Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, July 26, 2010

Giant Poster Tanda Perniagaan Berdaftar

ada cerita menarik tentang poster yang aku dapat ni.begini,mulanya si chentapepsi minum pagi kat area bandar JB.memang di tengah2 bandar.dia inform aku dia ada nampak satu poster coke.dia kata besar.tapi tak berapa ingat design apa.tapi yang pasti,ia adalah coke.so aku pon membuat perjanjian setan dengan chentapepsi,ko tolong dapatkan poster coke tu,aku akan bagi ko rak pepsi yang buat letak pet botle 1.5liter tu.made in USA.original.tapi entah berapa lama,si chentapepsi ni pegi masuk U,maka senyaplah perjanjian kami.entah apa nasib aku haritu,niat di hati nak pegi HSBC,nak tutup credit card aku.dan restoran ni terletak betul2 depan bank tersebut.dan haritu pon jumaat.lepas setel urusan aku,terasa lapar pulak.so singgah la makan di restoran setan ni.sekali lauk dah habis.tinggal lauk ikan masak kicap je.ah,perut dah lapar,bedal ajelah.so aku duduk la kat 1 sudut tu.dalam hati kat mana lah si chenta ni cakapkan aritu ada poster tu.masa dah duduk,aku nak cuci tangan,sekali terpandang atas sinki tu punyalah besar poster coke ni.aku terus ambil pinggan dan alih tempat duduk.betul2 mengadap poster ni.apalagi,terus panggil waiter suruh panggil bos dia.bos dia pun datang,tanya lah aku nak beli poster ni,berapa nak jual?hang nak,hang amik free aja.benda ni dah lama.nak buang pun.tapi aku nak frame bawah dia tu,sila jaga kebersihan.ok lah bang aku cakap,saya cuma nak poster yang besar ni aja.lepas makan,amik kereta,park betul2 depan kedai,dengan pantas aku panjat turunkan poster ni.berapa bang?rm3.50 je buat bayar nasi dengan ikan tu..dan aku pun pulang denga hati yang tersenyum sebab aku memang tak pernah nampak poster coke sebesar ni.mengikut sumber abang kedai tadi,benda ni dikeluarkan dalam akhir 90an dalam 1995-1997.dan inilah posternya..

apabila digantugkan kat rumah,ternyata ia memang besar,kalau dicomparekan dengan giant poster2 yang lain.bapak punya giant!

oleh sebab aku pergi amik sendiri poster coke ni,maka perjanjian terbatal,dan rack pepsi aku tak dapatlah nak diberi pada chentapepsi..tapi aku terus sms chentapepsi tanya ko ada rm3.50 tak?aku bagi poster kalendar pepsi 2008 dan jual kat dia dengan harga yang cukup murah tanpa perlu panjat kopek poster tersebut hehe..cukuplah untuk upah aku panjat pakai tin biskot dan buat ibu duit makan nasi dengan ikan kicap rm3.50 tadi..tapi kalo ko nak rack pepsi tu bob,cari lah barang coke yang boleh di trade dengan aku ya hehe

2 comments:

  1. alahai bob...kenapalah ko ingkar pada perjanjian setan ni,hahaha.

    ReplyDelete
  2. tula..len kali,kena tepati dengan perjanjian setan ni..barulah boleh membawa diri terjerumus ke lembah jahannam wakakaka

    ReplyDelete