minggu lepas sewaktu aku melepak di rumah haji rahmat popia ss ali,ada lah 2 orang ni berkunjung ke rumah ali popia yang aku tidak pernah berjumpa sebelum ni.seorang bernama zizi dan seorang lagi amir.mereka berdua ni memang hardcore tentang basikal2 antik yang aku memang kurang pengetahuan dan kurang berminat untuk bermain basikal.almaklumlah,beza orang,beza minatnya.tetapi dengar2 jugak lah mereka berbual tentang basikal ni.cedok sikit ilmu pasal basikal yang aku memang cetek.so tau lah jugak sikit2 tentang basikal ni.si amir ni pulak pernah sms aku nak beli signboard rokok yang aku jual kat lamanweb lelong.tapi tak berkesampaian pula untuk kami berjual beli.entah kenapa sebabnya,aku pun tak tau.jadi baru kali ni lah aku berkesempatan berjumpa dengan amir ni.jadi dibukak cerita tentang signboard ni lah.sebab dia tau aku memang berminat dengan signboard.terdapt seorang apek di kedai basikal area johor bahru ni yang masih menyimpan enamel basikal jenama RUDGE.dan kondisinya masih cemerlang.selepas diberitahu lokasinya,esok aku dengan pantas bergegas ke tempat kejadian untuk melihat enamel ni.
dan ini lah enamel yang dikatakan.terus aku mengeluarkan kamera untuk mengsnap suatu pemandangan yang sangat indah yang dah lama aku tak alami.so rilek la kejap berbual dengan apek kedai basikal ni.mengikut katanya,kedai ni adalah kepunyaan ayahnya yang dah lama mati.dan dia tidak berniat untuk menjual enamel ini.ada juga tin2 sign yang dijual.dan Jack salah sorang yang membawa keluar sign2 tin tu.dan ada lah beberapa orang yang berjaya mendapatkannya.dan aku pun membuka lah mulut untuk membeli enamel ini.tapi ayat punya ayat,akhirnya akur untuk menjual enamel ni.tapi harganya,hahaha memang tak masuk dek akal..memang beza jauh dengan harga yang diberitahu oleh amir semalam.so aku pun simpan aja duit yang baru aja aku nak keluarkan sebentar tadi.apek tu kata dia dah tengok kat internet berapa harga market untuk enamel semacam ni haha..rupa2 nya apek ni dah celik I.T..so tak boleh nak buat apa lah..aku pun berlalu pergi..
Wednesday, December 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment