"Keep It Until Hard To Find"
Tuesday, October 11, 2016
Fraser & Neave 120 Years Commemorative Pack
Satu lagi jenama yang begitu gah di dalam arena perbotolan Malaya iaitu Fraser & Neave atau orang kebanyakan panggil ianya f&n. Pada tahun 2003, botol 200ml pendek ini telah dikeluarkan semula atau common orang sebut reproduction. Sebab kenapa ianya dikeluarkan semula? aku tidak boleh memberi jawapan yang tepat. Mengikut kenyataan geng botol. ianya dikeluarkan terhad kepada staff f&n sahaja. Mengikut kata seorang teman aku iaitu Salzian, botol ini diberikan kepada staff f&n sempena annual dinner f&n pada tahun 2003
Jika dilihat packaging belakang, terdapat paparan grafik tentang produk2 f&n yang pernah dikeluarkan serta gambar truck coca-cola usa (pada suatu ketika dulu f&n dan coca-cola adalah distributor yang sama)
Kalau kita lihat di paparan sebelah kiri packaging, terlihat logo 120 tahun meraikan penubuhan f&n since 1883 dan penghargaan kepada semua yang support f&n sejak dari awal penubuhannya.
Di paparan sebelah kanan packaging pula terdapat logo2 f7n yang digunapakai dari tahun 1940-an, 60-an dan yang terkini.
Packaging di bahagian depan pula sama dengan paparan belakang,cuma ia terdapat window yang membolehkan kita melihat apa kandungan di dalamnya. terdapat 2 biji botol. kedua-dua botol ini adalah sama. Kecuali yang belah kiri dipaparkan bahagian belakang botol. Manakala window yang belah kanan adalah paparan hadapan botol. jadi kita boleh melihat paparan depan dan belakang botol tanpa membuka packaging tersebut.
Jika di close up, design botol2 ini lebih jelas boleh dilihat. Air didalamnya pon masih yang asal iaitu f&n oren krush.
Aku belum bercadang untuk membuka packaging tersebut dan mengeluarkan botol2 ini dengan sebab masih ingin mengekalkan keadaan asal bagaimana dia datang.
Aku ada terlihat di blog Bluesrider tentang botol ini juga. memandangkan packaging aku ni masih belum dibuka, jadi aku mohon pinjam ya gambar bluesrider hehe..
Di sebelah kiri adalah botol commemorative 120 Tahun yang telah dikosongkan. Manakala di sebelah kanan pula adalah botol f&n 200ml pendek yang dikeluarkan pada era 1940-1950an. Terdapat perbezaan dari segi embossed di kaki botol, dan perbezaan pada tulisan FRASER & NEAVE. Jika diteliti pada botol original, terdapat tulisan LTD. di pengakhiran FRASER & NEAVE.
Ini adalah paparan belakang botol 120 Tahun
Dan ini pula adalah paparan bahagian sisi botol 120 tahun.
Semoga info ini boleh mencerahkan lagi persoalan bagaimana rupa botol keadaan asal, dan juga bagaimanakah rupa bentuk ia datang. Mana yang silap harap diperbetulkan ya
Labels:
Botol,
Fraser & Neave
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment