Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, April 11, 2011

Adiah Tawen 4..Jeleslah Tuuu..

Semalam,aku,wife serta parents bersiar2 ke Muar pekena mee bandung yang femes dan juga sempena memperkenalkan menantu,pergi la ke rumah Makcik aku sorang ni yang dah bertahun jugak kematian suami.terletak di sebuah taman perumahan di muar.Dalam sebok parents aku berbual dengan makcik aku tu,aku pun apalagi,menggeledah lemari display yang selama ni aku hanya pandang saja.tapi tak berani nak usik.jadi,sempena anak2 dia takde kat rumah,inilah peluang keemasan aku untuk menggeledah lemari pinggan mangkuk dia muekekeke!

Dan dari jauh aku dah nampak kelibat porcelain putih kuning ni.dan tersembul lah logo merah yang menarik pandangan mata aku.niat di hati nak mencari gelas2 merdeka! tapi jumpa pula sugar pot Dumex ni!
Satu persatu benda ni muncul.macam meraikan kunjungan aku pula haha..lepas jumpa Sugar pot,maka terkeluar pula kembar tak seirasnya iaitu creamer pot dumex!
Korek punya korek,maka teko gumuk dumex pon menampakkan dirinya yang memang menjadikan hari semalam adalah hari aku kira murah rejeki jugak lah..
Sebenarnya ini bukanlah target utama pencarian aku,tapi disebabkan rotan tak ada,maka akar pon jadi lah haha..dan aku bukanlah pengkolek pinggan mangkuk lama.jauh sekali barangan dumex ni! tapi disebabkan makcik aku kata,"kalau ko nak,ambik lah!" so,takkan lah nak tolak pemberian orang ye tak?dan walaupun barangan dumex ni diantara barang dumex yang TAK rare,dan aku rasa benda ni paling banyak aku nampak kat rumah kolektor,dan ada yang menganggap set teko ni adalah paling cikai diantara yang tercikai,tapi bagi aku,ia cukup bernilai.dan boleh dipakai hari2 ataupun bolehlah orang rumah aku menggunakannya untuk menjamu kopi 'O' bagi tetamu yang berkunjung ke rumah aku nanti.bagi aku,barang yang berharga rm20-30 ni kalau tak digunakan,macam sayang pulak.bagi sesiapa yang merasakan posting aku ni irritating ataupun tak pernah dibuat orang,nasihat aku,jangan lah dipertikaikan hak aku untuk menyuarakan pendapat aku kat blog aku sendiri.dan korang pun ada hak untuk menyuarakan pendapat korang di blog korang sendiri.kalau rasa tak puas hati,buat blog sendiri,ha luahkan la apa yang nak diluahkan.ataupun kalau dah tak tahan sangat,komen aja di ruangan komen blog aku ni.jangan takut,aku takkan saman korang kat court..hahaha
Yang penting,kita enjoy!

5 comments:

  1. bro,harap makcik memberi dengan seIKHLAS hati...sebab bukan apa ada barang yang kita beli pun yang dah jadi hak mutlak kita,tapi masih ada segelintir yang suka mengUNGKIT itu barang.lepas ni aku nak kontrol macho pula...tak mainlah jeles2 ni.

    ReplyDelete
  2. steady bro..kalo org lain x suka baca adiah tawen ko,aku suka...ape yang penting,kita enjoi..

    ReplyDelete
  3. blurguyz79-pedihnya hati aku bace kenyataan ko ni haha..macam kena panah petir beb remuk redam sadis hancur berkicai mcm gelas F&N Coronation jatuh terhempas ke lantai! hahaha siapa yang makan mangga,dialah yang terasa lemak2 masam manis hehehe tak macho lah beb ataupun lebih tepat,bukan anak jantan lah ko ni dah jual barang,pastu nak mengungkit pulak..bukan aku curik barang ko tu!aku bayar beb!dengan duit aku!ko takde hak nak pertikaikan.setan ko blurguyz79 muekekeke!

    ReplyDelete
  4. Abaj-itulah,aku pelik betul lah.asal aku posting,ada je yang tak kena.macam bersalah sangat aku ni kumpul barang2 collectibles ni.dah cukup bagus tu,duit hasil jualan barang yang aku beli tu pernah diberi makan anak bini.ni nak cakap pasal orang lain kawen plak.lu punya nasib lu makan.wa punya nasib wa makan.apa salah ka makan sama2?

    ReplyDelete
  5. apala Bro, rileklah, yang penting kita enjoy! enjoy denga apa yang kita ada dan share untuk pengetahuan bersama, sambil tu boleh buat duit juga... he he he!, teruskan usaha!

    ReplyDelete