Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, August 30, 2010

Sesi Korek Botol Di Temasek

di bulan puasa ni,aktiviti luaran sesi korek mengorek di JB agak kurang dijalankan memandangkan partner aku abg dolah membuat ubah elok rumahnya maka aktiviti bersamanya agak kurang sedikit.mungkin bulan puasa ni tak larat agaknya hehe..jadi aku pun membuat planning sendiri untuk mengorek botol di temasek.buat masa sekarang ni aku taklah aktif sangat mengumpul botol.cuma kalau ada,aku sapu.itu aja..perjalanan aku start di sebuah kedai menjual barang2 bola.dan ada terselit 1-2 barang coca cola juga.diantaranya adalah

set tin can yang sudah diawet haha..ada coke biasa dan diet coke.mengikut kata ownernya,dia dah simpan benda ni lebih dari 10 tahun.mungkin ya mungkin tidak.so dengar ajalah.harganya pon tengok lah sendiri.$180 each.kalau diconvert ke duit malaya,lebih kurang rm420.ada ke orang nak beli?so pergi lah ke bahagian lain pula..dan mata aku ternampak 1 benda yang tersergam indah

signage neon light coca cola! tapi malangnya,kedai ni tutup..so tak dapat lah aku bertanyakan harganya..tapi rasa mcm for display only ni..suis dia sume complete.tinggal nak tebuk lubang ke dinding pastu gantung luar rumah aja..hehe
so perjalanan diteruskan lagi ke lokasi berlainan.kali ni ke flea market.sesampainya kat situ,ada 1 booth ni.yang jaga amoi polak tu.pakai tanktop lowcut polak..aduii mencabar keimanan betul la..kalo tak caya,tanya si blurguyz79,memang belanja aritu haha..sampai aku pon naik segan nak berbual berpandangan mata dengan amoi tu.nanti dia ingat aku tengok aset dia pulak.so bila berbual tu,mata aku pandang ke lain.lepas tu,barang yang aku tanya,jauh pulak si amoi tu nak menggapai.so terbongkok2 la dia mengambil botol2 tersebut haha..tak banyak yang aku beli sebab BG79 dah sapu semuanya.so ada la tinggal 1 botol yang ini



botol fanta soda water yang masih berisi air berasal dari indon.di malaysia aku tak pernah nampak pula flavour ni.atau mungkin aku terlepas pandang.botolnya masih cantik 95%.dan masih terdapat tanda harga Rp.800.mengikut kata amoi yang menjual botol2 ni,ini adalah barang laki dia.so bila laki dia takde kat rumah,dia mengambil peluang menjual botol2 yang menyemak kat rumah dia haha..kesian..aku macam nak ambil gambar amoi tu,tapi aku try next time lah kalau dia pakai sexy2 lagi haha..so perjalanan diteruskan lagi ke sebuah kedai.korek punya korek,terjumpa lah aku pada botol ni..


f&n ginger ale! mungkin botol yang lengkap ada air dan label yang cantik mungkin terdapat di tangan kolektor semua.tapi bagi aku,dapat botol sebegini pun dah kira ok lah untuk menambah koleksi.sebab koleksi aku pun bukan tertumpu pada botol sangat.kira boleh la menempatkan ruang yang kosong di rak aku tu..tentang harganya pula,tersangat lah murah kalau berbanding dia malaya ni yang mencecah 3 kali ganda harganya.tapi bergantung pada tempat juga..ada juga yang menjual dengan harga $35sing.bergantung pada nasib jugak kalau korek botol ni.tapi botol yang aku dapat ni,kira macam macam makan McValue meal kat malaya lah seadanya..perjalanan diteruskan lagi kat sebuah kedai menjual barang2 antik.boleh tahan juga harganya.bagi kolektor yang muda macam aku ni,hanya mampu lihat saja koleksi dan kadang meleleh juga air liur tengok barang2 danharga2 yang dijual.dalam pada mata melilau macam penyamun,terpandang lah aku pada 1 botol ni..



botol f&n emboss singa berdiri.yang condition nya aku rasa memang cun.berkilat.tak banyak calar.itu pandangan aku la.mungkin kalian memiliki botol yang lagi cun siap ada air ye tak?botol yang aku dapat ni warnanya macam grey sedikit.berbanding dengan botol yang aku dapat sebelum ni kaler kehijauan2 sedikit.nanti aku balik kampung try bandingkan kalernya.kalau tak sama,baguslah..so perjalanan diteruskan lagi ke kedai area situ jugak dan pengkorekan diteruskan lagi untuk menggeledah apa botol yang si peniaga ni sorokkan.dan akhirnya terjumpa lah botol yang ini..




botol coke emboss TRADEMARK kaler hijau.so far yang ada dalam simpanan aku cuma sg40 clear.gambar yang di bawah sekali tu adalah perbandingan dengan botol sg40 clear.cuma sg40 aqua je belum ada rejeki untuk memilikinya hehe..BG79 dah lama kepingin dengan sg40 aqua ni.cuma belum berkesempatan jugak macam aku..takpe bro,pelan2 kita cari.mesti ada punya..bak nasihat cikgu kamil,jangan gopoh..mesti 1 hari akan dapat punya.kena belajar tahan napas kalau nak menyelam sungai tu haha..so pencarian hari tu ditamatkan dengan penemuan botol emboss coke TRADEMARK ni..berbaloi lah juga berpuasa pada haritu..mungkin rejeki yang diberikan tuhan agaknya..walaupun tak seberapa,aku rasa bersyukur sangat dengan penemuan hari ni.boleh la kiranya mengisi ruang kosong di rak display aku pada hari raya ni.ada satu ayat BG79 cakap kat aku."kata kau dah stop main botol,tapi jumpa botol,ko sapu jugak!hampeh betul!" alamak..terasa jugak bila BG79 mensound aku sebegitu rupa haha..apa boleh buat,dah minat botol!enjoy!

3 comments:

  1. bro,itu sound ikhlas punya dr seorang kawan,bukan menyindir atau mengampu atau memuji yg nyata x ikhlas dihati.yg penting kita enjoy!

    ReplyDelete
  2. Bro , cun lah botol f&n tu.., syabas!

    ReplyDelete
  3. BG79,ada masa nanti kita korek n habiskan botol2 kat temasek tu! haha jangan tinggalkan 1 pon!

    iaryyl,itu pon nasib jumpa yang cun.selalu jumpa yang kusan atau retak.so tak boleh tunggu lagi.sambar!

    ReplyDelete