Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, December 20, 2010

Coke Hijau

minggu yang lepas,ada seorang teman aku dari kota tinggi, johor datang ke JB dan memberikan sebiji botol lagi untuk memenuhkan ruangan lantai rumah aku yang kosong hehe..nak letak kat rak,macam dah penuh.nak humban ke sungai,macam sayang pulak hehe..botol yang aku dapat kali ni ada lah botol coca cola yang bukan hijau trademark,tapi berbotol kaca pure hijau pekat.macam kaca 7up atau kickapoo.
dikeluarkan pada tahun 1996,tinggi botol ini adalah lebih tinggi sedikit dari botol malaysia yang 285ml itu.berkemungkinan besar botol ini berisi 300ml.kondisi nya amatlah cemerlang,cuma tidak full bottle.dah orang togak agaknya.tapi bak kata dato' chua,lu mahu collect botol ka,lu mau collect air?haha..pendapat masing2 ye tak.rasanya botol ni baru keluar kilang,dalam 99%.masih berkilat dan hampir tiada calar langsung.
dibahagian belakang pula,tertera tulisan siam yang membawa maksud coke jugak.dan di negara siam ni jugak masih banyak terdapat botol2 kaca dan fat bottle yang masih digunakan sampai sekarang.dan kalau anda ingat masa dulu2,rasa air coke di dalam can,berbeza dengan air coke yang dijual dalam botol ni.butiran2 gas di dalam air botol ni macam besar2 bubble dia,berbeza dengan gas di dalam can yang halus.bak kata orang,kalau tengah haus tu,singgah kedai runcit,mintak coke botol 50sen,dengan opener disediakan di tepi peti sejuk tu,fuhhh memang mantap la masa tu aku balik sekolah singgah kedai mamak beli air botol ni huhuhu..tapi dari pemerhatian aku,jarang coca cola mengeluarkan botol kaca berwarna hijau semacam ni.mungkin tidak mencerminkan keperibadian color trademark coca cola itu sendiri.dia kena merah putih jugak kan?bak color pojaan tuan penasihat kita haha..enjoy!

p/s: blurguyz79,sorry,botol ni ada sebijik aja heheh

2 comments: