir untuk topic hadiah kahwin ni..nampaknya Alhamdulillah rejeki makin ramai pula yang bagi hadiah kahwin untuk diposting di blog ini..hehe so kali ni ada lah seorang Hamba Allah yang aku tak perlu disebutkan namanya dengan mulia hati memberikan beberapa keping duit syilling kepada aku.walaupun aku bukannya pengkolek coin atau banknotes,takkan lah nak menolak pemberian orang?dan aku bukanlah arif sangat tentang coin ni.maka kita layan aja pemberian hamba Allah ni yang dia rasa ada orang yang lebih layak menyimpan koleksi dia ini lebih dari diri dia sendiri
Yang pertama adalah coin Tun Abdul Razak yang berlatarbelakangkan bendera2 negeri di Malaysia
Bernilai Satu Ringgit,duit ini adalah sempena rancangan Malaysia Ketiga pada tahun 1976-1980
Coin yang kedua adalah bergambarkan bangunan Parlimen sama dengan duit2 syiling yang biasa kita tengok dalam pasaran
Tapi di bahagian belakang adalah bernilai Satu Ringgit pada tahun 1971..besar jugak duit rm1 ni kalau masuk dalam poket
Coin ketiga berlatarbelakangkan torehan pokok getah dan globe
Di belakangnya adalah coin sempena seratus tahun getah asli malaysia 1877-1977
Yang ini rasanya semua dah banyak kali nampak..
1968 singapore 1dollar
Coin yang kelima adalah sempena Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Bapa Malaysia 1971
Yang bernilai Lima Ringgit
Dan yang terakhir adalah coin dewan bandaraya kuala lumpur atau DBKL
Sempena Penganugerahan Taraf Bandaraya pada tahun 1972 bernilai Seringgit
aku memang tak reti dan tak tau nak menilai coin atau banknotes,harap para blogger yang arif tentang coin ni berhak menilai sama ada coin2 tersebut mempunyai nilai jika dijual balik.harap orang Kota Tinggi berpuas hati dengan posting yang tak seberapa ni ya.dan terima kasih diucapkan kepada hamba Allah yang telah memberikan coin2 ini.dengan pesanan,kalau ada kertas2 A4 yang tak pakai kat rumah tu,bagi lah saya ya hehe..kita enjoy!
Tuesday, April 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment