Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, October 10, 2016

Selamat Pengantin Baru Awie! (Kali ke 3 mueheheh)

Desas desus mengatakan frontman band Wings akan bernikah lagi sekali. Sudah bernikah atau mahu bernikah itu aku tak pasti. Yang pastinya aku ada terpandang kat muka akhbar tentang berita yang tak berapa nak hot ni. Aku bukannya suka sangat nak cerita pasal retis ni. Mengikut info, dia ni nak berbernikah buat kali ketiga. Wow! Isteri pertamanya adalah Erra Pazira. Eh? salah. sorry2 haha..Arni Nazira ya betul. Isteri kedua nya aku tak kenal sape. yang ketiga ni lagilah tak kenal sapa. Tak penting pon. Memandangkan sempena pernikahan kali ketiga ni. aku nak menaikkan posting tentang poster yang tak berapa lama. Tapi menarik pandangan aku. Sebab aku membesar dengan lagu2 seperti ini pada tahun 1980-an. Masih teringat beli kaset Hukum Karma di pasar malam Larkin Johor Bahru. Terletak dia sepanjang jalan Shell larkin sehingga Sekolah Menengah Saint Joseph Larkin. Ok tanak cakap banyak pasal si awie ni. Jom layan poster ni
Suatu ketika dulu, rokok Salem sangat aktif menganjurkan konsert di malaysia ni. Sehinggalah jenama rokok diharamkan pengiklanaannya di malaysia.
Bertarikh pada 6 Mei 1990, bertempat di Dewan Hang Tuah Melaka. Rasanya ni yang sebelah bus stand tu kan? Sebab aku macam pernah main gig kat sini. Time biasalah lepas isya' baru boleh berhead banging dan Harga tiket pada masa itu ada rm9. Murah kan?
Kelihatan Eddie selaku pemain bass memegang drumstick. Awie selaku penjerit utama acah2 main bass. Joe pemain gitar kidal memegang baki drumstick dan Black selaku pengetuk memegang seutas panah iaitu lead guitar. Semoga pernikahan kali ni adalah yang kekal hendaknya mueheheheheh. Poster Konsert Wings 1990
"Keep It Until Hard To Find"

No comments:

Post a Comment