Salam buat para blogger yang setia mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni.mohon maaf jika buat kalian tertunggu2 dengan posting yang terbaru.biasalah di hujung2 tahun ni.ada banyak exam yang perlu di attend.ada banyak report audit yang perlu diselesaikan.aku dan abang dolah hampir tak menajalankan sesi korek mengorek lagi.bagi aku mungkin tiada aral,tapi bagi abang dolah yang berkeluarga,dengan hujung tahun yang banyak kenduri kawhwin,mana anak nak sekolah,jadi niat kami sering tak berkesampaian,walaupun barang2 sudah memanggil2 bila nak datang angkut sahaja.
pada hari sabtu yang lepas iaitu 11/12/2010, zul botol larkin menelefon aku untuk turut serta di dalam sesi lawat melawat ke rumah kolektor di Pontian Johor anjuran kolektor Perak iaitu Lop,Mior,Faizal dan Fadil.wakil kami dari Johor terdiri dari peniaga2 pasar karat Jb iaitu Mi,Adan serata Gopren nya.Manakala wakil kolektor botol terdiri dari Zul Botol Larkin dan wakil coca cola dari diri aku sendiri.Tuan Penasihat abang dolah tidak dapat turut serta sebab menghadiri kenduri pada malam itu.dan para angkatan coca cola dari selatan iaitu Amer Pandan dan Brad Pitt juga tidak dapat turut serta kerana mereka ada side projek baek pada malam itu.maka aku dan zul botol berdua 1kereta dan Mi serta Adan 1kereta menuju ke pontian untuk bersaing dengan kolektor perak untuk menuju ke rumah Haji Zul Pontian.
setibanya kami disana,kami disambut mesra oleh tuan rumah iaitu hj zul yang juga telah menyediakan juadah hari raya iaitu ketupat rendang serta sate.memang tak dapat dinafikan kami yang kekosongan perut ni,menikmati hidangan yang pada aku memang sedap sekali.bertambah2 lop dengan ayam kampung tu ya haha..
jadi selepas kenyang perut,sukehati lah kami semua bersembagn sambil mengambil gambar untuk dipaparkan kepada para blogger sekalian.enjoy!
dimulakan dengan bikin line panas yang dah lama aku tak bikin line panas,poster khas Pepsi michael jackson lewat 1980's untuk tatapan kepada sesiapa yang mencintai pepsi hingga hari kiamat hahah
disusuli dengan signboard2 yang menjadi topic perbualan yang hangat dan kontrovesi dari para blogger2 yang tidak berpuas hati dengan art on metal.tapi bagi aku,itu hak peribadi masing2.duit masing2,hak masing2,bukannya orang tu menipu jual benda ni.bagi aku benda ni simple,kalau nak,beli.tanak,tak payah la beli.dan tak perlu nak mengutuk atau membalun.korang yang bijak pandai ni yang merasa tertipu apa pasal?ataupun mungkin pernah ditipu?haha kasihan...
raleigh
green spot besar punya!
kasut sekolah fung keong
rokok tembak beserta keretapi menuju ke teluk anson,tau takpe hehehe
tapi kadang aku tengok ada juga tarikan terhadap signboard2 ni.boleh tahan jugak si apek tua ni melukis.aku yang ambil jurusan art n design pon tak boleh lukis macam ni.ada 2 sign yang menarik hati aku iaitu:
rokok Masjid Negara
dan Sinalco
p/s:bang,button jam coke kat atas sign sinalco ni,kata dah janji nak jual..tapi dah kat tangan orang lain pulak hehe..
kasik bakar line lagi sekali! sekali pandang macam botol pepsi cola,tapi 2 kali pandang,rupanya radio pepsi scale 1:1 yang boleh membuatkan pencinta wanita,eh silap.pencinta pepsi sampai kiamat tergelak membaca posting ku ini hahaha
so perjalanan mengambil gambar diteruskan lagi dengan sign2 yang tidak kurang hebatnya
sign rc cola dan kickapoo yang selalu aku nampak di blog nasi goreng
enamel yang macam pernah juga aku nampak kat kedai basikal haritu hehe
enamel yang si faizal cerita ada sorang ni nak jual.dia cakap sign ni very very rare.sekali bawak keluar,ha rupanya sportsman cigarettes haha
players tin sign.jenama yang mengundang kontroversi haha..abang dolah dah ada yang ni?
enamel shell distributor yang mengandungi pelbagai bahasa.enamel yang semacam ni memang kawan aku david henley suka.tapi tak berkesempatan pulak nak bawak dia ke rumah hj zul.mungkin lain kali ya david!
button2 coke yang letaknya di pejabat hj zul
button coke lagi
tepat pukul 12 tengah malam,terdapat upacara penyampaian cenderahati daripada kolektor2 perak kepada hj zul sempena kesudian hj zul menerima kedatangan para kolektor dari perak dan mengeratkan silaturrahim di antara kolektor johor dan perak
kelihatan muka2 yang ceria walaupun masing2 penat berjalan dari pagi sampai ke malam
hadiah sumbangan merupakan frame gambar perkahwinan diraja Tengku Mahkota Johor dan Raja Zarith Sofia yang merupakan Sultan Johor dan Permaisurinya pada masa sekarang.bagaimana di dalam gambar tersebut,menggambarkan terjalinnya silaturrahin diantara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Perak,begitu juga simboliknya hadiah frame ini.enjoy!
Thursday, December 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam kenal aja..hehe coz aku orang Pontian gak. 24hb ni aku balik...Zal boleh la aku jumpa ko. Sorry barang ko tu aku tak ambik2 lagik. Simpan dulu la yerr..sorry sangat2
ReplyDeleterugi aku tak join haritu...kalau tak pasti best!
ReplyDeleteala...boleh lah..bab2 ni aku xdijemput...aku jalan slalu sorunk2...kcian kt aku...xpe2...yelah...aku dianak tirikan dlm bab2 cri brg ni....xpe...xpe...sedih seh..
ReplyDeletemmg best signboard rough rider tu .. tau x apa.
ReplyDeletebang zul TR,barang tu macam ada lagi rasanya hehe..kalo takde orang curik la..kawan try simpankan yerr hehe
ReplyDeletePak Haji,kena tunggu la next session ya
Bob Pepsi,bukan tanak ajak,abistu awak cakap kalo ujung minggu tu awak bersama mrs pepsi,so kitorang dah paham la..tu yang tak ajak.sebab bila diajak,awak cakap tanak,lagi kawan frust taww...
Jakionline,rough rider tu kena beri credit pada ownernya hehe tau xpe
PERRRGGHHHHH BEZZZZZZZZNYEWWWWW
ReplyDelete