Pada hari sabtu malam ahad bertarikh 12/12/2010,perjalanan kami para kolektor dari perak dan johor meneruskan perjalanan pada malam itu jugak ataupun boleh aku katakan pagi sebab jam telah menunjukkan pukul 1 lebih pagi.kami tersesat juga jalan untuk menuju ke rumah yang satu ni.berpusing2 dalam taman tersebut.yang juga menjadi taman rumah kediaman hj zul yang kami lawat tempohari.akhirnya tuan rumah datang menjemput kami dengan speda tuanya yang aku pun tak tahu dari jenis dan brand apa.saiz 20 ke 28 ke,memang aku kurang ilmu tentang speda tua ni.dan tuan rumah membawa kami ke terataknya yang bagi aku gerek jugak.sebab di dalam deretan rumah teres batu,rumah dia sorang jek rumah kayu haha..tapi sebab malam yang gelap.aku tak boleh nak snap gambar depan rumah dia.selepas memperkenalkan diri sebagai Cikgu Ali Pontian,aku terus terpandang pada 1 enamel ni yang aku rasa memang menjadi kontroversi 1 Malaya hehe..dan aku rasa tak perlu lah aku nak ceritakan disebalik enamel ni sebab nak menjaga hati pelbagai pihak.kang tersalah cakap,ada orang naik angin dan membalun aku bukan2..so biarlah aku hanya memaparkan gambar2 yang aku sempat snap di rumah cikgu ali ni.
dan untuk tatapan para blogger yang setia,dibawah ini adalah enamel yang cukup kontroversi sehingga membuatkan boleh makan panadol berpapan-papan haha enjoy!
enamel PETROMAX yang tergantung di tempat yang tinggi di bahagian hadapan ruang tempat melepak rumah cikgu ali.dan dengan pantas aku meminta kebenaran cikgu ali untuk menurunkan enamel tersebut.dan dengan pantas juga cikgu ali dengan bermurah hati menurunkan enamel tersebut
dan upacara penyerahan enamel petromax a.k.a panadol papan dirasmikan.disebabkan aura kontroversi enamel petromax ini begitu hebat,yang tukang mengambil gambar pun menggigil kepala lutut menyebabkan gambar tidak berapa terang dan jelas haha..shaking la bang lop!baru nak mengepose dengan enamel panadol papan neh huhu
dan kepada pencintapepsihinggakiok,ini adalah tatapan untuk kamu yang ketinggalan untuk bersama2 kami dalam sesi lawat melawat 2 ni hehe..bikin line panas lagi! tray ni ko mesti dah ada kan bob?
button coca cola yang saiznya memang besar giler...meleleh jugak tengok button ni
enamel raleigh yang masih boleh didapati di kedai2 beskal lama kalau pandai korek..
enamel cembung mesin jahit excella
button bottle cap pepsi cola..bob,ko pun mesti dah ada button ni kan?harap ko dah beli monitor baru untuk pc ko tu bob..aritu monitor pc ko pecah sebab ko tumbuk monitor tu kan bila panas tengok barang2 pepsi ni kan?kan?haha..
enamel thermometer mentol phillip.unik jugak enamel ni sebab ada mentol kat bawah tu
ha kali ni coca cola vs. pepsi..ko teka sapa yang menang bob?hahaha ketawa lagi sekali
enamel2 dan thermometer tonic bayer
double sided rc cola sign minum-lah
ha yang ni memang menjadi favourite aku..dah merisik pun dengan cikgu ali hehe..tapi apakan daya,cuma ada sekeping dan yang ni adalah last piece..poster rokok craven.dan yang membuat aku berminat dengan poster ni adalah ia ditulis dalam bahasa melayu yang agak unik bahasanya..kalau cikgu ali rasa2 nak servis bertukar tangan,memang berdulang2 tray f&n saya tadahkan haha..
tin sign yang agak besar dari pepsi cola yang aku pernah memosting dalam ruangan for sale tempohari.tapi keadaannya adalah merupakan emas 24karat..cantik jugak kalau di refurbish balik ni
poster2 sinalco bersaiz kecil dan besar
dan yang terakhir,bagi line panas lagi,jam dinding pepsi khas untuk tatapan orang kampung pandan johor bahru yang badan dia berisi2 sikit bawak scooter vs125 tu hehehe
mata dah mengantuk,para kolektor dari perak dah mengantuk katil hotel dah memanggil2 tapi zul botol larkin dan lop masih gah dengan hidangan envelope2 lama yang dihidangkan oleh cikgu ali pada sesi perpisahan malam itu
dan dengan ini sesi lawat melawat 2 berakhir pada jam 3.30 pagi dan malam itu kami merasa berbesar hati kerana dapat melawat rumah cikgu ali dan kami akan kembali di lain kesempatan,sebab ada banyak lagi barang yang tak sempat kami korek kat rumah cikgu ali hehe..dan terima kasih juga kepada Lop yang sudi menjemput kami para kolektor Johor untuk sesi lawat melawat kali ini.enjoy!
Tuesday, December 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment