"Keep It Until Hard To Find"
Sunday, November 27, 2016
Cawan Kopitiam MILO
Milo diperkenalkan pada tahun 1934 oleh Thomas Mayne di Sydney, Australia. Dan diperluaskan di serata dunia termasuklah Malaya dan Temasek. kalau nak dibandingkan dengan negara lain, Milo amat popular di temasek dan malaya. Jika dilihat pada masa sekarang, di kebanyakan restoran mamak, termasuklah KFC dan McD, memang terdapat air Milo ini. Kebanyakan dari kita sendiri membesar dengan Milo. Sejak dari kecil kita minum Milo, mungkin marketing Milo pada masa dulu memang tajam dan berkesan. Hingga hampir setiap rumah terdapat setin Milo. Lori van Milo juga sering datang mempromosikan minuman meraka kepada kanak2 sekolah. Jika dilihat gambar dibawah ini, ianya diambil pada tahun 1951 di Great World Singapore. Tapi malangnya ditutup pada tahun 1978.
Jika dilihat pada van dibawah ini juga tertera iklan Milo yang diambil pada tahun 1948 di temasek. Mengapa aku up pasal dua gambar ni? Ok, sewaktu lawatan aku ke Rengit, Johor, seorang teman yang agak rapat telah menghulurkan aku sebiji cawan Milo yang agak menarik rekabentuknya. Berada di dalam keadaan yang amat cemerlang
Jika dilihat di bahagian opposite cawan ini pula, tertera perkataan Milo dalam bahasa Cina
Jika dilihat dibawah buntut cawan ini, tertera perbuatan Goh Ban Huat Kuala Lumpur. Aku tak dapat pastikan pada tahun berapakan cawan ini dikeluarkan. Tapi berdasarkan font MILO yang tertera pada cawan ini, boleh lah aku anggarkan ianya dikeluarkan pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1950-an. Dan terdapat persamaan font nya jika diperhatikan pada iklan di Temasek pada tahun 1949 ini
Maafkan aku jika sifir aku ini salah. Ini cuma kira2 sahaja hehe..lagipun aku lihat scene blog ini sudah suram. Dimanakah para blogger barang karat??!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment