Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, July 5, 2010

PERINGATAN

salam 1Malaysia kepada semua pelayar blog.diharap anda dan keluarga berada dalam keadaan sejahtera hendaknya.telah 2 minggu blog ini membeku.maaf bagi semua blogger sebab aku menghilangkan diri buat seketika..almaklumlah keja siang malam,kadang takde masa nak update blog.cari barang sana sini,wa ampu sana wa ampu sini haha..melayan para runner,masuk singapore cari barang,sampaikan nak jumpa para kolektor jb pon dah takde masa.kerja luar lagi,dengan selection bowling johor lagi.lepas ni ada selection untuk MAKSAK lagi..bagi aku 24 jam ni memang tak cukup.kalau boleh nak tambah 1 jam extra untuk masa tido haha jadi 1 hari 25 jam.
dalam mencari barang2 untuk dijual atau pun koleksi sendiri,ada juga la beberapa item yang terjual dan kadang tak sempat nak update SOLD.maaf ya para blogger.dan dalam menjual barang2 ni,ada 1 cerita menarik tentang seorang buyer ni.tak perlu lah aku sebutkan namanya.nanti membuka aibnya pulak.dia ni pernah sekali membeli gelas dari aku.masa yang pertama tu ok lah.takde masalah.masa yang kali kedua ni.dia ada beli 2 gelas dari aku.1 berharga rm15 dan lagi 1 rm35.jadi total adalah rm50.diminta kurang.so aku pun bagi lah kurang rm47 siap pos.dan dia bank in rm50 dan dia minta aku selitkan baki rm3.tapi aku cakap lebih baik aku bagi dia free gift yang berharga rm8.kira dia tak rugi apa2 lah.malah untung lagi.lepas tu dia kata nak suruh aku poslaju.aku pun tak kesah.lepas dah pack barang tu,aku check la harga untuk poslaju.lebih kurang rm9 gitu.dan aku suruh la dia tambah rm9 untuk poslaju.nak tau apa dia reply? BRO TAK BOLEH TAMBAHKAN KE? hahaha..macam kelakar pun ada jugak.padahal aku baca tu panas hati.tapi nak buat macamana.lain orang,lain ragamnya.aku pun tak lah terus melenting.dan aku cakap baik2 dgn dia.biasanya,aku pos domestik aja.kalau special request by customer untuk poslaju,buyer yang akan tanggung sendiri.dia pon setuju.dia kata dia akan bank in rm10 petang atau malam.dan aku akan transfer baki ke akaun dia.tapi sampai la ni,aku masih belum terima duit extra rm9 untuk poslaju barang tersebut.mungkin barang tu tak sampai lagi kot..haha tapi biasanya poslaju sampai pada keesokan harinya.betul tak che mat?mungkin che mat boleh tolong saya check kan tracking number ni EN 308495115 MY sama ada barang ni dah sampai belum.kalau belum sampai,mungkin aku tak salahkan pembeli tu.tapi tak apalah.aku pelik la ada segelintir pembeli ni tak tau nilai barang tersebut.aku dapat gelas2 tu pun beli jugak.jadi untungnya tak seberapa.kadang selepas tolak kos,takde untung langsung! penat lagi adalah..dengan masanya lagi.betul tak blurguyz79?tapi kadangkala,walaupon kami ni sebagai penjual,rugi sedikit tak apa,tapi niat di hati yang ikhlas nak share barang2 koleksi ni pada semua.asalkan semua dapat merasa memiliki barang tersebut.sebab kita semua memang ada minat yang sama.janji dapat merapatkan hubungan para kolektor di malaya ni.sebagai contoh ada seorang kolektor baru kat jb ni nama amer.banyak juga barang yang dia beli kat aku.kadang barang tu ada mahal sikit dari harga pasar karat JB,tapi dia ada usaha untuk mengumpul duit,dan booked barang tersebut.sampai masa cukup duit,dia bayar dan aku bagi barang.dengan cara macam tu lagi aku puji.daripada hanya beberapa RM,kau nak barang cepat sampai,tapi taknak bayar.apa cerita ni?aku pun malas nak bertanya pada si polan tu dah bank in belum.biarlah,lepas ni minta maaf banyak2.aku tak akan berurusan dengan orang yang macam ni.
ada lagi 1 cerita menarik semasa ketidakupdatetan blog aku ni.aku ada order satu poster berframe dengan cik mat sidin kita di eisantique.com.bila sampai barang kat tangan aku,kaca tu dah pecah berderai.hanya tinggal bingkai dengan poster sahaja.dan majalah yang aku pesan tu di salah selit.hehe..dan aku memang respek dengan cik mat sidin kita ni.dia sanggup untuk membayar ganti rugi cermin yang pecah tersebut.dan membayar balik harga majalah yang aku pulang balik kat dia.itu macam baru lah meniaga namanya!
disini ada 2 cerita yang bagus untuk dijadikan iktibar.jadi anda para blogger pilih lah jalan mana yang boleh menjadikan kita ni seorang kolektor yang tersohor heheh

4 comments:

  1. POSLAJU TUAN-TUAN BOLEH TRACK SENDIRI KAT WEBSITE DI SINI http://202.185.150.100/emstrack/

    ReplyDelete
  2. Hehe...sian ko. Alah sebagai penjual memang kita selalu terkena. Biasa la tu, aku kengkadang malas nak layan. Afzarizal, barang den tu ko simpan dulu la yer. Aku tongah MC lagi ni kena slip disc sejak 13/7. Nak gerak pun susah. Tapi kalo ko dtg KL bulan 8 ni, bagitau aku. Nanti aku collect itu barang boleh COD terus. Apa2 calling2 la yer

    ReplyDelete
  3. ok cek zul.no prob.barang dah deposit pon.memang tak jual kat sesapa.insyaAllah saya turun amcorp.tapi tak janji..tengok pada bajet hehe

    ReplyDelete